Rabu, 31 Mac 2010

TERUJANYAAAA....

Ni nak citer pasal shopping. Weekend aritu, tak p shopping complex.  Kitorang cuma keluar bawa anak-anak main kat playground n makan kat luar. So, sebagai ganti, kitorang shopping online. Diulang sekali lagi....kitorang yee...bukan teman sorang. hihihi. Sebelum ni teman dah pernah pun shopping online. Tapi sebelum ni balik-balik beli pampers. Ada sekali tu jer beli buku. Kali ni macam besar-besaran plak shoppingnya.  Sabtu malam ahad tu dua-dua(bukan anaknya..tapi ibu abahnya) duk depan laptop masing-masing, cari item yang nak dishoppingkan.
Sebenarnya teman target nak beli mangkuk vision/corningware/luminarc. Tapi lain plak hasilnya. Ari Ahad hubby p bayo kat bank. Then semalam macam kebetulan plak semua barang sampai. Jeng-jeng-jeng...barangnya seperti di bawah.


Model bersama helmet, tripod dan pen 4 in 1

Model bersama helmet baru dan pemilik helmet.

Sebenarnya hubby admire kat helmet tu. Persediaan untuk merempit bila balik ke Malaysia nanti. Jangan maree ye yang. Ish3x...gurau jee...hubby ni penunggang dan pemandu berhemah. Pastu tripod plak hubby beli sebab katanya, takdelah tumbang ditiup angin sebab tripod sebelum ni ringan. hihihi.
Ok. dah habih kisah 2 barang yang hubby beli, sambung kisah pen teman plak. Sebab ini blog teman yang tulis, maka teman nak story lebih sket pasal barang yang teman pilih. Teman tak boleh kata teman beli sebab bukan teman yang bayo. Seperti biasa, hubbylah banker teman. Thanx sayang. luv u laaa....muah muah. Teman beli pen 4 in 1 tu. Rasa teruja betul bila dapat memilikinya. Pen tu selain berfungsi sebagai pen, ianya juga ada USB (memory 2GB), LED dan pointer. Masa memula pen ni sampai, duk berebut takmo bagi Iman main sebab takmo bagi abih bateri. hahaha. Sempatlah Iman guna kejap main teacher-teacher dengan Nasuha guna pointer pen tu.
Pen ni sesuai gak wat hadiah. Ni kira teman dapat hadiah gaklah ni dari hubby. Rasa macam nak jual pen plak...mari-mari...mari beli pen...kuikuikui..

Comel lagi dalam box.

Bila dah cantumkan jadi pen

Boleh guna USB dan 2 button kat bahagian bawah tu utk LED n pointer.

Gambo fungsi pen.


La ni masih elok pen teman ni teman simpan. Nanti dah mula keje semula, baru gunakan sebaiknya. Tak sabo plak rasa nak gunakan. ekekekeke....

Ahad, 28 Mac 2010

MINGGU EXAM

Minggu yang exam...adakah hubby pun exam?...hihi. Actually last week n next week adalah minggu exam uni hubby for mid term. Tapi hubby ada 1 paper jer utk mid term ni pada Selasa depan. Masa wat entry ni hubby kat uni tengah mentelaah. Hopefully Allah akan permudahkan hubby jawab soklan exam nanti n dpt result cemerlang... Amin.


Bila hubby dah mid term ni..bermakna tinggal separuh semester jer lagi kami di sini. Uiiissshhh...tak lama dah tuu. cepat sunggu masa berlalu. Sekarang ni pun macam-macam perasaan dah kunjung tiba. Bila tiba harinya nanti...lagilaaa....


Khamis, 25 Mac 2010

CITER TAG

Ni bukan citer Smart Tag...tp nak citer yang teman 'bernasib baik' sebab di tag oleh 2 orang rakan teman. Dah alang-alang ngadap laptop ni, anak-anak plak tak kacau, cubalah buat dulu mana yang terdaya. Patah kata mek su..klu semua orang tak baper nak rajin wat-wat tag nii..memangnya kurang meriah dunia blog ni. Sebenarnya kalau teman x terus wat tag ni, memang 'alamat'nya teman simpan dengan jayanya tag ni sampailah sesat ('alamat' hilang)..hahaha.

