Rabu, 16 Disember 2009

FAMILY DAY..


Esok seluruh kaum keluargaku akan berangkat ke Kuching, Sarawak. Seronoknyaa...jauh tu kali ni pi... ramai-ramai naik flight...macam kontinjen bola sepak dan bola jaring plak. Mana taknya, adik beradikku sahaja 10 orang, menantu 7 orang, cucu 30 orang. Tapi disebabkan kitorang kat sini, tak dapatlah nak join tahun ni..huhu...sadisnyaa.. Selain kitorang adikku, Hasanah pun tak dapat join sebab ada kursus yang tak dapat dielakkan. Anak sedara sulung(Yusof) pun tak dapat join gak. Kiranya kontinjen keluargaku kurang korum tahun ni. Tinggallah Mak, Ayah, 8 anak, 6 menantu dan 27 orang cucu. Selama 3 hari 2 malam mereka akan berkampung di Kuching. Takpelaa...yang penting, doa kitorang dari sini agar family day yang dirancang kali ni juga akan berjalan dengan jayanya dan seluruh keluargaku akan enjoy.
Yang penting...ENJOYYY..

Menyorot kembali kisah family day last year, masa tu aku baru 30 hari lepas bersalin Nasuha. Masih dalam pantang tu. Last year kitorang wat kat PD. Enjoy sangat sebab dapat berkumpul ramai-ramai, makan-makan, bbq, borak-borak, gelak-gelak, siap wat sukaneka tu. Mana taknya...keahlian ramai(masa tu cucu kedua(Syafinaz) jer tak dapat join) . Aku yang dalam pantang ni pun, kalau boleh nak join. Tapi disebabkan atas nasihat orang-orang yang lebih berpengalaman, aku jadi camerawomen jer masa tu.hihihi. Aduhh...bila teringat memori indah cam ni...rasa tak sabo nak balik kampung. InsyaAllah dipanjangkan umur dan murah rezeki, tahun depan dapatlah kitorang join family day. Tapi awal-awal lagi dah dapat tau maybe adikku yang bongsu, Azzah susah nak join sebab akan melanjutkan pelajaran ke Australia bermula bulan Februari tahun depan. Manalah tau kan, tetiba masa tu dia dapat cuti, lagi syiok rasanya. Then mana tau, ada jodoh, tambah plak ahli keluarga kami kalau Abang Azam n adikku Hasanah melamar dan dilamar orang. Amin. Best-best..sangatlah bestnya..hihi.

Kat bawah ni sekitar family day last year kat PD.



Breakfast...


Sukaneka bermula..






Mak pun kena main gak...hihi




Berendam lepas dah penat bersukaneka...


Dinner + BBQ


Ayahanda membacakan doa...






Anak-anakku...










My BIG HAPPY FAMILY....

Isnin, 14 Disember 2009

KISAH NAK EXAM

Esok hubby nak exam. Lusa plak ada 2 paper...tulat pun ada lagi satu paper. Harap-harap hubby dapat jawab soalan exam tu dengan mudah dan tepat dan seterusnya dapat keputusan yang CEMERLANG. Amin...
Tak sabo nak tunggu hubby abis exam. Ni last week sebelum winter holiday. Pastu boleh meronggeng..
Oh Khamis...cepatlah berlalu... khamis = khamsatun.. hahahahaha....


Ilmu mengapungkan diri yang berjaya dipraktikkan di sini...

Rabu, 9 Disember 2009

SNOW KARAMEL

Ngeh ngeh ngeh...ini bukan nak citer pasal resipi karamel...apatah lagi resepi snow.. Sajer nak tunjuk gambo karamel yang telah dibuat beberapa hari yang lalu. Dihias pula dengan buah strawberi yang telah banyak berada dipasaran dikala winter ini. memang nyum nyum...murah dan manis. selang sehari mesti hubby kena beli sebabnya setakat sekilo tu...2 hari punya stok jer.





Apa kaitan plak dengan snow ek?? Sebenarnya 5 Disember yang lalu adalah kali pertama snow turun kat area umah untuk winter kali ni. Agak lewat berbanding tahun lalu pada 24 November. Echeh...siap ingat tarikh tu...manalah tak ingatnyaa...orang malaya ni...dikala ini sajelah nak merasa snow original pung. Tapi masa 5 Dis aritu, snownya sangatlah sikit..tak sempat basahkan jalan pun.


