Rabu, 28 April 2010

COMELLAH PLAK...

Tengahari tadi godek-godek folder gambo yang Iman Hakimi amik... kamera kecik tu memang dah tukar owner. dah jadi Iman Hakimi yang punyaa... huhu.. takpelaa... boleh jadi photographer cilik. Terjumpa plak gambo budak comel ni. Yang berseluar merah tu yang dimaksudkan yer...sila abaikan orang disebelahnyaa...hihi...ya ampun yang.


Bebudak sekarang ni, hebat kan...kecik-kecik lagi dah main dengan handphone. Tu belum dengor ayat Nasuha kata 'adik nak enter jee' bila guna laptop. Boleh berebut laptop kalau dengan budak comel ni.. Yelaa...zaman depa ni tak jumpa dah nak main cakar ayam kee, tengteng kee, galah panjang kee, baling selipar kee...ahaks.

Selasa, 27 April 2010

AKTIVITI BUDAK DUA

Sebenarnya bila dah 24 hours kat umah ni, macam-macam aktiviti budak dua ni buat. Tapi siang tadi teman suh buat sket n comel-comel jee...sebab teman nak mengisi aktiviti blog ni. So, dapatlah hasil macam kat bawah ni.



Tu gambo depan tabir, klu tengok blakang tabir, tak gamok teman nak tayangkan kat sini. huhu... Ni pun sebab dah penat nak tunggu depa menyiapkan kreativiti depa.. tu suh wat sket jee... Kalau nak tunggu sampai lego tu habih digunakan semuanya, mau tak makan tengahari siang tadi. Boleh dikatakan, lego tu kalau 1 hari tak dikecahkan tak sah. Ada masa mood baik, elok ler lepas main disimpan smula. Mau mood masam, masin, pahit kus kus yang sampai, memang teman atau hubby ler yg kena mengemasnyee. Tapi mengemas pun sambil ngomel-ngomel...ahaks. Kalau teman tak ngomel, semakin kurang tepatlah kajian yang menyatakan pompuan ni banyak word yang kluar dari mulutnya setiap hari...hahaha...
Eh..prasan tak budak dua tu pakai baju cemana? tulah pe'el depa sejak dua tiga hari ni. Suka beno pakai baju lengan panjang kat dalam dan baju lengan pendek kat luar. Suh pakai baju sejuk takmo. Kalau nasuha tu siap nangis-nangis suh pakai. Kat umah ni masih sejuk lagi, tadi pun heater lantai masih pasang lagi sebab siang tadi ujan+angin kuat. Makin banyak baju nak kena basuh sekarang ni. alalalala...macamlah basuh pakai tangan ye...hihi...

Sabtu, 24 April 2010

SUDAH 2 TAHUN

Alhamdulillah, harini 24 April 2008, Nasuha dah pun berumur 2 tahun. Cepatnya masa berlalu. Dah boleh dapat adik dah. ahaks....sebelum orang lain yg cakap, baik teman siap-siap tulih. wekekekeke. Semoga Iman Nasuha binti Pardon dianugerahkan Allah kesihatan yang baik, luhur budi seperti namanya dan menjadi hambaNya yang solehah. Amin.
Semalam wat pre-celebration, makan-makan kat luar. Biasalaa...walaupun bukan ibunya punya besday, ibunya yang takyah masak dan dapat makan lebih kat luar. Tu yang ibunya yang 'terlebih sudah'. Arini plak just makan kek kat umah + teman masak penne bolognese. Actually nak masak penne carbonara macam kak farhanah wat tu. Bahan lain semua dah ada, tinggal saucenya yang takde. Tapi bila g 'sijang', takdelah plak saucenya. Ada yang seadik beradik dengannya pong, tak halal sebab ada wine. Tu yang guna sos bolognese. Blasah jelah, janji sodaapp.
Tapi klakolaa...Nasuha takmo 'bedeytuyu'. Dari malam semalam kitorang duk nyanyi kat dia lagu bedeytuyu, seboleh-boleh dia takmo. Arini pun nampak kek, dia nak menangih. Dah meleleh gak sket ayo mata. Ni semua gara-gara masa besday teman dulu ada dapat mercun reben tulaa. Masa tu dia terkejut dengo bunyi meletop tuu. Pastu besdey Iman Hakimi aritu pun dapat gak. Walaupun tak main mercun tu depan dia, dia dah menjerit tengok mercun tu. Kali ni tak dapat pun mercun tu, tapi dia nampak kek pun dia dah seghiau. Bila dia nampak lilin, bertambah-tambah seghiaunya...huhu..kesian adik.

