Khamis, 9 Julai 2009

DARI ULSAN KE GEOJE

Percutian kami diteruskan dari Ulsan ke Geoje pada 21 Jun 2009. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan menaiki kereta. Sampai di kepulauan Geoje, kabus tebal menyambut kehadiran kami. Jarak penglihatan hanya lebih kurang 50 meter. Alhamdulillah, lewat petang itu kami selamat sampai ke Geoje. Lepas solat dihotel penginapan tempat Najib berkursus, kitorang ke rumah Jothi (rakan sekuliah hubby di KAIST). Thanx to Jothi yang sudi menyediakan penginapan sepanjang 3 hari kitorang di Geoje.


Didepan apartment Jothi & Philip.


Lepas rehat-rehat sekejap dirumah, kitorang n Fazidah sekeluarga dijemput makan malam di rumah Herman & Azwa. Alhamdulillah, bertambah lagi kenalan kami dibumi Korea ni. So, selama 3 hari di Geoje ni, kitorang memang terlebih makan sebabnya sentiasa dijemput makan oleh mereka sekeluarga. Thanx to family Herman.

Malam kedua, 3 keluarga berkonvoi g makan kat Restoran Uthmania.


Hari kedua, Najib dah mula kursus. So, hubby ler yg drive keta Najib. Tapi sebab hujan lebat, perancangan kitorang untuk ke beberapa destinasi terpaksa ditukar. Dapatlah kitorang ke Museum jer.




Lepas Najib habis kursus dihari ketiga tu, kitorang g ke Park(lupa nama park ni). Pemandangan memang cantik. Cuaca waktu tu pula sangat cerah. Hanya lensa kamera yang mampu menggambarkan kecantikan park ni.









Dah puas menjamu mata, kitorang ke POW CAMP. Camp ni merupakan taman memperingati peristiwa perang antara Korea Utara dan Korea Selatan.




Tahanan perang yg gumbiraa....



Bergambar bersama Fazidah, Najib n their twin.


Tah nak serang saper agaknya...

Kompius budak comel seluar pink tu tengok...


Letih rasanya berjalan sakan sepanjang seminggu ke Ulsan+Busan+Geoje. Tapi memang seronok dan happy. Lagi plak dapat mengeratkan silaturrahim. Sangat berbaloi-baloi.

2 comments:

safa berkata...

cantik cantik...best3 jalan2

Unknown berkata...

huhu...alangkah bestnya kalu aku dapat jalan2 gak...huhu...stress buat kerja!!!

-sumi-