Jumaat, 24 Jun 2011

Ho Chi Minh (Part I)

Sebelum nak citer pasal percutian kami ni, nak update dulu beberapa siri citer yang lalu yang x sempat nak wat full coverage.
1. Kan sebelum ni entry pasal mak jatuh, tu jatuh sebab nak amik beg nak datang KL n seterusnya sama-sama bercuti dengan kami ke vietnam ler tu. Kesian mak ayah, terpaksalah membatalkan percutian ni. Pastu la ni dah kena simen sepenuhnya plak. Makin susahlaa mak nak gerak. Harap-harap cepatlah mak sembuh.
2. Happy belated anniversary untuk sayang i. <--- ayat geli geleman-jangan baca klu belum cukup umur yee.  Semoga dipanjangkan jodoh kita hingga ke syurga. Amin.

Ok...boleh story mory citter vietnam plak...

Selain kitorang berempat, ayah, mak, kakak n her husband also spatutnya ke vietnam ni. Tapi sebab mak dah bersimen kakinya, ayah pun x ikut serta. pastu anak kakak plak mendaftar matriks, so husband dia pun x dpt follow. So, kitorang berlima campur kwn kakak 4 org. Tu jelah group kitorang ke sana. Jadual kat sana x book lagi kecuali on 1st day. Maklumlaa, kakak teman ni keje travel agensi. So, dah tah yg keberapa kali kesana. Semuanya blh arrange bila smpi sana nanti.
Kitorang gi 4 hari dari 24- 27 Mei yang lepas.
24 hb tu flight petang. Perjalanan almost 2 hours.

yeyeee...dah sampai...

Sampai sana trus g city tour. Lokasi pertama ---> Notre Dame Cathederal pastu depannya plak pos opis lama.


Depan Notre Damn Cathederal. All of us.


dpn pos opis..





rasa macam kaunter nak beli tiket train plak...

cubalah tgk betapa banyaknyaa motor..

salah sebuah masjid di sini..
Lepas city tour tu, kitorang di bawa makan kat Restoran Seri Pinang. One of d share partner tu ialah M'sian. Makanan dia oklaaa....
makan time..cuba tgk anak dara i tuu..kemain suka lagiii....

Pastu nak p check in hotel..SEBELUM TUUU...kami di ajar cara melintas jalan di sini. Pelik kan?? Lintas jalan pun nak kena ajar.Maunya tak kena ajar...tengok jelah motor yang banyak tadi tuu...

 Percubaan pertama dengan bantuan pelayan restoran. Cuba tengok dia siap bawak papan tanda no. entry tuuu...

Kalau depa tak ajar..gamoknyee 4 ari kitorang kat sana...tak melintas ler jawabnyaa... Sungguh mencabar. Dia punya motor mak aiii....kemain banyak. Berlapis-lapis panjang. Sila jalan perlahan-lahan, jangan terus memecut atau berhenti ditengah-tengah atau menjerit. InsyaAllah selamat. Selepas dipraktikkan segala ajaran..yezzaaa....semua berjaya.

Check in hotel..malam g kluar p night market plak. Bermulalah sesi jalan-jalan kluar duit.

Disinilah hotel kitorang menginap.

on d way ke night market.


Second day, join g chu chi tunnel half day tour. On d way tu kitorang singgah di Vietnam Handicapped Handicrafts. kat sini pekerjanya ialah OKU.


Guna kulit telur. Bila lepas makan telur, Iman suh simpan kulitnya sebab dia nak guna wat kraf...hihi




Lebih kurang 20 minit berada di sini, perjalanan diteruskan ke Cu Chi tunnel.

Sampai dah...

Sebelum masuk kawasan markas...lalu kat pokok nangka nii...buahnyaa mak aiiii....

Bom wooo.....


punyalaaa kecik trowong dia kan...mat saleh ni x lepas nak masuk. Tapi kitorang di bawa masuk lalu tunnel yg dah dibesarkan sket.


ni dah nak kluar dr trowong...dlm trowong x mampu nak pusing2 bdn...sgt kicil wooo...lgpun gelap.

antara terowong yg ada..