Tengah menangih takut tengok kek n candle. Nasuha ingat lilin tu nak dinyalakan. Padahal wat amik gambo jee. Pastu buang lilinnya.

Dah boleh gelak bila pelbagai aksi dibuat nak ilangkan seghiau Nasuha...

yey...potong kek.

Ini bukan peace...ini 2 years old yeee...

Mulut besday girl yang dah padat...aish..macam nak meletus..

meh ibu suapkan...

panjangnyeee muncung tu yang..

Khamis, 22 April 2010

TERKENA SUDAH

Kawan baru teman (fetty) telah berjaya tagged teman. So, sebelum teman mempekasamkan tagged ni, baik teman terus buat. Teman ni memang kalau bab nyimpan-nyimpan, memang sangat hebat sampai lupa trus simpan kat mana. haha...maklumlaa..usia dah makin meningkat.huhu..

[1] 3 Names in your inbox cellphone
Ayuyai..teman dah lama tak on handphone. Rasa-rasanya almost setahun. Nak cari simpan kat mana pun maleh. hp teman tak boleh guna di Korea. Tu antara benda yang teman telah pekasamkan. hahaha. Tapi sebab kena jawab soklan teman main ingat2 jelah yer.
1. Hubby
2. Abg. Azam
3. K.ina

[2] Your main ringtone?
Teman pakai bunyi kring kring tuu. Macam tipon umah plak rasanya....

[3] What U did at 12 last night?
Tengah cuba nak lelapkan mata..tapi susah bebeno...sambil pikir macam-macam perkara.
 
[4] Who was the last person[S] U went out with? Where?
Hubby dan anakanda2ku. petang tadi g tasik dan playground.

[5] The color of T-shirt you're wearing now?
Pakai baju sejuk warna grey. Pelik tul dalam umah pakai baju sejuk...huhuhu...sebabnya masih sejuk di seoul ni.
 
[6] The last thing you did?
Dinner anak branak.

[7] 3 of your everyday favourite items?
1. Peralatan memasak (sejak jadi chef sepenuh masa ni)
2. Laptop
3. Moisturizer.

[8] The color of your bedroom.
Wallpaper putih petak petak.

[9] How much money in your wallet now?
Wallet ni pun antara item pekasam. Lama dah tak digunakan. Maklumlaa...sejak tak keje ni guna wallet hubby jer...ekekek. Eh..tapi bila tengok ada duitlaa... KRW29000. Mokcik kayoo...hahaha.

[11] Your favourite song?
Kopratasa- Permata untuk isteriku

[12] What will you do next weekend?
Belum plan. kena tengok jadual hubby.

[13] When was the last time U saw Ur Mum?
waaaa....soklan yg tak sesoouuuai untuk perantau. Guna skype rasa-rasanya bulan 12 yang lalu. But my mum went here June last year.. sooo happy that time. takper2..dah tak lama dah teman nak balik malaya....


[14] Where is she now?
dikampung halamanku di Kampung Rambah, Pontian, Johor.
 
[15] When was the last time you talked to your parents?
Semalam tipon mak pasal nak balik kampung. Masa tu ayah takde kat umah. yihaaa...sronok.. sronok...nak balik kampung. nak balik kampung...

