Isnin, 10 November 2008

JE JIB...

hahaha....mesti kompius lagi ni...maksud tajuk tu.. RUMAH KU.. Bercerita tentang rumah..yang menariknya ialah rumah yang kitorang duduk ni, ada 4 tingkat..tapi satu tu bawah tanah. 3 tingkat atas tanah. Kitorang duk kat tingkat 2. Mesti korang susah nak imagine kan camana umah yang bawah tanah tuu...hehe...aku yang dah duk dekat 3 bulan kat sini pun x leh nak bayangkan macamana keadaan dalam umah yang bawah tanah tuu.... dapat tgk dr luar pintu dia jer... kawasan kat sini banyak bukit bukau..so umah yang diorang wat pun..asal ada space...jadi ler bangunan. Padat sangat. Okay..pasal memula nak sewa umah ni.. Deposit dia jer.. 40,000,000 won..lebih kurang 40,000 USD..Pehh..kalau xde bantuan JPA... jangan harap nak sambung blajo kat sini.. mimpi jelaaa.... tu pun kalau mimpi.hehe.. Pastu bulan-bulan 350,000 won. Umahnya...comel sangat..tapi sesuai sangat ler untuk orang yang penakut cam aku ni...ekekek. Kalau tengok gambo kat bawah ni..umah kitorang yang ada 3 tingkap tu...tiga-tiga tingkap tu tingkap umah sewa kitorang. Tingkap kiri (bilik kedua), tingkap tengah (dapur) dan tingkap kanan (master bedroom).Umah atas sekali umah owner. Tapi tiap-tiap bulan bayo sewa tetap kena p bayo thru bank. huk3x..sadis skali.

Posing depan umah.


Gambar pintu masuk. Belah kanan tu rak kasut built in (memang dah semulajadi tak boleh tutup rapat) hehe... belah kiri tu dah bilik kedua. Jadi tempat sidai baju, tempat tengok tv, tempat sembahyang dan tempat blajo my hubby. Kena sidai baju dalam umah sebab kalau nak sidai baju luar umah, kena p naik bumbung. Kebanyakan umah kat sini style camtu. Takde nak sedia-sedia space luar umah.

Gambar dari dalam master bedroom. Mentang-mentang dah terer merangkak model nii....

Dalam master bedroom. Ni baca doa nak tido ker??

Frog Iman (Gambar Ihsan : Iman Hakimi)

Pinky Nasuha (Gambar Ihsan : Iman Hakimi)

Ni sungguh-sungguh makan ni. Bukan lakonan... Ni lah tempat kitorang menjamu selera setiap hari. Bukan menjamu selera jer...nilah kiranya hall kitorang.

Ni peti ais yang beli kat sini. Kecil jer.. Suka betul Iman. dulu kat Malaysia, tak penah dapat buka sendiri...sekarang ni.. macam mainan dia jer.

4 comments:

Kherun berkata...

Si Nasuha tu dh mcm org Korea jek....

Don & Nor berkata...

a'ah kak...ramai ckp camtuu.. ms ngandung dah brangan nak kesini ler tu agaknyaa..hehe

mommy anis berkata...

ye kak kherun...cam anak korea...tomei...tomeii....tepet...

kham....manyak bersih ooo umahhhh...cantekkk

Don & Nor berkata...

alamak kak nud..kembang kembong kempis idung ni bila org puji...hehe..