Ahad, 30 Ogos 2009

SURPRISE LAGIII!!!

Di suatu petang yg hening..kih kih kih… semasa tengah bersantai-santai dgn family sambil menyuruh anak-anak mencuba baju raya yang dikirimkan lebih kurang sebulan yg lepas. Maklumlah bila kitorg pesan kakak suh beli baju dah siap pastu saiz pun main agak-agak je..kenalah alter sikit-sikit…
Tetiba..tok!..tok!..tok!..bunyi pintu umah diketuk..ingatkan tuan umah, rupa-rupanya abang postor hantar parcel. Hmm..sapa pulak yg kirim barang ni..sbb takde pesan apa-apa.
sabar menanti...

Satu Lagi….Surpriseee!!!!

Tu diaaa….kakak angkat kitaorg bagi baju rayaaaaa…lengkap sepersalinan utk kitorg anak beranak. Bukan itu ajer, macam tau-tau plak tema kitorg hijau tahun ni..hik3x
Kitaorg speechless…terharu sangat..terima kasih banyak- banyak buat Kak Ila sekeluarga atas ingatan dan hadiah yg diberikan. Alhamdulillah..hanya Allah yg dapat membalasnya.
Ni yang membuatkan kitorg tak sabar nak beraya ni..sbb dah ada 2 baju raya..ahak..ahak..ahak...

Kad Hari Raya pertama bukan online yang diterima.


Kak Ila dan Abang N sekeluarga.

Rabu, 26 Ogos 2009

SETAHUN SUDAH

Pada tarikh yang sama tahun lalu, kami sampai di sini...KOREA. Rasa begitu sekejap masa berlalu. Setahun dah rupanya kami berada di sini. Jika tahun lalu kami sampai seminggu sebelum menjelang Ramadhan, pada tahun ini, tarikh yang sama, Ramadhan sudah pun masuk hari ke 5. InsyaAllah..tahun hadapan, kami menyambut Ramadhan di negara yang kami cintai(huisshh..ayat ngancam sungguh).

Apa yang kami dapat selama setahun berada di sini? of course macam-macam adaa..
Bercerita mengenai 1 tahun di sini...yang mana ingat, aku coretkan dulu yer..
1) Kitorang kat sini takde transport sendiri. Memula memang payah. Lama-lama rasa seronok. Tak payah pening pikir pasal macam-macam kos dan juga parking yang memang susah kat sini, jalan area rumah yang sempit dan memandu sebelah kiri. Pastu dapat exercise. Dah turun 6 kg sejak datang sini. Tapi sekarang ni dah naik semula kot...hihihi.

2)Nozzle di kebanyakan stesyen minyak berada di atas. Maksudnya, kena tarik ke bawah bila nak isi minyak. maybe sebab kat sini, very limited space. Semuanya kena jimat.

3)Traffic light kat sini bersepah-sepah. Sebabnya lintasan pejalan kaki depa tak guna jejantas. Maybe adalaa....tp tak banyak. depa pakai zebra crossing. so...selang 200-300 meter...jumpa traffic light.

4)Kebanyakan kenderaan di sini pakai navigator. Memang senang sangat nak kemana-mana. If exceed speed limit, alat tu akan bagi warning. bising banget..

5)Diorang very polite, especially kat shopping2 complex, kedai2 dan bank. Melangkah masuk jer, pasti ada yang menyapa Selamat Datang. idokler depa cakap selamat datang...tapi maksudnya tu selamat datanglaa.. Bukan tu jer..kalau korang naik bas,,pemandunya akan cakap jemput naik dan bila nak turun, dia wish thanx. Diorang pakai microphone. So, 1 bas boleh dengar. Jarang pemandu yg tak wish. Kalau yang naik bas tu ramai...sampai dua tiga kali dia wish. Bagus kan kalau budaya ni dapat diterapkan kat negara kita. Bas diorang pun selesa. Attire pemandunya juga kemas, walaupun tak semuanya hensem...ekekekeke.

