Khamis, 6 Februari 2014

Kota Kinabalu - Kundasang - Manukan

Assalamualaikum,

just nak share sket mana tau boleh membantu rakan-rakan yang nak bercuti ke Sabah.

Tarikh percutian : 7 - 9 Disember 2013

Flight landing jam 12.05 tengahari. Janji dengan pemilik kereta sewa jam 1 petang. kitorang sewa Saga Auto untuk 2 hari = RM250.

Destinasi 1 (7 Disember 2013) : Desa Dairy Farm (DDF), Kundasang.

Dari Kota Kinabalu(KK) ikut laluan ke Tuaran. Nanti sampai satu simpang arah ke Kundasang. Perjalanan lebih 2 jam sebab tak tahu jalan + hujan + banyak duk belakang lori. Tapi jalan dia selesa nak dibandingkan jalan ke cameron highlands. Masa tu hanya berdoa agar dapat masuk ke DDF tu sebab memang dah target petang tu nak g situ jee. Belum sampai pekan Kundasang, dah nak dekat kul 4. Call pejabat DDF dia kata open sampai kul 4.30. Ya Allah, memang masa tu Allah je yang tahu perasaan ni. Alhamdulillah tak lama lepas call tu nampak dah simpang ke DDF. dia punya pendakian guna keta memanglaa sangat mengujakan. Ada keta kancil tu berhenti kat tengah jalan. Maybe semput kejap kot. Tapi rasanya dia sampai gak ke DDF sebab masa nak turun dari DDF, keta tu takde dah kat situ.

Memang sangat nak g sebab tengok review orang tentang tempat ni memang best. Subhanallah. Memang suka tempat ni. Nyaman dan pemandangannya sangat cantik. Ala-ala kat New Zealand (padahal blum penah pegi sana pun..InsyaAllah 1 day will be there). 









Keluar dari DDF ni jam 6 lebih, terus cari makan kat pekan tu (jumpa KFC) sebelum gerak ke D'Villa Rina Ria Lodge. Pilih lodge ni sebab target awal2 pagi esoknya nak ke Kinabalu Park. So, dari segi lokasi memang sangat dekat. Dalam 5 minit je naik keta. Lodge ni hmmm...kira ok2 jelaa. Bagi kami yang berlima ni, memang nak cari yang ada katil double and 1 single. Nak masak air kena sewa jug kettle (RM5 sehari). Sebab ada anak kecik, sewalaa juga sebab nak buat susu. Katanya kul 6.30 pagi baru ada breakfast. So, memula ingatkan takmo breakfast sebab nak cepat gerak ke Kinabalu Park. Tetiba...biasalaa, bila ada anak kecil, dia jadi 6.30 gak baru siap semuanya. Sekali bila g bilik makannya, dia kata kena bagitau nak makan apa baru dia masakkan. Hohohoho....ingatkan dah siap sedia. Makanya decide tak jadi sarapan. Lagipun anak2 pun xde perasaan lagi nak makan kul 6.30 pagi.

Destinasi 2 (8 Disember 2013) : Kinabalu Park
Jam 6.30 gerak dari hotel, Alhamdulillah cuaca cerah. 
berlatarkan Gunung Kinabalu


Subhanallah...cantik kan??

Tak lama pun g sini sebab belum ada niat nak panjat Gunung Kinabalau tu. Anak-anak je yang ajak naik. Ada berani?? :)

Dari sini gerak semula ke KK. 

Destinasi 3 (8 Disember 2013): Pulau Manukan 
Sampai KK semula lebih kurang jam 10 pagi. Memula ingatkan nak ke hotel sebab dari hotel nak ke sini dalam 15 minit jalan kaki je. Boleh terus park keta sewa kat hotel. Tapi memandangkan nak bawa 3 orang budak comel2 ni, dengan barang2 mandi lagi, so..decide terus jelah g parking dekat jeti. Harga bayaran parking terlupa sudaa.... Kat Jeti ni banyak company yang tawarkan perjalanan ke pulau. Kitorang amik pakej ke Pulau Manukan je sebab takut tak sempat nak g pakej yang 3 pulau (Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik). Di jeti ni, rajin-rajinlaa survey harga yang mana berkenan di hati. Kitorang berempat lebih kurang RM100 kot (terlupa lagiii) untuk pakej pergi balik. Masuk pulau tu pula dikenakan bayaran RM3 sorang. Boleh juga digunakan untuk semua pulau kalau amik pakej 3 pulau tu. Waktu kat jeti tu juga dah deal nak balik semula ke Jesselton Point kul bape. Masa tu kitorang decide balik kul 3 sebab takmo kelam kabut.


Pemandangan di Jesselton Point


Naik bot laju

Berendam dulu..

Main pasir plak

Hari yang kitorang pergi ni hari cuti sekolah + hujung minggu. So, memang sangat ramai orang masa ni. Air kat pesisir pantai pun x sejernih mana. Ikan pun tak banyak yang kelihatan. Takut ikan-ikan tu sebab ramai sangat orang. Tapi sebab bawa anak-anak ni, tak kisahlaa jernih ke tak, yang penting diorang happy. Dapat tengok ikan sket2 pun diorang dah ok dah.

Sampai semula ke Jesselton Point masa tu dah petang. Check in kat Gaya Centre Hotel. Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Puas hati dengan bilik dan yang penting, kitorang nak cari hotel yang dekat dengan Jesselton Point. Target malam ni nak g makan seafood. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Destinasi 4 (9 Disember 2013): Pasar Filipina
Hari ni hari terakhir kat KK sebelum penerbangan balik waktu petang. So, plan nak jalan-jalan area hotel je. Jalan kaki je ke Pasar Filipina. Takmo bawak keta sebab kang susah nak cari parking. 


