Khamis, 2 Julai 2009

JEJU ISLAND DAY 1 & 2

Ni sebenarnya percutian rasmi kitorang yang pertama bagi summer holiday. Seronok sebab hubby cuti panjang. Kitorang g Jeju Island ni dah lama dah. 26 - 29 Mei aritu. hihi... Tapi punyalah M tu besor sangat, jadilah ia cerita pembukaan di bulan Julai.

Pemandangan dari dalam kapal terbang masa nak landing.


Hari pertama sampai di Jeju dah petang. Settlekan nak sewa kereta dan check in hotel, akhirnya sekadar menikmati suasana disekitar hotel jer di hari pertama tu.

Hari kedua menjengah. Alhamdulillah, semua tempat yang dirancang untuk dilawati, dapat kitorang pergi. Cuaca pun sedap-sedap badan jee.

Sunrise. Jam 5 pagi dah habis subuh dah.

Pemandangan dari lobby hotel kitorang menginap (Jeju Swiss Condo)


Tengok gambo jelah tempat-tempat yang kitorang pergi di hari kedua ni yer. Gambo2 kat bawah ni di Teddy Bear Museum. (p/s: Kak Ila, kitorang x jumpa pun produk bear tous dalam museum ni).







Gambo-gambo disekitar Jungmun Resort Complex.

Tak ingat nama bridge ni.

Cheonjeyeon Waterfall.



Then, sempat gak ke World Cup Stadium (salah satu venue world cup 2002). Actually g park dekat dengan stadium ni untuk lunch. Bawak bekal nasi n rendang segera. Dah alang-alang dekat, dapat gak peluang masuk ke stadium ni.


Kitorang amik pakej submarine di Seogwipo. Pengalaman pertama kitorang menyelam bersama kapal selam. hihihi. nak diving eden x gheti. Sebelum sampai masa yang ditetapkan, posing dulu kat sekitar port.
Dari port, kitorang dibawa dahulu menaiki feri untuk transfer ke kapal selam. So, macam biasa, posing adalah acara wajib.

Dan akhirnya, gambo di dalam kapal selam.




Agenda terakhir kitorang untuk malam kedua tu ialah menikmati seafood korea. Kira boleh layanlaa. Tapi terpaksa telefon kawan hubby di Seoul untuk tolong orderkan. hihihi....


3 comments:

Selly Buke berkata...

seronok kan kham.. dapat tgk tempat orang.. dapat naik kapal selam lagik.. huhu
bestnya...........

Tanpa Nama berkata...

wahhh...kapal selam ..best tu..-mask

Don & Nor berkata...

haah..mmg seronok dapat g holiday. dalam negara sendiri pun syiok..apatah lagi ada peluang di negara orang.