Antara trap yg dibuat




Bila dah melekit-lekit ni...sronottnyee kalau dapat mandi wooo...

Walaupun kata half day tour...tp sampai bilik dah petang gak. Semua tak larat nak p makan kat restoran, so just call restoran n minta depa deliver makanan ke hotel. Malam tu sambung lagi jalan-jalan keluar duit.

Habih citer part I. Nanti ada masa sambung Part II(hari ketiga dan keempat). Ni nak siapkan Part I ni pun lebih seminggu woooo....

Ho Chi Minh Part II

Lambat sungguh nak dapat peluang ke udara lagi. Apo laa eeeiii nak jadi..susah tul nak spend time utk update blog ni.

Oklaa..trus sambung ke citer hari ketiga...kitorang amik pakej 1 day Mekong River Tour. Perjalan lebih sejam. Sempatlaa melelapkan mata. Dalam perjalanan tu singgah jap kat Mekong tour rest. Cantik gak tempat rehat nii...

Sampai kat mekong kul baper tah. terus amik bot untuk ke pulau. Melalui sg. mekong, takdelah apa sangat yang menarik. Pemandangan biasa-biasa jeee....

Kat kawasan pulau mekong ni ada banyak laluan masuk dan kalau jalan dalam perkampungan ni...bolehlah tembus sana sini...

Dalam perkampungan ni banyaklaa perusahaan ala-ala industri kecil sederhana  macam kat malaysia. Kitorang di bawa melihat pemprosesan produk berasaskan kelapa. Yang syioknyaa, kat perkampungan ni, buah mata kucing dia mak aaiiii...rimbun semacam. geraaaammmm jer tengok. nak petik tak boleh..orang punyaa. Syiok tengok jelaaa....

Kitorang juga di bawa naik kuda pedati. Tapi bukan naik terus atas kuda tu, belakang kuda tu diletakkan tempat duduk yang boleh naik ramai orang. So, kitorang sefamily naik satu kuda. Memula naik tu, Nasuha nangis, biasalaa...ngeeeriii.

Kitorang juga dibawa ketempat perusahaan madu. Dapat merasa secaawan kecil madu. Adalah jugak jual-jual kuih + kerepek ala-ala kat tempat kita gak. Kitorang tak beli pung.

Kat sinilah jugak buat pertama kalinya dapat merasa naik sampan kecil. Sungai yang dilalui pun rasa best jeee. Pakcik dengan anaknya yang mengemudi sampan tu, kesian tengok pakcik tu, dah tua sangat. Tapi yelaaa.... tulah antara mata pencarian diorang kat sini.

Tengahari tu kami dibawa makan kat ala-ala restoran laa...Walaupun dalam pakej dah masuk makan, dan kitorang pilih vege, tapi tetap tak lalu nak makan. Nasib baik ada bawak bekalan. megi pun megilaa...lagi nikmat daripada apa yang disediakan. Dah tu dalam kawasan restoran ni pun, anjing banyak sangat berkeliaran, manalah nak aman duk diam kat situ. Persekitarannya sangat tak selesa... dahlah tour guide tu bagi banyak sangat masa untuk makan ni. Kitorang berharap cepatlaa masa berlalu. Tak sabo nak beredar dari situ.

Legaanya bila sampai gak masa untuk balik...naik semula bot besar tadi hingga ke tanah besar. Sampai kat city, dah petang. Sempat lagi tu g shopping walaupun dah letih. Yolaa...esok nak balik dah. Arini kitorang p butik baju + beg. manyaknyeeee pilihaannn. Harga of coz lbh murah berbanding kat m'sia.

Walaupun takde dalam list barang yang nak beli...tapi kalau dah masuk kedai tu..haruss sambar juga mana yang patut. yang tak patut pun dipatutkan jugak...

