Isnin, 29 November 2010

HATIKU GUMBIRA

lalalalalallaa.... tu membayangkan hati gembira...ye ker??bolehlaa..bolehlaa...

Last week teman p seminar tech. update kat Intan Kiara. Lamo betul tak menjengah Intan tu. Disebabkan kengkawan lain semuanya dah cukup 7 ari kursus setahun, teman ni plak mula masuk keje dah pertengahan tahun, so, ya amit-amit nama asyik naik jer kursus tak cukup-cukup.

Jalan nak ke sana masih sama, tapi tah cemana boleh p naik jalan nak ke UM plak. Nasib baik sel-sel otak bercambah dan bercantum dengan baik ketika itu untuk u-turn n pusing kat PPUM smula. Ni sebab masa kecik dapat susu baaeekkk punyaa...ahaks

Walaupun sampai situ dah kul 8.40 dengan kerisauan nak mencari dimanakah terletaknya auditorium, dan seminar akan bermula kul 9, taaaapii..bila sampai tuuu...sempat lagi perabih nasi lemak sepinggan. Pastu nampak kuih kasuii sungguh menarik hati, eik..sempat gak cekut seketul. Sudah kenyang...hati jadi senang...lalallalaala..

Kali ni seminar tech. update kerjasama intan n oracle. Adaler produk baru nak diperkenalkan tu. Ok...misi mencari kawan. teman sorang jer wakil dari opis. Disebabkan teman ni kategori extrovert(takmo ngaku kepochi tuu..), so, masa yang diperlukan untuk mencari kawan baru adalah tidak begitu sukar...huhu. Dapat kawan dari poli PD. Depa datang 5 orang. wow..begitu ramai skali. Budak poli tengah cuti, tu yang depa dibenarkan g reramai. Pastu sorang lagi dari JBG. Dalam dewan duk dengan group depa.

Sesi pagi berjalan dengan lancar. Tiada unsur kemengantukan disitu. Tetiba jer dah time rehat pagi. Waktu sembang-sembang tu, kawan yg dari JBG ni tanyalaa. tapi macam ada sdikit keseganan disitu. Wah..sudah pandai baca isi hati orang. Dia tanya teman ni dah ada anak ker? oo...baru paham kenapa macam segan. yelaa...takut silap tertanya soklan kot.. Takkan nak jawab belum ada kan. Sila berlaku jujur dimana-mana anda berada yer. Soklan kedua plak. Umur berapa?? Apa yer maksud tersirat disebalik semua soklan itu. Jujur kali kedua...

Apa reaksi kawan tu?? sila baca dengan tenang jawapan yang diberi.... "Hahh...ye ker...tadi tanya ada anak kee..ingatkan BELUM KAWIN LAGII...." diulang sekali lagi..perlu ker ulang. hahahha..takyahlaa...dah caps n bold tulisan tuu...huhu
huihh.. kembang kempis kempus masa tuu... tapi masih boleh mengontrol keadaan maupun suasana persekitaran agar kelihatan normal. Senyum sampai nak abih sesi tengahari tu. tak sabo nak citer kat hubby..

Sebelum balik tu ada plak cabutan bertuah. Teman ni memang tak pernahnya nak merasa cabutan bertuah, kecuali semua orang dapat dalam cabutan tu. Hebat or tak jer hadiahnya.
Tapi kali ni nama teman disebut. wahwahwah..lihatlah doniaa...nama teman diumumkan. ceh..macamlah hadiahnya tu mazda6 kee... umah sebiji kee...ahaks..penuh angan-angan. Control-control....ramai orang dalam audi tu. Berjalan dengan penuh keayuan naik stage. belum kawin ler katakan...ekekekkee.opss..gurau jer yang.

budak kecik kat bawah ni yang teman dapek...


aksi berdiri..




depangkan tangan yer tuan puan...

Hari yang indah dan menggumbirakaannn....

Rabu, 24 November 2010

TERKENANG..

