Ahad, 27 September 2009

AIDILFITRI DI PERANTAUAN


Syukur kehadrat Ilahi..telah pun masuk 8 Syawal harini. 1 Syawal tahun ni lebih seronok dan meriah berbanding tahun lalu, mana taknya..hari raya jatuh hari ahad, so, hubby takde kelas. Tak macam last year, hubby pagi-pagi lagi dah kekelas, so, aku dan anak-anak jerlah duk kat rumah. huhu.. Walaupun tak boleh menandingi jika bersama keluarga tercinta, tapi takpeelaa...telefon dan internet kan adaa..(ayat penyedap)

Seawal jam 5.30 pagi dah bangun dan bersiap-siap menunaikan yang fardhu dan sunat. Then settlekan anak-anak. Awal arini diorang kena bangun. kesianlah aaiii...


"meh ibu betulkan sampin tuu.."

Jam 7.30 pagi keluar umah menuju ke embassy sebab tahun ni ada buat sembahyang sunat aidilfitri di embassy. Jam 8 pagi dah sampai. Rupa-rupanya sembahyang sunat akan bermula jam 9 pagi. Patutlaa waktu kitorang sampai, masih lengang lagi.

 
Banner Hari Raya Upin & Ipin.


Jengah kuih raya import duluu..


Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar.....

Memang ramai warga Malaysia yang sama-sama meraikan. Seronok dapat jumpa kenalan lama dan baru. Juadah punn..macam-macam adaaa... Puas menjamu selera pagi tu. Tapi kuih raya yang kujengah tuu...satu pun aku tak rasa..huhu... masa wat entry ni baru prasan...kuang kuang kuang...





Jam 11 lebih kitorang balik rumah bersama-sama dengan tetamu kitorang iaitu Akma, Basz, Nad n Aya. Ni kiranya open house kitorang ler ni. hihi.. Sempatlah jamu diorang makan nasi impit, ketupat palas, rendang, lodeh, kuah kacang, ayam masak merah dan serunding(segera punya~k.ina pos aritu). Then ada gak 5 jenis kuih raya. vavava...hebat gak tuu..1 jer yg wat sendiri...iaitu mini popia...hikhikhik.




Ni masa nak balik dah...
L-R : Nad, Akma, Basz, Aya

Petang tu plan nak ke Rumah Malaysia (kediaman rasmi TYT Dato' Duta) Tapi lepas tetamu balik tu..rasa macam dah penat sangat. Lelapkan mata gak...dapatlah 10 minit. Rasa liat sungguh nak bangun, tapi sebab duk pikio, Insya Allah tahun depan dah raya kat Malaysia, so, gagahkan gak. Last year tak dapat ke Rumah Malaysia sebab takde duta. So..inilah peluang yang takmo dilepaskan. Iman & Nasuha lagi kesian, kena paksa bangun. Nasib baik tak meragam. Thanx to Abg Azam yang sudi menumpangkan kitorang ke sana. fuuhh...kalau xde orang tumpangkan..memang sadis nak nyampai ke Rumah Malaysia tuu... Nuuunnnn jauh di atas bukit.


Tengah melayan putera & puteriku..


Bersama Duta (Dato' Ramlan) & Isteri (Datin Hapipah)




Ada bunga dikalangan kumbang





Sempat posing dalam Rumah Malaysia

Then, Jumaat kelmarin, En. Hanisan(Pegawai JPA) wat open house. Thanx to En. Hanisan sekeluarga yag sudi menjemput dan menjamu kitorang dengan juadah yang sedappp. Masa g open house ni, kitorang semuanya menggayakan baju raya hadiah dari Kak Ila & Family kecuali Nasuha sebab bajunya beso sket. tapi dalam gambo kat atas sekali tu..Nasuha dah bergaya sakan kat umah dengan kebaya tu. Tahun ni 2 baju raya kaler hijau. Ku lihat hijau...hihi.


Makan soto...




Seperti biasa..layan anak daraku...


Seronok berborak dengan tuan umah




Iman & Nasuha dengan puteri-puteri En. Hanisan

Setakat ni dulu kisah di bulan syawal. Kalau ada yang menarik lagi, akan dimasukkan kendian noo.... Syawal pun tak abih lagi. Semoga syawal tahun ni, dapat disempurnakan dengan puasa sunat 6 dan pastinya...Aidilfitri di sini akan sentiasa diingati.

4 comments:

Kherun berkata...

Cantik2 nya baju raya sefamili.... w/pun berjauhan, keseronokan berhari raya tetap dirasakan

Don & Nor berkata...

thanx kak yun.mmg terasa meriahnya..
ni tgh tunggu gambo kak yun sefamily plak.hihi..

mommy anis berkata...

sejak dok oberse....makin lawa si kham nih...kekeke...ikhlas yaa...

Don & Nor berkata...

wow kak nad...Alhamdulillah..thanx atas pujian tuu.. ni tgh control kekembangan nii...
ni mesti gara2 kamera tu pandai meng'cun'kan org nii...hihi