Raya ke 3 ada yang buat open house... kat bawah ni beberapa gambar yang dirakamkan masa pergi open house. Terima kasih buat Keluarga En. Hanisan, En. Zul dan Teh. Seronok dapat rasa pelbagai juadah orang Malaysia.
Posing sebelum pergi beraya....
Bergambar dirumah En. Hanisan(Pegawai JPA) bersama student2 undergraduate tajaan JPA.
Lepas tu sambung beraya ke rumah En Zul (Pegawai MIDA).
Yang ni hari lain, pergi rumah Teh pulak. Tapi tuan rumah takde dalam gambar.
Gambar2 kat bawah ni dirakamkan semasa JPA buat open house di embassy....so...dapatlah jumpa dengan ramai student. Terubat sedikit kerinduan untuk berjumpa kaum keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.
Bergambar sekeluarga sebelum ke embassy.
Depan Kolej. Disinilah my hubby belajar...namanya ala-ala..'Kais pagi makan pagi...'Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST)
Dalam kenderaan rasmi kitaorang...BAS 1215...Iman cukup suka betul naik bas ni...tiap-tiap hari ajak naik bas. Hmmm...apo lagi..dah sampai, makan la...layan nasi beriani dengan ayam dan kambing
Terjumpa pulak Nurul Akhmal..sama-sama mengikuti kursus BTN dengan Don di Ulu Sepri.
Persatuan PUSPANITA...hehe... dari sebelahku,Teh, Kak Ani, Kak Leha dan yang berdiri Kak Kesuma dan along (Anak Kak Kesuma)
Selain dapat makan, dapat tambah kawan. Aini, Ain dan Akma...ala-ala model baju kurung lak.
0 comments:
Catat Ulasan