Dah 5 bulan berada semula ditanah air sendiri. Cepat jer masa berlalukan. Bila air asia wat tambang murah bagai nii...pastu dah mula keluarga/rakan yang tanya itu dan ini pasal korea, rasa macam nak terbang balik ke sana...huhuhu...rindulah plak.

Pastu bila tengok balik website-website dalam bahasa korea...uji minda bermula. ahaks..masih bolehkah teman baca tulisan korea...yeyeyeyeye..masih boleh. Tapi tiada alihbahasa untuk pembacaan itu...

Sekarang ni nak masuk winter dah. lagilah seronok. kalau dulu asyik duk tengok ramalan cuaca..bilalah nak snow.


Sejuk jer rasaaaa....

Tapi 1-2 ari ni bila dengor dentam dentum dah mula ada yg terkorban dek permusuhan dengan sedara sebelah negara tuu...rasa seghiau plak. seoul dengan sempadan tu x jauh mana pun. Hopefully, segala-galanya selesai dengan aman.

Isnin, 22 November 2010

Regency PD

Aritu hubby ada meeting dua ari kat Regency PD. So, macam biasa, isteri solehah ler katakan -uhuk-uhuk..Nak ingikut jer kejenyee. Sejak mula keje semula ni, ni 1st time berkesempatan ikut hubby.
Both iman dah lama tak jumpa swimming pool. Selama 2 tahun kat korea nun, sekali jer depa p pool. masa kat umah member. Kebetulan masa tu nak masuk summer dah. So, bolehlah jejak kaki kat pool tu. Kalau bukan summer, ada berani kaaa...
Haruslahkan..pagi-pagi alam kalau kata nak g pool, seronok jer. tapi moknya kata kita survey dulu..takmo terus terjun... Meh tengok rupa bangun tido.



Kita perlu berpandangan jauh. tetapkan misi dan visi!!!


Okey...line clear, boleh tukar baju. Eksperimen dengan pool, adakah mereka masih berani??



Setakat sini jelah ibu yeee.... Cuba perhatikan setakat 1 anak tangga tu jee. Punyalah depa seghiau dengan air kolam. Jenuh.. lama duk pujuk suh masuk dalam sket. Takper-takper..kasi puas dulu main kat situ. Tapi sampai bila nak tengok macam tu jer kan. Tergugat kesabaran ni.

Kesudahannya, moknya kenalah memangsakan diri demi anak-anak terchenta. Separuh badan ler lencun sebab nak teman depa.


Lihatlah doniaaa.... Siap boleh ngusik abang lagiii... Sempatlah tawaf baper round pool bebudak tu. Okeh-okeh naik atas dulu. Dah kecut-mecut kulit tu.


Perut dah lapo.. Alas perut jer dulu. Sila jangan amalkan makanan alas perut seperti yang dipaparkan ye..huhu.


Macam dah penat jer bebudak ni. Jom balik bilik dulu.

Nikmatnya dapat susu sebotol..

Okeh, sesi petang bersambung. lagi bersemangat sebabbbb.....


Taraa...kawan baruuu....


Adik pun terpaksa layan pilihan abang. Sebab masa g beli tu, adik tengah tido, so, abang ler yang pilih. Dua-dua jejaka idaman abang-ultraman & spiderman.
Sesi petang tak dapat lelama. Masa tu dah renyai. Kalau tak, mau tahan sampai tutup pool tu.

Tu jelah kisah sehari suntuk dipool. Ni dah mula cuti sekolah, echeh..macamlah anak-anak teman sekolah. Dah sarat kepala ni pikir destinasi nak g. tapi semuanya kena adjust betul-betul sebab coti mok nak abihhhhh...


Must seeee...


