Khamis, 29 Julai 2010

ADIKLAH PULAAKK...

Nak hapdet yang Iman dah baik demam, tapi Nasuha plak yang sambung. Panas betul badan dia malam tadi. Nasib baik sekali jer menangis. Bila dah bagi makan ubat n tuam-tuam badan dia + tampal cool fever..rasa dah ok sket. Pagi tadi alhamdulillah x panas. harap sihat sampai ke petang, jangan panas ditengahari...echeh.
Eh..silap..harap baik teruslaaaa....amin.

Selasa, 27 Julai 2010

RISAU..

Harini hantar anak-anak macam biasa. Alhamdulillah semalam dah tak menangis dah. Merengek sket-sket jer. Tapi Iman pagi ni xmo g nursery. Agaknya sebab dari petang semalam badannya dah hangat-hangat. Lepas bagi ubat, x lama lepas tu ok. Malam tadi pun ok. tapi pagi ni bila bangun masih hangat lagi. Memang sahih dia demam. Teman serba salah nak anto kenursery. Teman ni tak smpi sebulan pun lg keje. Rasanya klu ada cuti pun maybe 2 hari jer baru layak. So, decide anto gak ke nursery. Jap lagi tiponlaa nursery tanya dia cemana. Lagipun dah pesan kat penjaga tu, klu Iman panas sangat, cepat-cepat call.
Pagi ni nak buat keje pun hati masih rasa tak tenang. Yelaaa..diaorang baru jer nak cuba srasikan diri dengan nursery, bila demam ni, rasa risaunya lebih.

Sabtu, 24 Julai 2010

BARU KU TAHU @ KU TAHU JUA....

Better late then x tau langsung...aitchooo...ni sudah balik malaysia baru mau citer maaa. citer ni dah lama teman taip, tp x ter'up' smpi dah nak sebulan keje ni haaa.

Alkisahnya tuan umah teman duk kat korea tu, rupa-rupanya pelakon maaa. chett. sudah mau balik kampung masa tu baru tau. Tu pun sebab seminggu sebelum teman balik malaya, AJK perumahan yang nak tolong settlekan hal ehwal penyerahan semula umah sewa kitorang kepada tuan rumah telah menjengah keteratak pelakon itew. Tapi pelakon ni bukanlah kategori tom kurus kee...jun sang kee.. atau secomel lotee bebudak group super junior.
Ada AJK tu bgtau citer yg dilakonkan dek tuan umah tuu. tapi waktu tu dah sibuk hal nak balik malaya, teman x hengat nama tajuk citer tu.
Haish..macam tak caya yg tuan umah teman kat korea tu ghupanya pelakon. x penah terpikir nak bergambo dgn pelakon...huhu....
selama duk korea smpi balik malaya, org ramai duk tanya, xde jumpa artis korea ker?? rupa-rupanya tiap-tiap minggu teman jumpa pelakon iteww...hahahahhaa


Jumaat, 9 Julai 2010

TRAGIS SUNGGUH.

huhu....apo la nak jadi dengan teman ni. Benda yang penting sesangat, boleh itu yang teman terlupa. Ni nak flashback masa ari nak balik Malaysia dari Korea aritu. Tragis betul bila sampai kat airport incheon, tengah layan Iman N Nasuha main-main kat playland, teman baru prasan, cincin risik, cincin tunang dan cincin hadiah dari hubby masa g beijing boleh tertinggal kat umah kat Korea nun. Agak2 waktu tu kalau boleh jadi ultraman, maunya teman p torobang amik cincin-cincin tu.
Saper yang tak tokojut jang ooiii. Jiwa kacau betul waktu tu. Dahlah dah nak time masuk departure hall. Terus minta hubby on laptop n bg emel kat mentor dia kat korea, si Kim. Pastu, bila sampai Malaysia ni, manalah nak ada online-online ni. Masa tu dah busy nak settlekan hal-hal kat Malaysia plak. Baru kerlmarin hubby bagitau, Kim dah reply emel n bagitau semuanya selamat dan terkawal. Fuhh...selamat. Sekurang-sekurangnya bila dah kat tangan Kim tahap kejiwa kacauan tinggal 50% je. Kim kata risau kalau pos nanti hilang plak. So, sekarang dalam proses mengesan mana-mana warga Malaysia yang dikenali Kim untuk membawa balik cincin teman tu. Haish...dah macam bawa dokumen peringkat rahsia besar plak.
Doa teman, harap-haraplah dapat balik cincin-cincin kesayangan teman tu.

Rabu, 7 Julai 2010

SAYUNYAAA....

Salam siaran dari MALAYSIA.
Fuhh...legaa...dah kat negara sendiri pun. Alhamdulillah, arini dah masuk ari kedua keje.
Tapi sedih laa.... bila dah 2 tahun jaga anak sendiri, semua perasaan x best wujud bila terpaksa anto anak ke nursery. 1 Julai aritu dah mula anto Iman n Nasuha. Kena blajo hantar awal walaupun sebenarnya 6 Julai baru teman n hubby mula bertugas. Tiap-tiap ari anak menangis...secara automatik..moknya pun x mampu nak bendung perasaan sayu. Mungkin sebab Iman dah besar, perasaannya lebih tersentuh. Semalam dia ajak teman n hubby balik korea. Rasanya semalam paling sadis. Dia menangis dari balik nursery tu..merayu-rayu takmo dihantar kenursery. buatlah apa jer aktiviti untuk hilangkan ingatan dia pada nursery, bawak g playground, belikan jigsaw puzzle..g makan... sekejap jer ok, pastu Iman akan fokus balik pada nursery, merengek dan menangis. Tido malam Iman pun tak nyenyak, asyik terjaga dan merengek tetap ceritanya mengenai xmo g nursery.Maunya tak sayu kan. Kesian sebab dia kecik lagi.
Nasib baik Nasuha walaupun menangis, tapi bila dilekakan dengan benda-benda lain dia takkan teringat tentang nursery. Tapi, waktu pagi bila hantar n masa jemput waktu petang, dua-dua menangis.
Teman dah tak mampu nak citer panjangpanjang ni. Air mata rasa nak bergenang jer.
Mudah-mudahan anak-anak teman akan cepat serasi dengan cara hidup baru ni.
Waaaa....sedihhnyaaaa.....:(