Keluarga besar kami. Gambar dirakamkan semasa family gathering di PD pada 24-25 Mei 2008
Hari ini mak, ayah dan abang azam berlepas ke tanah suci untuk menunaikan haji. Rasa sedih tak dapat mengiringi mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor (dari hari tu rasa rindu sangat kat mereka dan teringin nak balik kampung).sob..sob sob.. Kelmarin Abang Uda cuba untuk skype agar kami dapat berbual dan saling menatap wajah tapi...yelah..kecanggihan IT belum begitu meluas sehingga ke kampungku. Semalam kami hanya dapat berbual thru phone.
Kami doakan mereka dan seluruh saudara seIslamku dianugerahkan Allah kesihatan yang baik dan dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna dan kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Amin..
2 comments:
Mesti sedih sgt2 kannn...huhuhuhu
haah kak...mmg sedih sgt...tp xpelah...doakn mudah2an semuanya selamat.
Catat Ulasan