Rabu, 23 Oktober 2013

Hari Kiamat

Pagi tadi dalam rancangan tafsir Al- Quran penceramah bercerita tentang Hari Kiamat. Kita makin hampir dengannya. Tanda-tanda dah banyak kelihatan.
Tanda besar nanti apabila adanya Imam Mahdi (nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah) yang dilahirkan di Madinah, mewujudkan kerajaan yang akan menentang orang Yahudi. 

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi. Maka pada waktu itu tentera Yahudi akan dibunuh oleh tentera Islam sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu bersuara dengan katanya, "Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya." kecuali pokok GHARQAD (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi." - Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Tarmidzi).

Ketika hari kiamat sampai nanti, semua orang tidak perasan kerana masih sibuk menjalankan urusan dunia seperti berjual beli.

Panjang lagi ceritanya, tapi tak sempat nak tulis di sini. Lagi pula takut tersilap tulis. Jika ada yang salah, mohon dibetulkan. Yang baik kita jadikan peringatan/pengajaran. 


0 comments: