Sabtu, 8 Ogos 2009

BEIJING (PART II)

Ni merupakan siri terakhir entry percutian kitorang ke Beijing. Sebelum tu nak habaq mai, rupa-rupanya, industri pelancongan di China ni adalah milik kerajaan. So, semua pakej yang dibuat oleh travel agensi, adalah sama destinasinya. Tulah pasal bila aku tengok offer-offer dari travel agensi ni, semuanya sama jer lokasi yang dibawa. Bezanya maybe dari segi harga dan hotel penginapan.

Ok... sambung citer. Disebabkan aku dah lupa turutan tempat yang dibawa, dan maleh dah nak refer itenary, so, aku tulih jer ikut suka mana dulu yer. So, korang pun boleh sukati nak baca bawah dulu kee.. atas dulu kee...mana-manalah. Entah-entah korang pong maleh nak baca ek...ahaks.



Di Masjid Niu Jae, Masjid tertua di Beijing.


Dalam masjid.




Blajo cara minum teh yang betul. Sssllluurrpp..



Berlatarkan Stadium sarang burung. Salah satu venue Sukan Olimpik 2008.

Kat bawah ni gambor-gambor disekitar Forbidden City dan Tian 'men Square


Dah nak masuk dalam forbidden city. Orang punyolaa ramai.









Bangunan Parlimen

Then sempat gak pergi ker kilang tembikar dan kilang jade. Nasib baik aku ni jenis x baper nak minat tembikar-tembikar dan jade-jade ni. Selamat ler wallet hubby. hihihi...





Destinasi seterusnya, adalah lokasi penggambaran cerita terbaru... "Wa Pu Che Tau"..huhu.


Hero dan heroin. echeh..

4 tahun kemudian, dah ada hero n heroin junior.hahaha..



Ketaq lutut maaa...mau turun ini tanggaaa.






Dan akhirnya...setelah sampai masanya, seperti yang dijadualkan, kitorang terbang semula ke Seoul. Dapat gak tengok rupa paras Airport Beijing ni waktu balik. Kesian kan..hihi..sebabnya waktu sampai sini aritu, kitorang di bawa guna laluan khas VVVIIIPPP.

Kesimpulannya, memang seronok sangat dan yang paling seronok, hubby pun kata macam nak pergi lagi jer..yahuuu. Tapi bukan dalam waktu terdekat nilaa. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti, bolehlah gi lagi.

0 comments: