Sabtu, 8 Ogos 2009

BEIJING (PART I)

Alhamdulillah, akhirnya dapat gak mengarang sket pengalaman kitorang masa ke Beijing aritu. Bukan sengaja melengah-lengahkan entry kali ni dan bukan juga sebab M yg beso ituu..tapi kali ni ada sebab musabab yang tidak dapat dielakkan.
Berbalik kepada entry kali ni, lepas kitorang kluar spital aritu disebabkan nak tunggu result for H1N1, dengan keadaan badan yang rimas, ingatkan akan terus dibawa ke hotel. Rupa-rupanya, terus sambung ikut jadual pakej kitorang tu. Tapi sebab masa tu happy baru kluar spital, ikut jelah apa-apa pun yang diorang arranged. Kitorang di bawa g dinner. Rasa nikmat sangat dapat makan petang tu. Makanan dia plak, memang sedap sesangat. Lepas dinner, terus g tengok akrobatik show. Terhibur dengan persembahan diorang.

Dinner yang sungguh menyelerakan.




Habis show tu, barulah kitorang dibawa ke hotel. Sampai hotel, Nasuha masih demam. So, bagi ubat demam yang hospital bekalkan.

Budak comel yang demam.


Alhamdulillah, keesokan harinya Nasuha dah baik. Lega rasanya. Senanglah hati ni nak berjalan-jalan. Kitorang ke Summer Palace pagi tu. Cantik tempat ni. Dua pertiga keluasannya adalah Tasik Kunming.

Depan South Gate






Lepas tu kitorang di bawa ke Pearl factory. Aku ni jenis yang payah nak menolak bila orang dah promote bagai. Lokasi pertama untuk shopping memang berjaya membuka wallet hubby. hihi....
Pearl yang baru dibuka dari cengkerangnya. Banyak rupa-rupanya pearl dalam satu cengkerang tu.

Awek nilah yang berjaya membuatkan aku membeli produk kecantikan berasaskan pearl.

Destinasi seterusnya pula Silk Factory. Of course lah tempat ni pun tempat shopping yang aku ni suka. Dapat sambar beberapa produk silk tersangatlah pueh hati.
Percubaan menarik sutera untuk direntang menjadi comforter.

Dah berjaya shopping, g lunch kat restoran ni pulak..

Then solat di salah sebuah Masjid yang terdapat di Beijing.

Petang tu dia bagi masa 3 jam untuk shopping. Memang shopping sakan ler. Berbaloi-baloi.

Sampai tertido kepenatan Iman. Nasuha plak entah dah baper kali tido n jaga.

Lepas dah pueh shopping petang tu, barulah dihantar ke hotel. Malam tu pula, kitorang cuba sate di restoran makanan halal kat sebelah hotel. Sebenarnya tourist guide suggest makan sate kambing n mee. Tapi sebab dah kenyang punya pasal, kitorang cuma larat makan sate kambing jer. Kira oklaa, rasa lain dari sate Malaysia. Tapi sate Malaysia tetapp menjadi pooooojaaann hatikuu...
Lepas peghabih sate kambing.

Malam tu badan Iman pula dah mula dedor. Nasuha baik, sambung pulak Iman. So, kenalah bagi ubat demam dengan harapan demamnya tak berpanjangan.
Anak bujangku yang demam jugak.

Citer sampai sini dulu untuk entry Part I kisah di Beijing. Nanti sambung wat Part II plak nooo. adios amigooss.

0 comments: