Selasa, 25 November 2008

ALA-ALA CHEF

Sejak jadi surirumah sepenuh masa nii, aku rasa banyak juga jenis masakan baru yang telah kucuba. Baru tu maksudnya baru bagi aku ler, sebabnya kat Malaysia dulu,aku selalu gak rasa masakan yang baru, tapi yang baru kat restoran...hehe. Boleh kira baper kali aku masak dalam seminggu, semuanya kerana kekangan masa disebabkan bekerja dan keluarga. Tapi itu bukan 100% alasan aku sebenarnya. Alasan sebenarnya adalah aku ni type yang suka jalan-jalan.
Tak betah rasanya duduk dirumah jee. Wajib bagiku untuk keluar rumah walaupun kengkadang tu xde tujuan. Bila dah keluar tu, adalah tujuannya...huhu
Akibatnya sampai duduk kat Korea ni pun, tiap-tiap minggu kami akan keluar berjalan. Tak kiralah ke mana sahaja pun. Dapat jalan area rumah pun dah cukup baik untukku. Nasib baik takde kereta. Kalau ada agaknya... lagi jauh langkahku ini...
Laa...citer lain pulak...berbalik kepada cerita asal... pasal masak... Disebabkan life aku sekarang ni lebih banyak di rumah..so.. dapatlah aku gunakan masaku dengan mencuba pelbagai jenis masakan.. Setakat ni aku dah berjaya buat nasi beryani, nasi ayam, lontong, soto, mee bandung, mee rebus, spaghetti bolognese... tu kira jenis masakan yang aku rasa masa kat Malaysia hanya dimasak time ada special event...hehe..
Seronok sangat sebab aku dapat prepare sendiri makanan untuk suami dan anak-anakku.. Sekurang-kurangnya...2 tahun ni diorang makan masakan hasil dari air tanganku...
Aku harap balik Malaysia nanti...aku akan terus jadi isteri dan ibu yang rajin memasak..huhu...
Tadi buat kesekian kalinya aku masak sotoooo.....

Rabu, 19 November 2008

HAPPYNYEE..

Seronoknya rasa arini...hubby balik dr kelas dgn menyebut posto-posto. Kuingatkan apa yg ingin disampaikan. Rupa-rupanya ada surat dari rakan baikku, Che La. Klasikkan. Tak ramai yang masih nak menulis surat. Aku merinduinyaa.....
Kalau diingat-ingatkan semula, entah bila agaknya kali terakhir aku menerima surat atau menulis surat. Tulis tangan tuuu. Kagum aku. Dengan kecanggihan teknologi IT sekarang ni, semua sibuk dengan emel, messenger, telefon dan macam-macam lg termasuklah blog n facebook. huhu...
Macam teknologi fotografi juga laa. Semuanya digital. Tapi kalau tak print, rasa tak puas. Lagipun bagi aku, kurang sentimental valuenya. Ni tengah berkobar-kobar nak balas surat semula ni...

Terima kasih untuk Che La. Happy sangat-sangat nii.... (^_^)

Selasa, 18 November 2008

MENUNAIKAN HAJI

Keluarga besar kami. Gambar dirakamkan semasa family gathering di PD pada 24-25 Mei 2008

Hari ini mak, ayah dan abang azam berlepas ke tanah suci untuk menunaikan haji. Rasa sedih tak dapat mengiringi mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor (dari hari tu rasa rindu sangat kat mereka dan teringin nak balik kampung).sob..sob sob.. Kelmarin Abang Uda cuba untuk skype agar kami dapat berbual dan saling menatap wajah tapi...yelah..kecanggihan IT belum begitu meluas sehingga ke kampungku. Semalam kami hanya dapat berbual thru phone.

Kami doakan mereka dan seluruh saudara seIslamku dianugerahkan Allah kesihatan yang baik dan dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna dan kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Amin..

Ahad, 16 November 2008

AUTUMN D' NAMI ISLAND

Akhirnyaa....terkabul jua hajat kami nak ke Nami Island...Semalam (15 November 2008) kami ke sana. Thanks to my hubby n kawan koreanya yang banyak membantu memberi tunjuk arah n advice untuk ke pulau yang terkenal dengan cerita apa lagi kalau bukan...."Winter Sonata".
Info Ringkas
Pulau yang terletak 63 km dari Seoul ini dinamakan bersempena seorang pejuang yang bernama General Nami yang hebat (mengikut sejarahnya laa) yang mati di medan perang at aged 26!!! (hmm muda kan..). Pulau seluas 460,000 meter persegi ni hanya terbentuk akibat pembinaan empangan Cheongpyeong dan ianya terletak di tengah2 Sungai Han. Secara ringkasnya pulau ni terletak di tengah2 sungai dan bukannya lautan seperti pulau2 yang lain. Keunikan yang membuatkankannya popular selain tempat penggambaran drama Winter Sonata adalah disebabkan kepelbagaian floranya (cewahhh). Maksudnya, banyak jenis pokok yang membuatkan pemandangan sungguh indah n romantis gituu...

Kat Cheongnyangni Station...tgh tunggu train jam 7.57 pagi

Ni dalam train. Ala-ala komuter kat Malaysia.

Sampai kat Gapyeong Station. Kena naik teksi plak ke jeti utk ke Pulau Nami (semua tgh excited)

Tengah beratur nak naik feri..