5)Air sungai yang jernih. Sungai dia tu asalnya standard sungai klang tu jer. Tapi dah jadi tempat rekreasi. Sekarang ni kan summer. So, memang ramai ler yang berendam kat situ termasuk anak-anakku. Bestnya kalau sungai klang pun camtu.


Tengah seronok main air.
Tengoklah bangunan-bangunan pencakar langit kat sepanjang tepi sungai tu jer.



6)Buah-buahan tempatan diorang, mestilah banyak tak sama dengan buah-buahan tempatan kita. Antaranya jenis melon kat bawah ni. Tapi kitorang tetap rindukan durian, duku, manggis, rambutan, betik, mangga...dan tersangatlah banyak lagi yang memang tak jumpa di sini, kecuali rambutan yang berjaya dipos aritu. hihi..



7)Beberapa jenis bahan mentah untuk masakan...saiznya teramatlah beso dan berbeza sungguh dengan saiz yang kita makan kat Malaysia. hihi...contohnya sotong(rasanya dekat 5 kali ganda dari saiz sotong m'sia), taugeh(2 kali ganda) labu(x tau nak kira baper kali ganda dah)hihihi. Timun dia ada menggerutu2 duri. tapi taklah setajam duri bunga ros.

salah 1 jenis taugeh. almost 15cm. yang ni saiz kecik sikit. Biasanya, panjang lagi sket dan kepala besar.


8)Sesetengah pasaraya/shopping complex, kalau nak plastik isi barang, kena bayar. Biasanya diorang kalau nak shopping akan bawak sendiri shopping beg. Kitorang pun dah terbiasa dengan keadaan ni. Rentetan dari itu, plastik untuk buang sampah pun kena beli. Setiap majlis daerah, lain-lain kaler plastik sampahnya. So, memang tak perlukan sangat pun plastik barang dari pasaraya. Ada sekali tu, masa memula kitorang duk sini, dengan rasa tak bersalahnya kitorang buang sampah guna plastik biasa. Sekali tuan umah datang umah bawak balik plastik sampah kitorang tu berserta dengan plastik yang betul tunjuk kat kitorang. Walaupun dia kecek bahasa ibunda dia..kitorang paham yang kitorang dah salah guna plastik daaa... hihi...taulah pulok tuan umah tu yg sampah tu kitorang punyaa...hik3x.

Untuk isi sampah basah, contohnya sisa makanan.

yang ni untuk sampah kering.

9)Gas memasak kat sini, tak perlu beli tong gas macam kita kat Malaysia. so jangan risau tengah-tengah masak..gas pulak habis. Gas disalurkan macam gambar kat bawah ni. (p/s:sila abaikan dapur yang tak baper cun tu)

10)Kat sini, bukan pizza hut, McD dan sepupu sepapat dengannya sahaja yang guna delivery servis ni. Kedai2 makan biasa pun banyak yang provide service ni. So, kalau waktu lunch tu, banyaklah motor-motor penghantar makanan ni. Then dah petang-petang sket kang, diorang datang sekali lagi untuk kutip semula pinggan mangkuk diorang. Dinner pun camtu gak.

11) Sejak datang sini tak pernah jumpa lagi mat-mat motor yang merempit macam kat malaysia. Lagipun kat sini motor-motor banyak digunakan untuk servis hantar barang/makanan. Kalau ada pun yang pakai motor, diorang suka beli yang jenis vespa. so...susahlah nak merempitkan..hihi...Motor beso-beso ni, student malaysia jer yang aku tengok ramai yang pakai.

12)Public transport kat sini sangat efisyen. Paling lama pernah tunggu bas lebih kurang 15 minit. Tu pun sekali dua jer. Kalau train tu,tak sampai 5 minit dah muncul lagi. Tu sebab agaknya kat sini tak ramai jumpa mat-mat motor. Diorang prefer guna public transport. Stesyen train pun bersepah-sepah. Kemana sajer tempat kat area seoul ni, pasti ada jaringan train/bas. So..jangan risau korang terlewat, kecuali memang korang yang tak gheti nak bajet masa dengan baik.

13)Kat sini, shopping online sangat berleluasa. Mereka punya teknologi dan kepakaran IT sangat hebat. Laptop hubby pun beli thru online. Lepas settle pembayaran dalam masa sejam, barang dah sampai kat tangan.