Malam tu g dinner kat restoran yg first day sampai. Tengok harga dalam menu dia tuu..mak aaaii mahalnyeee.... Tapi bila bayo, takdelah mahal sangat pun. Dapat diskaun kot sebab kakak teman ni kan agen jalan-jalan kluar duit. Masa memula nak order, kakak teman ada kata, terlupa nak order mee vietnam. Kalau tak semua boleh merasa. Skali sebelum menamatkan main dish yang diorder, tokei kedai bg free mee vietnam tuu.. haisshhh...sungguh sronot. Kakak den terlobih makan garam gamaknya malam tuu...tu yg masin mulut tuu...hihi. Cuma tak baper sronotnya sbb ms tu semua dah kenyang. Tentang rasa plak... haa...korang p sendiri ke vietnam dan rasa yeee. Bukan stakat mee, lepas tu tokei bagi free bubur plak. ala-ala pengat kat m'sia. bahan-bahan dalam tu yang teman ingat buah teratai..apo laaeiii yoo..lupalah plak. Takpelaaa...p laa vietnam dan rasa yooo...

Balik dari makan tu, p lagi night market. Kiranya sepanjang kat sana, tempat yang wajib pergi setiap hari ialah ben than dan night market...huhu. Tak payah listkan barang nak beli pun takpe, beg boleh beranak pinak punya bila balik m'sia. Nasib baik teman ni dah ada hand carry 2 budak comel tuu...so, kenalah gak berkira-kira nak shopping bagai. kang anak kemana..barang kemanaaa....

Balik hotel lepak...esok ada setengah hari lagi masa untuk shopping kat ben than. dah siap-siap plan dah..nak p beli barang apa...ekekeke..Teman nak p dengan kakak je sbnrnya..takut x sempat bershopping, bebudak tu nak ngikutlah plak...so, kenalah gak hubby ikut n tolong jaga anak2 kat belah luar. takut meragam dah banyak ari g dalam tu. buhsan depaaa.... Skali tak sempat abih shopping betul bebudak tu x larat dah. So, hubby bawak depa balik ke hotel. Bagitau boleh mandi lagi kat bathtub, kompom tak tolak punyaaa....

Tenghari tu orang hotel benarkan kitorang checkout lewat sket sbb nak solat dulu. Baguih kan depa nii...
Flight kitorang petang, jenuh gaklaa nak tunggukan sampai masanya tuuu. Masa kat epot tu ramai gak m'sian yang solat kat area tepi-tepi yang tak menggangu laluan orang. Seronok bila tengok suasana macam tu. Dimana-mana jer kita berada, tanggungjawab sebagai hambanya perlu ditunaikan. Teringat plak zaman kat korea dulu...

Sekian saja citer yang dapat dibawakan dari vietnam. Punyalah lamaaa nak siapkan 2 episod. Memang tak boleh jadi pengarang novel camni. Cerpen pun tak mampu. huhu...

Jumaat, 20 Mei 2011

MAK JATUH

Hwaaaa..malam tadi nak tido dapat plak call...mak jatuh.
Deezzzuuuppp..dup dap dup dap...ms tu hubby yg angkat tipon...teman cuba control jee...lg plak ms tu ngantuk..
Rupanya mak jatuh sebab nak amik beg kat atas almari...kesian mak...sebab nak amik beg nak prepare g kl. laa tuu...
then kami nak p holiday beramai2...tetiba mak jatuh plak. Ayah bgtau dah bawak p spital n kena simen. nak amik cuti susahlah plak sebab next week dah apply cuti lama. So, petang ni lepas keje baru boleh balik kg.
Hwaaa....tak dapat p jalan-jalan dengan mak ayah.

Takpelaa..banyak hikmahnya tu yang kita manusia ni tak tau/prasan.

Sesungguhnya sebaik mana perencanaan kita...Allah jua yang lebih baik perencanaannya...

Semoga Allah melindungi kami semua dan semoga mak cepat sembuh. Amin..

Khamis, 19 Mei 2011

BANYAKNYAA CITER ABANG

Dah alang-alang ada kerajinan ni...meh update citer abang.