Tag pertama teman terima dari kawan skolah lama teman. Eh..tak jugak sama skolah...tapi kenal masa skolah rendah dulu...woo..lama tuu..jejak kasih kerana berblogging ni.

ok...rules ni teman copy paste jer dari yang meng tag teman (Anna ler tuu..)

1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
photo files teman ada dimerata-rata tempat. kira bolehlah yer. Asalkan ada dalam photo file tuu...Adakah ini melanggar syarat? ya ampuunnn...hihi..

2. Select the 8th photo in that folder.
Setelah ditelek-telek... nilah gambonya...


3. Post that photo along with the story behind it.
Gambar-gambar ni di ambil kat Nami Island, Korea Selatan (tempat penggambaran citer winter sonata). Gambo 2 Insan Bercinta...ahaks. Sebenarnya nak bgtau yang kitorang telah berjaya mengcompletekan 4 musim di Nami Island ni. Lepas ni blh wat story Cinta 4 Musim. Kalau nak tau, background semua pic tu ditempat yang sama (boleh klik kat gambo nak bg clear nooo...). Tapi sebab lain-lain musim, maka nampaklah lain. Subhanallah.

4. Then challenge 8 blogging friends to do the same!
Maaflah yer pada nama-nama di bawah yang kena tag ni. Klu ada kelapangan, bolehlah merajinkan diri membuat tag ni.
1. Kak Farhanah
2. Kak Cheni
3. Rocky
4. Akma
5. Kak Kherun
6. Kak Selly
7. As Jepun
8. Bonda (Aida)


Habis kisah tag pertama. Nak wat yang kedua plak. yang ni teman kena pada petang hari yang sama teman kena tag oleh Anna. 'Beautiful Blogger Award'. Boleh teman bubuh kat tepi blog teman lepas ni.


1. Thank & link the person that gave you the award.
Award ni teman dapat dari kak farhanah.  
Rakan sekerja di MQA. Thanx kak farah.

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
1. Precious
2. Kasih Puteri Salju
3. Portdy
4. Cik Rose
5. Kak Zie
6. Kak Sue Aziz
7. Shafid
8. CT Rohani
9. Kak Mask
10. Aizamia3
11. Kak Nad
12. Suliana
13. Kak Lyn
14. Mamailham
15. Kak Zura

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
baiklaaa.. tapi blum abih bgtau...

4. State 7 things about yourself.
1. peramah
2. suka makan angin
3. suka shopping
4. suka berinternet
5. pengemas
6. kuat makan
7. suka hati...hahahaha...

Ahad, 21 Mac 2010

LAIN DAPEKNYAA...

Semalam Akma ajak p lunch kat Restoran Thai di Myeongdong. Tapi baca mesejnya dah kul 6.30 petang. Ingatkan dah terlewat...rupa-rupanya ditunda ke arini sebab semua org x dpt bg komitmen. Kitorang pun tak penah lagi meronggeng kat situ. So, apo laie..memang peluang yg baiklah kan. Once dah tau..next time boleh cuba lagi. hihi... So, arini roger-roger n kompom nak lunch kat restoran tu. Sekali sampai sana restoran tutup daaa.... Tak dapeklah juga nak rasa masakan Thai arini. Nasib baik ada pizza mall. so, semua setuju makan pizza n spaghetti. Tak ingat apa nama menu yg dicuba arini. Tapi semua sedap. boleh layan sampai abissshh. Untuk Akma, Nada n Emy, thanx sudi ajak lunch sesama. Next time boleh cuba lagi roger-roger utk makan sesama kat restoran Thai tu ek. Cuba hingga berjaya...huhu...

Nasuha yang masih nak melekap. Baru bangun tido..

L-R Nad, Akma n Emy. Iman yang amik gambo atas dan bawah ni. pandainyaa...