14)Kadar jenayah yang rendah. Memang kagum dengan diorang ni. Kalau pegi mana-mana, berlenggang kangkung bawak handbeg, letak kat mana-mana jelah, tanpa ada rasa takut. Bawak kangkung pun tak selenggang tu aku rasa. Hubby tinggal laptop kat tempat blajo, tanpa rasa was-was. Aku yang waswas. Petangnya suh dia amik laptop tu bawak balik umah...hihi...Kawan-kawan dia..lagilah...tinggalkan terbuka kat atas meja lab jer... Mungkin sebab trust dan teknologi. CCTV bersepah-sepah. kat area rumah aku ni jer ada 2 biji yang aku prasan.

15)Sebab based on trust gak kot, kitorang g amik gambo, takyah resit-resit. Bila dah bayo, tulis nama, bila nak wat tuntutan gambo tu, bagitau jer nama apa. Kan ker kalau yang jenis tak jujur tu, depa boleh claim yang kita ni xde amik gambo kat tempat depa. Bukan ada bukti pembayaran pun.
16)Latihan khidmat negara diorang 2 tahun. yang ni aku tak nak komen lebih. Takut tersalah komen, aku yang nayaa. huhu...tapi patut dijadikan contoh. Agak-agak Jabatan Latihan Khidmat Negara baca tak blog aku??hihi..dengar kata depa nak review tempoh ni kan. Datang Korea blajo cara diorang.

Buat masa ni...yang ni dululah yang aku ceritakan. eee.....memang bestlah duk kat sini. Sepanjang kitorang di sini, lebih banyak yang baik dari yang kurang menyenangkan. InsyaAllah, bila-bila nanti boleh citer lagi.

Yang penting...tujuan utama kitorang ke sini, adalah dengan harapan agar hubby dapat menamatkan pengajian dengan jayanya. InsyaAllah.

Isnin, 24 Ogos 2009

BERBUKA PUASA APA TU??

Memang takde bazar ramadhan, simpanlah angan-angan nak main tunjuk-tunjuk tuuu. Takde jugak berbuka puasa direstoran mau pun di hotel(echeh..macam kayee nooo nak berbuka puasa kat hotel). Itulah kisahnya bila berpuasa di negara orang. huhu...
Tapi InsyaAllah..banyak sangat manfaatnya bila kena masak sendiri ni. bukan ker beruntung bagi sesiapa yang menyediakan juadah berbuka puasa ni kan. Betul tak?? apatah lagi untuk familyku sayang(eh...macam pernah ku dengar ini ayat...tapi dimana yaa...hihi...~kak yun sengih2 ler tu...).Dan yang paling penting, takdelah semakin bermaharajalela M ku ini...
Semalam terlebih rajin sket. berjaya buat soto n cek mek molek. Dengan bantuan hubby, copek beno kojo den siap eh. Iman n Nasuha plak...sebelum siap sepenuhnya, dah tolong rasmikan dulu. Takpelah, tukang rasa. Bila ditanya...jawapannya...sedaaappp jee..

Bilalah ibu nak bagi supnya niii.....


Anak daro den posing tepi hidangan. En. Peanut x sempat interframe dlm gambo ni.


Dah baca doa ker belum tu??hihi...

Nak citer tu jelah. Rasanya, perasaan berpuasa kat sini, lebih kurang sama dengan di Malaysia. Cuma bezanya, takdelah dapat balik kampung berbuka puasa dengan family, takde bazar ramadhan, tak dapat terawih n moreh di masjid dan dikesudahannya...berayalah kami di sini...huhu...yang tu sadisnya lebih. Tapi aku yakin, dimana bumi dipijak, disitulah kita tetap perlu menjalankan amanah yang telah ditentukan Allah untuk kita dengan sebaiknya. InsyaAllah berbahagialah kita sebagai hambanya. Semoga ramadhan kali ini sempurna buat kita semua. Amin.