Khamis, 18 November 2010

MACAM TAK CAYA

Pagi tadi time dalam keta g keje, dengar takbir kat radio IKIM. Teman memang selalu bertemankan radio ni sebab semua ada. Kalau sesapa nak dengar gak, dipersilakan. 91.5 frekuensinya dilembah kelang yer tuan puan.
Syahdu jee...slalu waktu takbir, teman sekeluarga berada di kampung, tapi sebab cuti teman dah tinggal 2 ari jer untuk tahun ni, kenalah berjimat cermat dengan cuti. Walaupun cuti dah kategori nazak, tapi semalam tetap balik kampung tau. Bezanya cuma kali ni balik 1 malam jer. Takbir raya haji plak berkumandang selama hari tasyrik lagi ni. Tu yang macam pelik bila g keje sambil bertakbir raya. Tapi teman ske ske ske... ske sangat takbir raya versi m'sia ni.
Tahun ni gak first time tengok live orang wat korban. Semalam wat kat depan umah mertua. Masa tu mak mertua ajak g tengok. Errrkkkk, macam takut-takut jer nak g. Sebelum ni tak pernah pun sesapa ajak g tengok. Teman pun blum pernah terasa nak tengok, macam takut jeee... Bila dah diajak, cubalah gak beranikan diri. Iman sronok betul, macamlah dia yang nak nolong tok imam tu nyembelih. Lembu tu pun nampak tenang jer.
So, sempena raya yang masih ada ni, teman sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha. Buat yang mengerjakan haji, semoga dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur. Amin

Selasa, 16 November 2010

KELEPERANMU MENAWANKU...

Dulukan..bila tengok iklan kat tv tuu..macam best jer bendatu..teringin sangat nak ada sendiri. tapi memikirkan lepas kawin ada dapat adiah, 1 yg jenis biasa tu, 1 lg yg jenis tanam gak, tapi tetap guna gas, so, hasrat nak guna yang macam dalam tv tu tersangatlah jauhnyaaa...
Skali bila dah ada umah sendiri, dah pakai yang adiah tu, macam slalu plak bau gas bocor. Ada plak kang molotop, x ker naya jadinyaaa. dah tukar tiub hos pun ada bau gak.
Ini adalah ciri-ciri peluang yang wujud untuk ditukarkan dengan yang lain ni. Skali hubby pun ok jer kalau pakai yang leper tuuu... apo laiee..pucuk dicitaa...

Wah..gambo yg baru jer yg nak letak yer

Masa nak beli tu, kebetulan giant sri kembangan baru bukak. first day kitorang g, sajer nak survey apa yang menarik. Dia wat opening hari keje, so malamnya tu baru berkesempatan g. Hubby ajak g naik motor jee..kalau tetiba terborong banyak barang, hubby akan balik umah amik keta. Umah dgn giant tu 5 minit jer. Dekat banget.
Memang seperti yang disangka dan dijangka..punyalah 'ramai kereta' (ayat nasuha), melimpah ruah. Nasib baik naik motor. So, mood nak pusing-pusing pun tak baper nak ada. Ramai benor orangnya.. pikir plak esoknya hari keje, target nak cari dapur, nak cari dapur, nak cari dapur. Alhamdulillah, nampak booth 1st jer trus menyerah diri. Dah tak survey tempat lain dah.
Teruslah dengor apek tu cakap, walaupun sbnrnya klu dia x ckp byk pun..mmg teman nak beli. Dahlah suaranya dah serak-serak. Banyak noooo cakap. Lenkali rasa-rasa klu jumpa customer mcm teman ni, takyah cakap byk dah. ciri-ciri nak sangat membeli tu memang dah terserlah. hihihi. Dahlah tuu, siap bahasakan diri teman ni adik n dia tu abang. lawak pelik tullah apek ni. 
La ni setelah mencuba sendiri, echechehceh...suka tullah... dah x main putar2 dah, main tekan-tekan jer.
Apek tu kata 3 jam baru 7 posen. berbaloi-baloilah kot. Jangan tetiba bil letrik naik mencanak-canak nanti sudah.
Oklah..memang recommended klu saper yang bercadang nak pakai. bukan brand ni jer tau. Apa-apa brand jelah. Untuk keselamatan pun yer jugak. takdelah risau dengan anak-anak kecil especially anak-anak teman yang sedang membesar bagai johan ni.
Tah-tah umah orang lain semua dah pakai jenis ni. teman ni jer yg baru mencuba...huhuhu.