[16] Who is the last person that texted U?
Hubby thru skype. Masa tu hubby dalam kelas..hahaha...ngelat tul hubby ni. Lecturer ngajo dia chat dgn teman..jangan pecah rahsia haaa......
 
[17] Where did U have your dinner lastnight?
kat umah maa... Sejak duk korea ni, boleh kira dinner kat luar. Tapi kalau lunch, dah susah sket nak kira. hahaha.
 
[18] The last suprise you got?
28 Februari, hubby surprisekan hadiah jam tangan sebelum besday teman (1 Mac).
 
[19] Last thing U borrowed from ur friends?
skali lagi waaaaa..... takde kawan yang teman nak pinjam apa-apa duk kat korea ni..
 
[20] Who is ur BF/GF or husband/wife?
Pardon Munawar yang baik hati dan hensem banget....hihihihi

[21] What do you feel now?
Macam-macam ada....yang pasti tak sabo nak balik malaya.
 
[22] Wanna share with who?
semua orang.

[23] Who knows ur secret?
hubby laa yang banyak tau.

[24] They keep ur secret?
Of course.. Eh, ye ker yang?? boleh caya ker ni?? hihi....

[25] Are you angry with someone?
Idok ler pulok.

[26] What do you order at McD?
Teman suka spicy Mc D. Tapi tu teman order almost 2 years ago. Balik malaya nanti teman qada'. Tapi wujud lagi ker menu tu...hahaha.
 
[27] The last time you felt so sad?
Aiyoo....masa raya kot.

[28] What is your wish for tomorrow?
Moga menjadi manusia yang lebih baik dan dapat p makan kat Itaewon. hahaha. tu hubby yang ajak noooo...
 
[29] Who will U tag next?
Nak baper orang ek? Teman tag sama banyak macam fetty tagged lah yer.
As - Nihon
Anna - So Close 2213
Mek Su - Churalliya
Kak Farhanah
Rini - A Moment To Remember.

Selasa, 20 April 2010

TERLEBIH SUDAH

Apa kes ni?? Apa yang terlebih?? huhu...Sekarang ni banyak yang terlebih. Terlebih makan, terlebih tido, terlebih maleh = terlebih sudah berat badanku ini...owh tidaaakkk.
Ni mesti gara-gara menghitung hari nak balik Malaysia. wah..bahagianyaa... dalam bahagia... banyak benda plak nak kini pikir.. pikir dan terus berpikir..hingga jadi mengantuk..hahaha... Dahlah..kang makin panjang citer, makin merepek plak.

Ahad, 18 April 2010

MODE:EXAM

Hubby esok ada exam. Nasib baik siang tadi tak jadi g jalan-jalan cari bunga. At least dapat hubby gunakan masa untuk study n siapkan assignment. Cuaca mendung, so lebih sejuk berbanding biasa. Cuaca tak menentu sekarang ni. Last week tengok berita MBC, snow masih turun kat china. Semalam plak baca entry member kat jepun, snow masih turun kat umah dia. Subhanallah. Tu yang kat sini pun masih sejuk gak. Alhamdulillah kat sini dah merasa para-para sakura. Kawan kat Jepun tu, putik sakura pun x kluar lagi. Tapi kat Tokyo, dah togel agaknya. hihihi..
Ehh...dah citer lain plak ek. oklaa..untuk hubby, best of luck n wat bebetul yang ek. Hopefully, sayang dapat jawab dengan jayanya. Amin..

Selingan: echeh..ada jer selingan sekarang ni. Harap-harap petang esok hubby tak penat n boleh sambung agenda jalan-jalan cari bunga..hihihi...

