Isnin, 6 Julai 2009

ULSAN+BUSAN

Harini rajin sket. Sebenarnya tadi baru lepas upload gambo kat fb. Then hang plak. Tu yang terus mengarang untuk blog. kali ni nak citer percutian sambil mengeratkan silaturrahim dengan rakyat Malaysia kat korea ni. Sebenarnya memang cadang summer holiday ni nak ke Busan. Allah menentukan segalanya. Kitorang dipertemukan dengan sahabat baru yang kebetulan membeli brooch di Namdaemun. Perkenalan tak sampai 5 minit telah merealisasikan planning percutian kitorang. Fazidah, Najib n very cute twin. tulah family yang baik hati menerima kehadiran kitorang ke Ulsan. Dari Ulsan ke Busan cuma sejam. Tu yang kitorang tukar sket jadual percutian melalui Ulsan.
Masa di Ulsan, kitorang sempat pergi ke Ulsan Grand Park. Tempat ni besar. Sempat ke playground(feveret anak-anak) dengan Butterfly Garden.




Hari seterusnya kitorang pergi ke Daewanggam Park. Sangat cantik ini tempat maa… sangat suka dan cuaca waktu tu memang besshh.











Lepas tu terus ke Ilsan Beach. Waktu sampai beach ni matahari tengah terpacak atas kepala. Tapi sebab Nasuha tido…terpaksa lupakan hasrat nak main air. Dapat cecah air sket pun jadilaaa. Tapi air lautnya, tak melekit. Kalau dapat berendam ni…huhh lagi pulak dikala panas terik camtu…ada kang takmo balik umah.
Disebabkan kitorang datang ke Ulsan during weekdays, so, Najib kerja. Fazidah n her twin terpaksalah jadi tourist guide kitorang. hihihi... Malam tu baru kitorang sempat ke Busan. Dapat berkenalan lagi. Kali ni dengan family Kak Linda & En. Anuar. Lepas light dinner kat umah kak linda, kitorang pergi heavy dinner plak di 1 of d restaurant kat Busan.


Bila dah kekenyangan, pergi ke Dongbaek Island. Waktu ni dah lewat sangat. Jam 12 lebih malam kitorang sampai sini. Tapi sebab nak posing punya pasal, sanggup gagahkan juga.




Balik dari Busan, bersiap-siap pula nak ke Geoje hari esoknya. Last minute dapat tahu Najib kena kursus di sana. Nasib baik flight balik ke Seoul tu ngam-ngam dengan jadual kursus Najib, dapatlah kitorang ikut ke Geoje.lalalala...(hatiku girang). Tapi sebelum bercerita percutian di Geoje, trus tutup citer Busan+Ulsan ni dulu ye.

Rumah Fazidah & Family di Hyundai Foreigners Compound, Ulsan.



Petak-petak sawah on d way back 2 Seoul.

2 comments:

Mohd Saiful Izwan berkata...

Salam kenal dari saya dari Ulsan, Korea. Tak sangka ada juga rakyat malaysia yang bercuti di Ulsan yer :)

Don & Nor berkata...

wsalam...lama dah saya tak jengah blog sendiri... dah balik malaysia mcm nilaa..
saya suka kat ulsan tu... taman + view cantik.. saiful masih di Ulsan ke?