Selasa, 14 Oktober 2008

KASIHAN NASUHA

Pagi ni kami semua ke SoonChunnYang University Hospital dengan bantuan Teh. Terima kasih banyak-banyak Teh sebab banyak sangat membantu kami sekeluarga. Tujuan asalnya sebab Nasuha rashes. Dah 2 minggu tak baik-baik. Macam-macam ubat dah sapu. Lagipun cadang nak terus ambil injection untuk Iman dan Nasuha sekali sebab tak lama lagi winter. Rupa-rupanya empat-empat orang kena inject. Tapi Nasuha still tak dapat ubat rashes. Kena set another appointment dengan doktor lain. Doktor tu pulak busy sangat. Next week kena lagi pergi hospital untuk check Nasuha.

Balik dari hospital, my hubby cadangkan p pekena nasi briyani kat Itaewon. Wah!! cadangan yang begitu memberangsangkan. (Takyah masak)... Sekali sampai sana tak jumpa restorannya. My hubby lupa locationnya...So, at last kitorang makan kat Salam Turkish Restaurant. (Ni kalau tokei dia baca blog ni...mau dapat makan free sebulan). Sempat lagi posing kat restoran ni...

Setelah kekenyangan, my hubby nak bayar..tapi cashier kata jangan bayar dulu... Laaa...masalah apa pulak ni... Rupa-rupanya ada dessert... Kuang3x.. So, duduk semula...comel jer dessert nya.... teh dan pie.. (susu tu dapat masa main course, tapi minum sikit jer sebab masam).


Bila dah kenyang, kena tunaikan kewajipan. Di Itaewon nilah terletaknya Masjid Seoul. Mak aii...tingginya nak kena daki. Patutlaa dari jauh dah nampak masjid ni. Mudah-mudahan sesiapa yang berniat baik ke masjid ni diberikan pahala berlipat ganda. Amiin... Kat sini pun kitorang sempat berposing. Hehe....bukan selalu ada peluang nak ke masjid ni. My hubby lainlah....memang tiap-tiap minggu akan Sembahyang Jumaat kat sini.


3 comments:

mommy anis berkata...

salam...

hai kham....terubat rindoo tgk muka kham..hehehehe..nampak slimmm ajaaa...salam peluk cium utk anak yaa

kak nuds..

Don & Nor berkata...

wakakaka...toche2..dah 2 orang kata sy slim...tertipu dgn gambo jer tuu....makin tembam ada ler...kuat makan..

Don & Nor berkata...

Anak Kak Nud tu wat akrobatik ek??