Citer Satu : Potong Rambut.
Tah bulan bila punya citer pun dah tak ingat. Semenjak dua menjak tu...asyik nak buat rambut pacak. Jadi otomen ler gamoknyer tu. Cukup hebat dah kalau rambut tu elok tajam ke atas. Apo laiae...ajak p kedai gunting jelah. Ni kira first time bawak gi gunting rambut kat kedai sebab slalunya abah yang mengendalikan urusan ini. Dah surrender ker yang???


habihlaa x boleh pacak lagi ibuuuu.....

Citer Dua : Pergi Sekolah...
Huk aloh...dah setengah tahun dah abang sekolah...baru arini ibu hapdet gambo hensem niii....
Alhamdulillah setakat ni sekolah ok, abang pun ok, blajo pun ok. Baru last week habis exam. Minggu sebelum exam tu dapat surat cinta dari cikgu skolah suh tolong guide anak wat revision. Bila bagitau abang yang next week dia nak exam..soklan abang "exam tu apa ibu??". laa..lupa plak abang tak penah dengo perkataan tuu...so, kenalah explain. Bila balik dari skolah, ibu tanya macamana exam tadi, jawapan abang, tak taulah ibu. Apa yang tak tau teman pun tak tau...kuang kuang kuang...


Gambo cemana pun tetap peace..ibu punya idea ler tuuu...



Citer Tiga : Sakit Gigi

Kesian abang...sejak dari kecil x pernah bwk g klinik gigi..skali bila sakit....
Cari-cari klinik gigi semua tutup on sunday. Watlah appointment. Datang hari senin malam. selasa aritu kan public holiday..so kalau sakit gigi makin teruk pun xpe lagi..slasa tu cootiii....
Masa dr. check..terserlah kemachoannya. Releks jek...dr. tanya sakit...dia kata tak...dr suh nganga..dia nganga...x nangih pun. hebat betullah anak ibu...
releks jeee...

Amacam???Ada brani??spek kaler fefel uuuu...tu klinik punya yee..bukan nasuha punyaa...apatah lagi Iman Hakimi..

Skali dah tampal yang kanan, yang kiri plak sakit. Kenalah esoknya tu datang plak lagi. Nasib baik klinik buka walaupun public holiday. Skali kena tampal sampai dua. Lagi lama masa yang diambil. Tetap macho lagi hensem. Pastu dr. bgtau ada 2 lagi gigi berlubang yang perlu ditampal. Kesian abang. Dah lama tak nampak pau dipipi abang..Sebab sakit gigi ni terserlahlah paunya ituuu...

Isnin, 16 Mei 2011

HUIYOOOOO....

lama bebenooooo tu x hapdet blog niii....
Entry dr thn baru 2011 tu dah simpan lbh 5 bulan...tak hagak2 lamanya tuuu...
rindu nak menaip..tapi banyak plak kekangan sekarang niii....
InsyaAllah..cuba untuk hapdet selepas ni...tapi tak taulaa..lps entry yang ni..tah bila agaknya akan update yeee...
Dah terlanjur update time nii...nak lah wish Selamat Hari Guru wat semua guru-guru especially adikbradik dan ipar duaiku yang bergelar guru, kawan baikku Cipuding aka Che La, cikgu2 Sekolah Rambah, Sekolah Menengah Telok Kerang, SMK Dato' Penggawa Barat, Matrikulasi UUM, UUM dan cikgu yang tak berdaftar...Jasamu kukenang sehingga menjadikan teman seperti teman sekarang ni.
Happy Belated Hari Ibu buat semua ibu khususnya ibuku yang banyak sangat jasanya...dan juga wat diri sendiri yang dah pun bergelar ibu selama lebih 5 tahun...thanx kat hubby yang byk support...
Apo laei yang senang dan ringkas nak hapdet ek...ok...utk anak sedaraku yg berjaya dlm SPM yang dah lama lepas tu n tahniah sbb dapat sambung ke peringkat yang lbh tinggi. Blajo sesungguh yer nak..ekekek terasa mcm ibu mithali menasihati anak plak.