Khamis, 15 April 2010

PICNIC SAKURA

Fuhh..letih gak siang tadi. Penuhi masa lapang di Yeouido Park, revisited sebab sakura baru bloom. Last sunday p kan cuma sket-sket jer baru berbunga. So, rasanya weekend ni memang ramai yang memenuhi park. Arini kebetulan kelas hubby canceled. Hubby dah bgtau weekend ni nak gunakan masa untuk study coz next week ada exam. Apo laeii..kang klu x p arini, maunya kena extend duk korea setahun lagi, takpun next year revisit sebab nak pulun sakura. haha... banyak noo nak revisit. Dah macam term akreditasi plak. huhu..pepandainya teman ni, macamlah duk bahagian akreditasi. ya ampun klu silap yer kengkawan...
Arini datang memang pueh hati. pertamanya sebab sakura dah bloom. takdelah berebut-rebut nak bergambo kat pokok nan sebatang. Keduanya sebab orang tak ramai sangat macam last sunday. Iman n Nasuha puas main kat playground. Kiranya kalau balik for good nanti pun, dah takde benda yang nak dingidamkan. ehh...betul ker term ngidam tu...macam lain macam jer bunyinya..wakakaka....








must see ~ dua insan berchentaa...

hahaha...buaian ini kami yang punyaaaa....


kita makan duluuu....

SUBHANALLAH....

Rabu, 14 April 2010

SUKENYAA DIAAA...

Alkisahnya balik dr yeouido park aritu kan singgah wangsimni utk makan. Then masuk e-mart sebab nak survey saiz kasut Iman Hakimi n Iman Nasuha ni. hihi...survey jer yer, bukannya beli. Kalau beli kat e-mart tu tak banyak pilihan dan agak mahallaaa. Kat korea ni saiz dia bukannya guna saiz 3,4,5 macam kat malaysia nun. Sebelum-sebelum ni, beli kasut bebudak ni memang kat kedai. Tak terpikir nak beli kat g market. Tapi tulaaa, sejak dua menjak nak balik m'sia ni, baru timbul kesedaran nak guna sebaiknya kemudahan yg ada. Lagi plak bila dah tengok harga kat kedai lagi mahal dari kat g market(most of products)
Iman plak dah target nak kasut power rangers ada lampu lip lap tuu, so yang nasuha punya pun kenalah beli yang lip lap liap lap. kang kalau lain, duk berebut jer plak.  Lepas survey saiz kasut, survey plak kat g market kasut yg sama. Memang terbukti harga jauh lebih murah ooooo. Slamat duit hubby. Jimat nooo.. berbaloi-baloi. Harga 1 kasut kat situ, boleh beli kasut abang n adik kat g market. So, aritu dah order kat g market. Semalam kasut nasuha sampai. abang jadi tak tentu arah duk tanya bila kasut dia plak nak sampai. Jenuh nak jawab. Beli dari company lain-lain, tu yang sampai tak sama masanya. Bila siang tadi kasut dia sampai, punyalah happy. Asyik test jeee. Biasalaa..benda baru. Kalau boleh takmo tanggal kasut tu. Tengoklah betapa happynya dua beradik nii.....




Closed up sket...

Masa tengah wat entry ni pun hubby tengah duk survey something kat g market. Doa-doalah ada sesuatu untuk teman. hihihihihi...amin *wink*. (^_~)

Isnin, 12 April 2010

AKTIVITI AHAD LEPAS

Sekarang ni kalau jengah fb kawan kat jepun, semuanya gambo sakura yang menjeleskan mata ini memandangnyaa. Untuk mengurangkan tahap kejelesen mata teman ini, maka hari ahad lepas kitorang pun ke Yeouido Spring Flowers Festival yang diadakan dari 6-18 April ni. Harap-harap, banyaklah sakura bloom. Rupanya beeluuuuumm sepenuhnya. Sket2 jer pokok yang baru berbunga. So, kenalah repeat g lagi. hihihi... Tapi cuaca n suasana kat yeouido park memang best. ramai yang bersantai kat tepi han river tuu. Walaupun bunga blum byk kluar lagi, tapi hampir seharian gak kitorang kat sana. Melayan Iman Hakimi dan Iman Nasuha, memang sronok depa.