Lepas makan kitorg bawa haluan memasing. Sebab ni 1st time kitorg jenjalan kat sini, memang tak dinafikan tempat ni happening macam Petaling Street. Lagi plak dihujung minggu ni. Iman siap tanya lagi..."kenapa orang ramai sangat ni ibu??" bg jawapan yang senang jelah. arini orang cuti..semua nak g jenjalan. Akma kata klu malam lagi happening. So, maybe next time boleh cuba g waktu malam plak. Tunggulaa lepas cuaca dingin beku berlalu dulu.

Depan building Myeongdong Theater. mat saleh pandai kira 1,2,3 dlm BM yang offer amikkan gambo...hihi

Bila dah namanya jenjalan, macam tau-tau jer duit yang mencukupi/melebihi perlu disediakan. Dapat gak sambar handbag n hubby beli kasut. Banyak plak tu kedai yang wat sale. Memang duit tak segan-segan nak kluar lee... huhu...yahuuu...aluhuuuu....

budak dua dah kena ngap dengan itik beso depan kedai kasut..

kasut hubby..

Model beg. Ish3x..nak sama beso dengan beg daa...

Sabtu, 20 Mac 2010

MANA SATU NI???

Sekarang ni asyik duk survey mangkuk VISION / CORNINGWARE / LUMINARC. Dulu teman tak minat pun dengan semua-semua ni. Pakai jelah apa yang ada. Tapi sejak dua menjak jadi suri dirumah ni...dah mula ke sini plak minatnya. Tapi wat masa ni teman target mangkuk-mangkuk seperti senarai teman tadi tu.
Fenin  gak nak wat pilihan nii... Kalau nak beli semua, satunya kurang mampu....dan selebihnya...macamlah teman ni rajin sangat memasak. Balik m'sia nanti tah baper kali ler agaknya guna mangkuk-mangkuk ni untuk memasak dalam seminggu.
Buat teman-teman yang membaca blog teman dan ada idea tentang produk yang teman tengah duk intai-intai ni, tolonglaa teman membuat pilihan bijak. Teman kalau boleh nak yang boleh guna on stove, oven, microwave, senang kata tahan lasak, harga ok dan cantik. Rasanya semua produk ni tahan lasak. Tu dari dapatan survey teman laa. Tapi kalau ada pengalaman dari yang memang dah berpengalaman, tersangatlah baiknya..
Kalau ada penjual-penjual di luar sana yang nak promote kat teman pun ok gak. Lagi senang teman nak membuat pilihan.

Ahad, 14 Mac 2010

IMAN HAKIMI 4 TAHUN MAAA....

Ni citer beberapa hari lepas. Tapi tak sempat nak citer n upload sebab agak bz. Gambo-gambo masa snow on 10 Mac aritu pun tak sempat nak upload. Ish3x..macamlah bz sesangat. Sebenarnya abang iparku(abang hubby) n kakak ipar datang sini on 11 Mac. Bila seronok orang datang umah ni... mulalah kurang ngadap laptop. Selamat berholiday buat b. long n k.long. Mereka akan stay di sini sampai 20 Mac ni. Seronok sangat sebab meriahlah sekejap rumahku. Selain teman n hubby, pastinya anak-anak teman lah yang seronok sesangat.
Berbalik ke citer asal, walaupun lewat masukkan entry pasal besday ni, tapi nak masukkan gak. Selamat Hari Lahir anakku Iman Hakimi bin Pardon pada 11 Mac yang lalu. sama bulan denganku. Harap-harap mana-mana perangaiku yang baik dapatlah diwarisi. Yang tak baper nak elok tu, toksah ikut yer nak...hihi.
Pada hari yang sama iparku sampai. So, meriahlah sket sambutannya sebab ada ipar. Teman wat nasi ayam n balik jer kitorang dari jemput ipar di airport, hubby g beli kek. Iman Hakimi memang seronok jer kalau ada kek. Apatah lagi kali ni memang besday dia. Tapi kali ni tak letupkan mercun riben depan adik sebab adik baru nampak mercun tu dah nangis. hahaha...adik...adik...
Rasa cepat masa berlalu. Dah empat tahun dah rupanya. Sket ari lagi nak masuk sekolah dah. Ibu dan abah doakan Iman Hakimi menjadi anak yang soleh, berjaya dan beroleh kesejahteraan di dunia dan akhirat. Sayang sangat anak ibu dan abah ni. muah muah muah....