Khamis, 20 Ogos 2009

WHAT A SURPRISEDDD!!!…

Tak disangka-sangka…buah cempedak menjadi rambutan…hi3x
Sebenarnya cerita ni berlaku sehari sebelum kitaorg bertolak ke Beijing, tapi sbb excited nak cerita pasal trip kitaorg ke Beijing...so, terpaksalah simpan dulu cerita ni..hehe..
Alkisahnya sehari sebelum bertolak tu, kitaorg dapat kiriman parcel dari kampung.
Memang surprise sbb kitaorg takde request apa2…bila dpt jer parcel tu, dengan penuh semangat hubby and anak2 terus bukak…nahhh!!!, atuk kirim rambutan dari kampung..bukan itu jer, ada biskut utk anak2 dan macam2 lagi…Alhamdulillah, dapat aku sekeluarga menikmati buah rambutan (maklumlah musim buah tengah melanda mesia ketika itu..huhuhu…) yang paling penting..ucapan terima kasih tidak terhingga kepada ayahanda dan bonda sbb bersusah payah mengirim parcel tu utk anakanda dan cucu-cucunda di sini. Agaknya Nasuha terlebih makan rambutan kot, sampai demam masa nak gi Beijing tu..hehe..Apa2 pun Alhamdulillah semuanya selamat dan dah abis dah pun rambutan tu…syukurr!!!
Dikesempatan ini juga, diucapkan selamat menjalani ibadah puasa utk ayahanda, bonda, saudara mara dan rakan-rakan semua...semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya..aminnn...
Kedua-dua anakanda menanti dgn penuh semangat
Tu diaaa...rambutan masak ranum.
Terus ngap

Jumaat, 14 Ogos 2009

MACAM-MACAM PENYAKIT

Kasihan Iman Nasuha. Kat China aritu baru jer demam, last week tak sihat semula. Aku rasa ni gara-gara asyik gi sungai jer berendam tengah summer ni.
Hari Selasa lepas, pukul 12 lebih tengah malam, tengah-tengah tido, tetiba muntah. Terkejut aku n hubby. Lepas tu badannya mula panas. Kul 2 lebih muntah lagi. Then kul 4 lebih. Malam tu memang tak boleh tido. Muntahnya banyak pulak tu. Then pagi tu diarrhea pulak.
Sebelum ke hospital pagi tu, hubby sempat search simptom2 Swine Flu(H1N1). Risau woo...demam+diarrhea+muntah-muntah memang simptomnya. Kitorang terus ke hospital pagi Rabu tu. Disebabkan Nasuha dah lembik pagi tu, sebab banyak sangat keluar air dari badan, so, kena masuk air. Sekali nurse cucuk x jumpa urat daaa. Kena pulak tukar tangan 1 lagi. Memang kesian masa tu. Dahlah memang tengah sakit, kena pula cucuk sampai 2 kali.
Bila tanya doktor, doktor kata Nasuha bukan kena swine flu. Lega rasanya, tapi risau masih ada. Sebabnya, doktor tu cuma check biasa jer. Maunya tak risau kan.
Memula kena cucuk tangan kanan.
Cucuk kali kedua baru berjaya.
Muntah, cirit, muntah, cirit, tu jelah aktiviti Nasuha. Lepas doktor masuk ubat tahan muntah n ubat tahan cirit, kat air tu, barulah ok sket. Tapi panas badan tak surut lagi. Doktor tak mau kitorang duk spital, maybe sebab dia faham ada Iman Hakimi n kitorang ni muslim. Susah sket nak duk kat spital depa. So, doktor benarkan balik n suh datang smula esoknya. Kalau malam tu masih tak ok, dia suh datang jer spital n minta spital call dia.
Malam tu memang Nasuha masih tak ok. Suhu badan masih tinggi n masih cirit dan muntah. Tapi sebab rumah kitorang ni jauh dari hospital panel tu, then maleh plak nak nyusahkan doktor tu, kitorang cuma bagi ubat n tuam2 badan Nasuha. Boleh gituuu?? Memang tak patut. Doa jelah harap-harap Nasuha boleh tahan. Appointment esoknya tu dah penuh waktu awal pagi. Tapi sebab Nasuha masih tak ok, kitorang redah jer. Nasib baik tak lama tunggu, then dapat turn jumpa doktor.
Aktiviti hari kedua sama gak. Ciritnya makin teruk. Tapi muntah dah kurang. Doktor masih tak buat ujian darah. So, risau memang tak hilang-hilang. Cuma petang tu suhu badan Nasuha dah ok sket. Tu yang membuatkan kitorang rasa lega. Then doktor wat appointment lagi untuk datang hari ketiga.
Masih lemah.