Sebab tak dapat amik gambo berdiri dalam snow pada 5 Dis, amik gambo ais dah beku kat tong kimchi ajuma depan umah jelaa...

Alhamdulillah, semalam (8 Dis), turun lagi snow. Tapi kali ni teman tak prasan pun memula tu..sebab duk dalam umah yang tingkapnya semua bertutup rapat. Sejuk maa kalau buka. Hubby yang tipon dari uni. bagitau tengah snow. Sekali buka-buka tingkap jee...memang tengah lebat maa... apa lagi..capai kamera n lepas tu kelam kabut menyiapkan bebudak ni sebab nak ajak turun bawah amik gambo dengan snow. Sementara nak nyiapkan bebudak, snow dah makin menipis.. nyiapkan bebudak sengsorang untuk nak pakai pakaian berlapis-lapis dengan topi, glove, stokin, muffler..memanglaa amik masa lebih sket. kalau hubby ada pantaslah gak. Ayuyaiii...sadis tul, sampai kat bawah, bila bergambo, tak baper clear nampak snownya.. Takpelaa..yang penting bebudak suka.


sejurus mendapat berita snow turun...


snow dah nipis daaa....


berdiri atas snow yang amat sedikit ituuu...

Sekarang ni masih menanti mudah-mudahan ada snow yang lebih lebat dari semalam. Amin...

Jumaat, 4 Disember 2009

AIDILADHA 2009

Alhamdulillah, telah seminggu pun berlalu Aidiladha tahun ini. Tak lama lagi nak masuk tahun baru hijrah dah pun. kepada jemaah-jemaah haji, semoga haji mereka diterima Allah dan mereka kembali kepangkuan keluarga dengan sihat dan gembira.
Tahun ni lebih seronok, sebab rakan kami dari Geoje, Azwa,Herman dan anak mereka, Batrisyia sudi datang ke Seoul. Bila ada rakan ni, terubat rindu dengan kaum keluarga yang jauh di Malaysia. Diorang sampai ke Seoul petang Khamis. Lepas kelas hari khamis tu hubby terus gi jemput diorang kat Itaewon. Teman kat umah bertungkus lumus prepare juadah raya.hihi...
Pagi jumaat, hubby takde kelas. So, kitorang semua pakat-pakat meraikan AidilAdha di embassy. Walaupun tetamu yang hadir jumlahnya kurang berbanding Aidilfitri(maybe sebab hari jumaat ramai yang ada kuliah), tapi kemeriahan tetap dirasa. Cumanya sebab sekarang ni dah winter, takdelah kitorang berbaju melayu bagai macam di Malaysia. sambutan pun dibuat di dalam dewan.
Selepas selesai solat aidiladha dan jamuan, kitorang pergi ke rumah kak Syidah(rakan di embassy) sementara menunggu solat Jumaat yang juga diadakan di dewan yang sama. Bila semua yang wajib telah ditunaikan, kitorang g ke Namdaemun Market, bawak azwa sekeluarga. Namdaemun nilah tempat peghabihkan duit yang paling strategik kat seoul ni. Especially bagi yang minat aksesori, dan cenderamata.


Khutbah raya..



makan-makan + borak-borak...


sebelum balik, posing dulu...

Keesokan harinya, bawak azwa sekeluarga ke Dongdaemun market. cari korean silk. then terus ke Seoul Tower. Kebetulan sebelum nak balik tu ada pertunjukan martial art. layanlah sekejap.




nasuha punya turn plak takut kat maskot ni...kalau dulu Iman(la ni dah berani).



Dari Seoul tower, terus singgah Itaewon makan tengahari+petang+malam. hihihi...kesian tetamu..
Keesokan harinya, dah sampai masa untuk azwa n family balik semula ke Geoje. Sedihnya rasa. sekejap jer dapat bersama. Iman n betty lagilaa..baru jer berkawan, dah berpisah semula. Mudah-mudahan, dimasa akan datang diorang sudi ke rumah kitorang lagi.


di stesyen bas Nambu, sebelum bas meninggalkan seoul.