Selasa, 21 April 2009

SIAPA NAK BERCUTI KE CHINA??

Salam semua..
ni ada berita baik. Kakak kham/nor/enor kan keje dgn travel agency. so ada promosi hangat. Murah sangat-sangat. tour ke PADANG-BUKIT TINGGI 4 hari 3 malam cuma RM600. Include accommodation, air fare dan meals. datenyer 9-12 Disember 2009. Tapi kena full payment sebelum akhir bulan ni.
Trip ke CHINA pulak....6 hari 5 malam cuma RM1000. Include accommodation, air fare dan meals. Tarikhnya dijangka pada Mac 2010(cuti sekolah). Biasalaa..bila harga murah...kenalah reserve cepat. Nak ke CHINA ni pulak, kena bayo full sebelum Jun.
So..kalau ada kawan2 berminat, emel me ok. khamsatun@hotmail.com. Itenary akan dihantar ke emel bagi yang berminat.
Jom kita pergi bercuti. Syiioookkk...

Ahad, 12 April 2009

FESTIVAL STRAWBERI @ NONSAN

Seronok sungguhh...memang sronokk dan sangat berbaloi. First time dapat petik buah strawberi then terus makan. Kat Cameron Highlands dulu ada g kebun dia..tapi tak boleh masuk. Tengok dari luar pagar jerlaa.
Perjalanan kitorang kali ni melebihi 300km. Pertama kali sejak di Korea ni kitorang pergi tempat sejauh ni. Tapi sebab naik train laju(KTX), sejam setengah jer dah sampai. Ada masanya kelajuan train ni melebihi 300km/h. Pulak tu pergi naik first class(ni kes dah habis tiket kelas2 lain). Teramatlah selesanyaa. Ada pramugari plak tuu. Kalau nak beli makanan/minuman, dia ikut standard Air Asia..kena bayar maa... Tapi balik naik kelas ekonomi jer. hehe... Kitorang naik dari stesyen Yongsan jam 8 pagi. So, jam 7 pagi dah keluar dari rumah sebab dari rumah nak kena naik teksi ke stesyen subway(adik bradik train gak). Naik 1 subway jer trus sampai Yongsan stesyen ni.

di Stesyen Yongsan. Besar rupanya stesyen ni.


Dalam train.

Sebaik sampai. Nasuha baru bangun tido.

KTX meninggalkan stesyen Nonsan. Tu rupa bentuk belakang train.

Kat luar stesyen Nonsan. Dah ada banner festival ni. Dari stesyen Nonsan jaraknya lebih kurang 2.2km. Tapi kitorang decide naik teksi sebab kesian memikirkan anak-anak dan diri kami juaaa.. Dari jauh dah nampak belon-belon strawberi. Dah tak sabo... Tapi bila sampai tak tahu mana nak tuju. Sebab tujuan utama nak petik buah strawberi. Tak nampak ladang strawberi pun kat tapak festival ni. Mana nak cari tempatnya nii... Nasib baik nampak orang ramai berkerumun di satu tempat. Rupa-rupanya tengah beratur nak beli tiket shuttle bas. Kitorang ni manalah nak faham tulisan depa kat booth tu. Disebabkan masih awal, takdelah kena beratur panjang sangat nak beli tiket. Sekali bila dah beli tiket, beratur nak naik bas ke ladang strawberi tu lagi panjang daa...

Di tapak festival

Ni tengah beratur nak naik bas.

Bila dah sampai kat ladang...apo laieee.... macam tak cukup tangan nak petik dan makan.

Nasuha yang dah ada 2 batang gigi pun tak lepaskan peluang. Memang feveret dia. At last sampai mengamuk sebab bagi banyak sangat. Dah muak agaknya.

Tengah khusyuk memetik.

Sebelum balik singgah beli jem. Memang sedap n original dari ladang.
Lebih kurang sejam kitorang kat ladang tu, rasa-rasa dah muak n penuh plastik yang diorang bagi, kitorang pun tunggu bas untuk balik semula ke tapak festival tu. Layan gambor kat tapak festival pulak.

Iman dengan penari cilik yang perform sempena festival ni.


Buah strawberi yang ditakuti Iman. Amik gambo sorang jelah.

Bergambar dengan Ratu Strawberi


Kecik-kecik tu buah strawberi yang didecorate.


Dengan pokcik-mokcik yang perform gak.



Muka Iman dah merah padam sebab seharian berjemur.
Begitulah kisahnya seharian di Nonsan. Antara lokasi pengeluar terbesar strawberi di Korea. Naik train kul 5.18 petang dari stesyen Nonsan untuk ke Seoul semula. Sebelum menamatkan entry kali ni, sajer nak tunjuk hasil mashul kitorang. Ni buah yang kitorang petik sendiri. Takde beli yang lain sebab tau buah ni tak tahan lama. So, takut rosak pulak kalau beli banyak. Perjalanan jauh pulak tu.

Ni bekas plastik yang dibekalkan. Diorang bagi kecik jer. Sebab tau, kalau bagi beso..lagi banyaklah yang dipetik.

Close up sikit.

Khamis, 9 April 2009

MUSIM BERLALU

Akhirnyaa... setelah lebih kurang 5 bulan kitorang tak lekang dengan baju sejuk tak kira di dalam apatah lagi di luar rumah, hari ini dapat juga kitorang keluar rumah tanpa baju sejuk.. Itupun Iman dan Nasuha masih dipakaikan baju tebal, sebab kelmarin keluar rumah angin masih kuat. Tapi hari ini kitorang keluar nun matahari tengah terpacak atas kepala, so Alhamdulillah, baru terasa cahaya matahari tu.
Sekarang ni dah masuk spring. So, siang semakin lama semakin panjang waktunya. Sekarang ni jer pun kul 6 dah habis waktu subuh, dan bila masuk ke summer tak lama lagi kul 5 lebih dah terang benderang dan masuk isya' kul 9 lebih.
So, dikesempatan cuaca yang nyaman2 macam nii..kitorang pun pergilah sajer2 amik angin tengahari buta. Lokasi yang dipilih kali ni ialah Korea University(KoDe)... lebih kurang 10 minit jer jaraknya dari rumah dengan menaiki kenderaan rasmi kitorang...Bas 273...hehe.

Depan main gate.

Nasuha dah pandai jalan. Tu yang boleh lepaskan dengan Iman.

Student KoDe.. yang dengan Iman tu mukanya ada iras Nez(MQA)...jgn maree Nez. hehe..


Jadi tempat berjemur student dan bukan student..

Tepuk amai-amai....