Petang dah ok sket. Dengan abang tersayang.

Alhamdulillah, hari ketiga, Demam Nasuha dah ok. Cuma ciritnya masih tak ok. Muntah pun masih ada sket. Tapi dah mula aktif dan nak bermain. Doktor kata Nasuha kena Stomach Flu.


Terhibur tengok buku-buku cerita bergambar. Masih kena masuk air kat tangan.

Akhirnya, setelah 3 hari berulang alik setiap hari kehospital, keluar rumah awal pagi, balik rumah time nak maghrib, doktor pesan suruh habiskan ubat untuk stok hari sabtu dan ahad sebab international klinik tu tutup. Kitorang berharap Nasuha akan ok dan terus ok. Lagipun aku tak sanggup tengok Nasuha tiap-tiap hari kena cucuk masuk air.
Hari sabtu ciritnya masih tak pulih sepenuhnya, tapi muntah cuma 2 kali. Kitorang terfikir kalau Nasuha masih tak sihat sepenuhnya, memang alamatnya time cuti pun kena bawak g spital. Kenalah refer kat bahagian emergency. Yang payahnya, seperti biasa, adalah masalah komunikasi. Tu yang berharap sangat Nasuha akan ok.
Alhamdulillah, syukur sangat, hari ahad, tinggal saki baki cirit jee...hihi dan hari Isnin bolehlah diisytiharkan pulih sepenuhnya.
So, saki baki cuti hubby yang tinggal 2 minggu lebih ni, dengan puasa yang bakal menjelang tiba, rasa-rasanya akan duk kat umah jelah. Cuaca plak tengah panas berdengung ni.
Aku plak macam biasa, dah nak raya ni, kena promote sakan AKSESORI KOREA...hihi.
Saper-saper nak beli...meh meh cepat...order sebelum 27 OGOS ni Nanti lambat tak sempat bergaya di hari raya. Hahaha..

Sabtu, 8 Ogos 2009

BEIJING (PART II)

Ni merupakan siri terakhir entry percutian kitorang ke Beijing. Sebelum tu nak habaq mai, rupa-rupanya, industri pelancongan di China ni adalah milik kerajaan. So, semua pakej yang dibuat oleh travel agensi, adalah sama destinasinya. Tulah pasal bila aku tengok offer-offer dari travel agensi ni, semuanya sama jer lokasi yang dibawa. Bezanya maybe dari segi harga dan hotel penginapan.

Ok... sambung citer. Disebabkan aku dah lupa turutan tempat yang dibawa, dan maleh dah nak refer itenary, so, aku tulih jer ikut suka mana dulu yer. So, korang pun boleh sukati nak baca bawah dulu kee.. atas dulu kee...mana-manalah. Entah-entah korang pong maleh nak baca ek...ahaks.



Di Masjid Niu Jae, Masjid tertua di Beijing.


Dalam masjid.




Blajo cara minum teh yang betul. Sssllluurrpp..



Berlatarkan Stadium sarang burung. Salah satu venue Sukan Olimpik 2008.

Kat bawah ni gambor-gambor disekitar Forbidden City dan Tian 'men Square


Dah nak masuk dalam forbidden city. Orang punyolaa ramai.









Bangunan Parlimen

Then sempat gak pergi ker kilang tembikar dan kilang jade. Nasib baik aku ni jenis x baper nak minat tembikar-tembikar dan jade-jade ni. Selamat ler wallet hubby. hihihi...





Destinasi seterusnya, adalah lokasi penggambaran cerita terbaru... "Wa Pu Che Tau"..huhu.


Hero dan heroin. echeh..