Tak sabo tengok pagar-pagar coklat nii...rasa sketlaa...hihi

Abang dah 4 tahun...

Dapat pun potong kek..alamakk...ibu ni nak potong jugaaakkk...

Jemput makan pak long n mak long...abang nak makan kek jelaa..

Rabu, 10 Mac 2010

SNOW LAGI..

Alhamdulillah arini snow lagi...sronoooookkk...
InsyaAllah klu rajin n berkesempatan nanti baru upload gambo nooo....

Selasa, 2 Mac 2010

BESDAYKU...

Tanggal 1 Mac 1979 bersamaan 1 Rabiulakhir 1399, maka lahirlah teman ke muka bumi ni... Kiranya semalam genaplah umur teman yang ke 31 mengikut kalendar masihi. Kalau ikut kalendar hijrah, belum sampai lagi untuk tahun ni.
Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan kepada teman untuk meneruskan hidup sehingga ke hari ini.
Teman rasa amat bersyukur kerana di atas anugerahNya lah, pelbagai suka duka kehidupan, teman dapat tempuhi. Kini, bersama insan-insan yang teman sayangi, teman berdoa semoga Allah terus menganugerahkan kesihatan, dan kekuatan iman supaya umur yang masih berbaki ini, dapat teman gunakan untuk mendapat kesenangan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat. Amin.
Masuk bab meraikan plak..hihi. Hubby memang best...Dia telah mensurprisekan teman sebelum 1 Mac lagi. Hubby kata kalau 1 Mac macam tak surprise sebab nanti teman mesti tertunggu-tunggu.hihi..betul gak sebab memang surprise sesangat. Lepas solat Asar 27 Februari (bulan Feb tahun ni 28 hari jer~macamlah org lain tak tau yee...hikhik..), lepas mencium tangan hubby, hubby tarik tangan teman..hihi...terkojotlah teman. Selalunya lepas dah siap cium tangan tu, lipat sejadahlah kan. Rupa-rupanya hubby nak bagi adiah... YAHUU...saper tak sronok dapat hadiahkan. Dapat plak dari orang yang saaaaangatttt teman cintai.. senyum lebar sampai blakang telingalaaa.
28hb plak sajer kluar jalan-jalan... Kalau dah kluar umah dengan teman..kompom duit pun terpaksa rela dikluarkanlaaa...ekekeke.. Malam tu, g kedai beli kek n raikan kat umah sebab hubby kata klu beli on 1 Mac, nanti kenyang sangat, x syiok nak g makan kat luar...betul gak sekali lagi. Kebetulan 1 Mac plak, kat Korea ni cuti umum sempena 'pra kemerdekaan' ker apa ker... ish3x..teman pun tak baper sure istilah sebenar cuti depa ni...tapi ala-ala macam tulaa. Orang cuti, hubby pun cutilaa... So, memang seperti yang dirancang, g makan-makan kat Itaewon. Bahagianya bila sambut besday ni kan. Lagi plak bila ramai yang mengingati dan mendoakan kesejahteraan kita.
So, dikesempatan ni, teman nak ucapkan terima kasih tak terhingga wat hubby, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan teman. Semoga Allah jua melimpahkan kesejahteraan wat kalian. dah macam wat ucapan rayalah plak.

thanx hubby 4 d yummy yummy cake...

2 biji 'mercun' riben yang bersedia untuk diletupkan kat depan kek tu.

nasuha nangis terkejut bila hubby tarik 'mercun' riben


Abang pun nak potong juga...

Sangat happyy....