Harap-harap bila nak repeat visit nanti, idokler sakura ni dah togel plak. sebabnya sakura ni bloom seminggu jer. pastu luruh dah.

Selingan: balik dr yeouido, singgah makan kat wangsimni. Pastu masuk e-mart nak survey saiz kasut Iman sebab dah mula sendat. Malam semalam dah pun order kat g market. yang sronoknya, dapat gak mangkuk idamanku set vision. thanx hubby. Kalau tak dipikirkan payahnya nak bawa balik ke malaysia nanti, mau macam-macam set nak beli kat sini. ayuyaaii.. menggoda betul set pinggan mangkuk ni....

Khamis, 8 April 2010

BATUK+SELSEMA


Selalunya citer pasal anak-anak tak sihat. Kali ni teman plak tak baper sihat. Sebenarnya dah lama selsema melanda. Esok ada wat appointment untuk selsema yang kengkadang ok dan kengkadang serius. Tapi sebab dah lebih kurang 3 minggu batuk melanda, sekalilah check dengan batuk. Batuk ni pun dah makin teruk. Kalau waktu tido malam lagilaa. Tiap-tiap malam mesti terjaga sebab batuk ni. Kalau dah terjaga, nak lelap balik 1 hal plak. Pastu rasa nak bernafas pun susah. Macam orang semput pun ada. La ni suara kejap ada kejap takde. Hubby kata seksi uuu...hihi. Ubat beli sendiri kat farmasi dah habis 12 biji kapsul. Tak penah teman tau yg rupanya ada gak ubat batuk bentuk kapsul. Cuba gak petua minum air asam jawa. Memula masa hubby suh buat, teman takmo sebab kalau kat m'sia tu boleh beli yang dah siap punya. Ni nak pakai asam jawa yang teman guna untuk masak asam pedas ni... rasa was-was nak minum. haisshhh..teman ni memang ubat-ubat tradisional ni ngeri sket. Dahlah teman dah lama tak wat asam pedas, sayang plak asam jawa yang ada jadi plak air ubat. ekekeke. Tapi sebab teruk sangat batuknya, buatlah juga. Eeehhh... sedaplaa rupanya. macam beli yang kat kedai. Bila dah habis ubat round pertama, beli plak ubat batuk syrup. Pun masih sama gak ni. Nasib baik dah nak g appointment esok. Harap-harap ubat yang doktor bagi  esok ni berkesan laaa.

Bila sesekali Allah bagi sakit, memang menginsafkan. Kita memang hamba yang sangat lemah. Bersyukur sangat mudah-mudahan dugaan seperti ini akan lebih mendekatkan lagi teman kepada Nya. 

Isnin, 5 April 2010

SPRING TIBA JUAA....

Alhamdulillah... Masih berkesempatan kitorang merasai nikmat menghirup udara segar milik Nya. Kebetulan masa on d way ke Itaewon semalam, lalu depan Seoul City Hall. Nampak plak tulip kat sinun. Punyalah geram. So, arini ajak hubby p semata-mata nak amik gambo. Walaupun tak macam kat Kuekenhof, tapi tetap rasa puas.













Sebelum balik nak isi perut dulu. So, menujulah ke Myeongdong dengan harapan restoran Thai buka. Tapi tak buka juga. Melalui plak demonstrasi budak Uni agaknya. Apa yang depa tak pueh hati tak tau lee. Tapi rasa lawak plak bila tengok aksi masing-masing. Ada yang makan maggi jee, ada yang ngadap buku, ada jurucakap dia n macam-macam watak. Agaknya sampai abih demonstrasi tuu..baper banyak maggi yang berjaya diorang peghabihkan. hihi...


Can't wait for next week...sebab apa tu?? haaa.... nantikan entry seterusnya...