4 tahun kemudian, dah ada hero n heroin junior.hahaha..



Ketaq lutut maaa...mau turun ini tanggaaa.






Dan akhirnya...setelah sampai masanya, seperti yang dijadualkan, kitorang terbang semula ke Seoul. Dapat gak tengok rupa paras Airport Beijing ni waktu balik. Kesian kan..hihi..sebabnya waktu sampai sini aritu, kitorang di bawa guna laluan khas VVVIIIPPP.

Kesimpulannya, memang seronok sangat dan yang paling seronok, hubby pun kata macam nak pergi lagi jer..yahuuu. Tapi bukan dalam waktu terdekat nilaa. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti, bolehlah gi lagi.

BEIJING (PART I)

Alhamdulillah, akhirnya dapat gak mengarang sket pengalaman kitorang masa ke Beijing aritu. Bukan sengaja melengah-lengahkan entry kali ni dan bukan juga sebab M yg beso ituu..tapi kali ni ada sebab musabab yang tidak dapat dielakkan.
Berbalik kepada entry kali ni, lepas kitorang kluar spital aritu disebabkan nak tunggu result for H1N1, dengan keadaan badan yang rimas, ingatkan akan terus dibawa ke hotel. Rupa-rupanya, terus sambung ikut jadual pakej kitorang tu. Tapi sebab masa tu happy baru kluar spital, ikut jelah apa-apa pun yang diorang arranged. Kitorang di bawa g dinner. Rasa nikmat sangat dapat makan petang tu. Makanan dia plak, memang sedap sesangat. Lepas dinner, terus g tengok akrobatik show. Terhibur dengan persembahan diorang.

Dinner yang sungguh menyelerakan.




Habis show tu, barulah kitorang dibawa ke hotel. Sampai hotel, Nasuha masih demam. So, bagi ubat demam yang hospital bekalkan.

Budak comel yang demam.


Alhamdulillah, keesokan harinya Nasuha dah baik. Lega rasanya. Senanglah hati ni nak berjalan-jalan. Kitorang ke Summer Palace pagi tu. Cantik tempat ni. Dua pertiga keluasannya adalah Tasik Kunming.

Depan South Gate






Lepas tu kitorang di bawa ke Pearl factory. Aku ni jenis yang payah nak menolak bila orang dah promote bagai. Lokasi pertama untuk shopping memang berjaya membuka wallet hubby. hihi....
Pearl yang baru dibuka dari cengkerangnya. Banyak rupa-rupanya pearl dalam satu cengkerang tu.

Awek nilah yang berjaya membuatkan aku membeli produk kecantikan berasaskan pearl.

Destinasi seterusnya pula Silk Factory. Of course lah tempat ni pun tempat shopping yang aku ni suka. Dapat sambar beberapa produk silk tersangatlah pueh hati.
Percubaan menarik sutera untuk direntang menjadi comforter.

Dah berjaya shopping, g lunch kat restoran ni pulak..

Then solat di salah sebuah Masjid yang terdapat di Beijing.

Petang tu dia bagi masa 3 jam untuk shopping. Memang shopping sakan ler. Berbaloi-baloi.

Sampai tertido kepenatan Iman. Nasuha plak entah dah baper kali tido n jaga.

Lepas dah pueh shopping petang tu, barulah dihantar ke hotel. Malam tu pula, kitorang cuba sate di restoran makanan halal kat sebelah hotel. Sebenarnya tourist guide suggest makan sate kambing n mee. Tapi sebab dah kenyang punya pasal, kitorang cuma larat makan sate kambing jer. Kira oklaa, rasa lain dari sate Malaysia. Tapi sate Malaysia tetapp menjadi pooooojaaann hatikuu...
Lepas peghabih sate kambing.

Malam tu badan Iman pula dah mula dedor. Nasuha baik, sambung pulak Iman. So, kenalah bagi ubat demam dengan harapan demamnya tak berpanjangan.
Anak bujangku yang demam jugak.

Citer sampai sini dulu untuk entry Part I kisah di Beijing. Nanti sambung wat Part II plak nooo. adios amigooss.