Posing dalam feri

Batu Belah Batu Bertangkup (kat pintu masuk pulau)...hehe...

Proud to be Malaysian....

Cintan cintun gituu....

Bila dah lapar..apa lagi..buka bekallah. Bawa karipap dan sandwich. Junk food of course ada...

Macam sama jer buat Peace...

echechecheh...;)

Sejuk wooo...ditambah pulak dengan hujan...bertambah-tambah sejuknyaa....

Dah ada geng rupanya Ultraman Malaya nii...

Bestnya kalau dapat drive ni..

Jun Sang dan Yu Jin versi Melayu (Melayu ke Jawa ek)...huk huk huk....

Di tepi sungai yang mengelilingi Pulau Nami.

Lost and Found..hehe... (aku kat pokok lagi satu tuuu...)



Ha ha ha...



Kapal terbang baru landing...

Bila dah letih, kitorang naik tram. tapi tram ni laluan dia dekat sangat..huhu... Takpelah... janji sampai..(Pesanan penaja: Gunalah ubat gigi cap Ana)

Happy Family..
Wajah-wajah kepenatan. Ni kat waiting room untuk tunggu train balik ke Cheongnyangni.

Kesimpulan
Hehe...cam buat karangan pulak. Sebenarnya kalau p Korea then tak pergi ke pulau ni macam kurang lengkap jer. Memang cantik pemandangan kat sini. Kepada hubbyku..harap-harap dapatlah merasa Winter Sonata plak...hehe...

Kalau nak tengok gambar-gambar lagi, bolehlah ke fotopages kitorang.. http://donnor.fotopages.com/

Khamis, 13 November 2008

SANTAI...

Pagi tadi kitaorg ke taman yang berada berdekatan dengan rumah. Sajer ambil angin pagi. Seronok sangat sebab cantik pemandangan sekarang ni. Daun-daun dah banyak gugur. Terasa dingin walaupun matahari cerah.

Posing dua beradik..

Ramai kata saya cam orang korea... yeke???

Seronoknya main dedaunan yang gugur.

Amboi...khusyuknya...takkan dah jadi mat bunga kot..

Suka main daun sampaikan tak mahu balik rumah.

Ultraman Malaya datang menyerang!!! Fire!!!


Seronok sangat sampai terlupa nak baca apa yang tertulis kat monumen tu. So tak tahu ler monumen apa ni...hehe..

Sukanya diaaa....

Hmm...cari apa tuu....

Isnin, 10 November 2008

JE JIB...

hahaha....mesti kompius lagi ni...maksud tajuk tu.. RUMAH KU.. Bercerita tentang rumah..yang menariknya ialah rumah yang kitorang duduk ni, ada 4 tingkat..tapi satu tu bawah tanah. 3 tingkat atas tanah. Kitorang duk kat tingkat 2. Mesti korang susah nak imagine kan camana umah yang bawah tanah tuu...hehe...aku yang dah duk dekat 3 bulan kat sini pun x leh nak bayangkan macamana keadaan dalam umah yang bawah tanah tuu.... dapat tgk dr luar pintu dia jer... kawasan kat sini banyak bukit bukau..so umah yang diorang wat pun..asal ada space...jadi ler bangunan. Padat sangat. Okay..pasal memula nak sewa umah ni.. Deposit dia jer.. 40,000,000 won..lebih kurang 40,000 USD..Pehh..kalau xde bantuan JPA... jangan harap nak sambung blajo kat sini.. mimpi jelaaa.... tu pun kalau mimpi.hehe.. Pastu bulan-bulan 350,000 won. Umahnya...comel sangat..tapi sesuai sangat ler untuk orang yang penakut cam aku ni...ekekek. Kalau tengok gambo kat bawah ni..umah kitorang yang ada 3 tingkap tu...tiga-tiga tingkap tu tingkap umah sewa kitorang. Tingkap kiri (bilik kedua), tingkap tengah (dapur) dan tingkap kanan (master bedroom).Umah atas sekali umah owner. Tapi tiap-tiap bulan bayo sewa tetap kena p bayo thru bank. huk3x..sadis skali.

Posing depan umah.


Gambar pintu masuk. Belah kanan tu rak kasut built in (memang dah semulajadi tak boleh tutup rapat) hehe... belah kiri tu dah bilik kedua. Jadi tempat sidai baju, tempat tengok tv, tempat sembahyang dan tempat blajo my hubby. Kena sidai baju dalam umah sebab kalau nak sidai baju luar umah, kena p naik bumbung. Kebanyakan umah kat sini style camtu. Takde nak sedia-sedia space luar umah.

Gambar dari dalam master bedroom. Mentang-mentang dah terer merangkak model nii....

Dalam master bedroom. Ni baca doa nak tido ker??

Frog Iman (Gambar Ihsan : Iman Hakimi)

Pinky Nasuha (Gambar Ihsan : Iman Hakimi)

Ni sungguh-sungguh makan ni. Bukan lakonan... Ni lah tempat kitorang menjamu selera setiap hari. Bukan menjamu selera jer...nilah kiranya hall kitorang.

Ni peti ais yang beli kat sini. Kecil jer.. Suka betul Iman. dulu kat Malaysia, tak penah dapat buka sendiri...sekarang ni.. macam mainan dia jer.