Bergambar di tepi pantai on the way ke Pasar Filipina

Masa untuk shopping...


Alhamdulillah, selesai sudah percutian kitorang ke Kota Kinabalu Sabah. Percutian yang singkat tapi penuh bermakna untuk memanfaatkan masa bersama keluarga.




Selasa, 12 November 2013

Puasa Sunnah di Bulan Muharram 1435 Hijriah

Pagi tadi masa dengar rancangan Tafsir Al-Quran jam 6.30 pagi di Ikim FM 91.5, penceramah mengingatkan tentang hari Tasu'a dan Hari Asyura. Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada diri ini apabila ada yang mengingatkan. Esok 9 Muharram(Rabu) dan lusa 10 Muharram(Khamis). Jom puasa Sunnah.

Penceramah menerangkan sama seperti yang saya ambil petikannya dari blog rakan lain seperti di bawah.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
 .
Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
 .
Nabi SAW bersabda: Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.”(Musnad Baqi ibn Makhlad)
 .
Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.
.

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”  (Riwayat Imam Muslim)
.
Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”  – Riwayat Al Baihaqi.
Mudah-mudahan Allah menerima ibadah kita.

Ameen...

Khamis, 24 Oktober 2013

Alhamdulillah..

Pagi ini masih diberi nyawa oleh Allah yang Maha Kuasa untuk meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita sebagai hambanya.

Bersyukur diberi nikmat masih di dalam Islam, nikmat terbesar untuk kita semua.

Semoga kita semua dapat menjadi yang lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya.

Amin.


Rabu, 23 Oktober 2013

Hari Kiamat

Pagi tadi dalam rancangan tafsir Al- Quran penceramah bercerita tentang Hari Kiamat. Kita makin hampir dengannya. Tanda-tanda dah banyak kelihatan.
Tanda besar nanti apabila adanya Imam Mahdi (nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah) yang dilahirkan di Madinah, mewujudkan kerajaan yang akan menentang orang Yahudi. 

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi. Maka pada waktu itu tentera Yahudi akan dibunuh oleh tentera Islam sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu bersuara dengan katanya, "Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya." kecuali pokok GHARQAD (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi." - Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Tarmidzi).

Ketika hari kiamat sampai nanti, semua orang tidak perasan kerana masih sibuk menjalankan urusan dunia seperti berjual beli.

Panjang lagi ceritanya, tapi tak sempat nak tulis di sini. Lagi pula takut tersilap tulis. Jika ada yang salah, mohon dibetulkan. Yang baik kita jadikan peringatan/pengajaran. 


Selasa, 22 Oktober 2013

Peringatan yang baik

Dah lama tak menulis di sini, tapi rasa nak share pagi ni.

Maha Kasih Sayangnya Allah kepada kita semua......

Saya terbaca ayat tu di sticker kereta hadapan saya WWH 658(ingat-ingat lupa) pagi tadi semasa perjalanan ke tempat kerja.

Peringatan yang baik untuk kita semua.

Terima kasih yang empunya kereta kerana share sesuatu yang sangat bermakna.

Rabu, 23 Mei 2012

Meh stay kat Mines Wellness Hotel plak...

Assalamualaikum...
kali ni teman nak promote hotel lagi...tapi kali ni...kat Mines Wellness Hotel..
Hotel ni ada pantai tau... haaa... jangan tak caya hotel kat bandar pun ada pantai...
Hotel ni betul-betul tepi Mines Shopping Complex tuu... Sesapa nak tau pasal hotel, boleh g kat http://www.mineswellnesshotel.com.my/

OK...macam biasa...ada tawaran menarik menanti anda...


Promosi 1: Tarikh 30/6/2012 (Sabtu)


2 Hari 1 Malam : RM150

Nak checkin Sabtu n checkout Isnin : RM280.



Promosi 2: Tarikh 1/7/2012 (Ahad)


2 Hari 1 Malam : RM100



Kalau ambil 2 bilik dapat potongan lagi RM10 untuk 1 malam/bilik.


Seperti biasa....TAK termasuk sarapan...


Tolonglaa sebar-sebarkan yeee.... Sesapa berminat...boleh telefon saya (Nor) : 010-4000113






Selasa, 17 April 2012

Saper nak bercutii....POGH

Assalamualaikum...
lamaaaaaaa..memang sungguh lama...
la ni tengah cuti bersalin pun tak terhapdet blog nii...apoo laa nak jadi mak aaaiii..
bulan depan nak mula keje smula dah...cepat je rasa masa berlaluuuu...

OK...sebab masa mencemburui sesiapa sahaja..makanya straight to d point..
Sesapa nak bercuti di Palace of Golden Horses..saya ada beberapa tawaran istimewa.
Cuti sekolah tau...hujung minggu plak tuu...lagilaa memang kompom harga tu tak boleh dapat punyaaa....


PAKEJ 1:
2 Hari 1 Malam : RM190
Kalau amik 2 bilik...RM370.

PAKEJ 2:
3 Hari 2 Malam : RM370
Kalau amik 2 bilik : RM730.


OK...tu semuanya bergantung kepada saper cepat dia dapat. Siapa cepat tu dikira daripada pembayaran deposit 50%. Kalau bayo full lagi baik.

Date yang ada adalah 1-3 Jun 2012.

Terlupa plak nak bagitau....TAK termasuk sarapan...
Tolonglaa sebar-sebarkan yeee.... Sesapa berminat...boleh telefon saya (Nor) : 010-4000113.