Ini kisah kuih raya daaa. Hari tu kan baru dapat parcel dari kak Ina. ada serunding daging sekali. So, dipendekkan citer, hubby bg cadangan untuk wat mini popia. selepas subuh kitorang berdua telah mengerjakan sebungkus kulit popia demi mencapai cita-cita hubby. Waktu ni kan senang nak wat keje tanpa gangguan sicomel 2 orang tuu.
Hubby tengah khusyuk.
Tadaa...inilah hasilnya.
Petang tu, waktu masak juadah untuk berbuka puasa, gorenglah sekali mini popia tu. Lepas tarawih konon-konon jamahlah sikit. Iman pun memula macam tak minat. Sekali bila dah makan 1-2 ketul, terus takmo stop. ayooo...1 balang tu trus abis waktu tu gak. siap request nak lagi...mana mau cari maa. kulit popia takde dah.
So, semalam, beli lagi 2 bungkus. Tapi dah bajet-bajet ni, kalau tunjuk kat Iman pun sikit jer. Kang kalau dia dah mangadap, bukan dia sorang jer tak boleh stop, dengan kitorang-kitorang skali tak boleh nak berenti selagi tak habis.huhuhu...
3 comments:
wow...order 1 balang~!
keh keh keh...
mana carik kulit popia tuh... :D
akomal...dah nak raya...x amik order dah...hihi.
beli kat marhaba itaewon. cari yg plastik merah sbb kuat..x mudah pecah.
bayangkan pun dah sedap...yum..yum
Catat Ulasan