Khamis, 2 Julai 2009

JEJU ISLAND DAY 3 & 4

Hari ketiga, kitorang sambung lagi menjelajah jeju. Destinasi pertama pagi tu ialah ke Miniature Park.





d 5th member of Teletubbies.






Lepas lunch kat luar miniature park tu (kali ni lunch nasi dgn sardin segera n telur goreng tanpa minyak..hihi) kitorang ke Sangumburi Crater.





Dah puas menikmati keindahan alam dari atas bukit, kitorang ke Elephant Land. Bila berjalan dengan anak-anak ni, kenalah fikirkan perkara-perkara yang boleh menarik minat diorang dan kurang memenatkan. Kalau diorang penat, kita lagilah penat nak layan karenah diorang. Tu yang bawak g Elephant Land ni. Dulu masa g Bangkok, dah pernah tengok show gajah ni. Tapi waktu tu masih berdua. hihi.....
Iman dan Nasuha menjerit sakan (sebab takut..huhu) bila gajah datang menghampiri kitorang.


Berpeluang naik atas gajah pusing-pusing kat sekitar taman tu.
Lepas tu kitorang ke Maze Park. Memula cadang semua nak masuk. Tapi masa tu Nasuha dah tido. Aku takut lambat dapat cari jalan keluar, letih nak gendong Nasuha, so hubby sorang jer take d challenge. Aku tukang amik gambo dr atas.hihihi.

Khusyuk cari jalan keluar.

Berjaya jua... kejap jer hubby dapat cari jalan.

Aku dan anak-anak, bergambar kat map jelah. hihihi...
Sebelum menamatkan aktiviti untuk hari ketiga ni, kitorang sempat ke Manjang Cave. Waktu sampai tu setengah jam lagi nak tutup dah tempat tu. So, kitorang masuk sket jer dalam gua tu. Wat syarat jadilah. Sebabnya Manjang Cave ni tak sampai 1km dari Maze Park. Tu yang rasa rugi kalau tak pergi.



Tiba hari keempat. Sebelum ke airport, kitorang sempat pergi ke Hallim Park. Tempat ni yang paling dekat dengan condo kitorang menginap. Tu yang pergi hari last tu. Sekali pergi, banyak tempat yang boleh dilawati dalam tu daaa... Tapi sebab kekangan masa, kitorang main celup-celup jer.

Posing dulu depan condo

Berlatarkan kincir angin.

Dalam Lava Tube di Hallim Park.



Style rumah traditional korea.


Merak yang encem dan comel.

yang ni memang betul. bukan macam kat atas tadi.



Begitulah alkisahnya percutian kitorang ke Jeju Island. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Dua-dua dah kepenatan. Dalam flight terus tido.

Sempat beli Jeju Chocolate. Special produk dari jeju. Sebelum ni tak pernah rasa coklat dari kaktus dan daun teh. Berpeluang tengok real kaktus yang dibuat coklat tu.

0 comments: