Rabu, 18 November 2009

PENGHUJUNG AUTUMN DI SEOUL FOREST

Sabtu lepas kitorang ke Seoul Forest sebab tengok forecast, cerah, suhu below 10 celcius. Sabtu n Ahad sebelumnya nak p tapi ujan plak masa tu, tu yg gi sabtu lepas tuu. Sekali sejuknyaa maaa... geletaqq. Tapi kalau tak p minggu ni. winter dah nak menjengah. pokok dah togel, kurang kaler kali..
Sampai seoul forest masa tu matahari tak terpacak lagi...bila angin bertiup...huiyoo..rasa nak menyorok dalam baju. dahlah tak bawak mafla...bila nak cakap...rasa macam perkataan kluar pun tak baper nak betul sebab mulut dah kebas.
Seoul forest ni beso, tapi sebab masa tu sejuk geletaq..ditambah pula waktu siang yang semakin singkat, so, pergilah mana-mana yang sempat jer. Iman n Nasuha plak bila dah jumpa playground, takmo berganjak ke tempat lain.

























Sebelum balik rumah, sempat singgah kedai kebab. Chicken Kebab Hoegi ni memang mabeles. Tiap-tiap minggu beli...hihi. Gambo kat bawah ni teman duk dalam kedai. Sebelum ni, tak pernah masuk dalam kedai ni. Biasanya tunggu kat luar je. Ni semuanya kerana kurang daya ketahanan menghadapi angin dan suhu sejuk.


Hero hindustan tuuu yang wat kebab.

Sampai-sampai kat umah jer, tengok diluar rumah dah ada box beras yang hubby order sehari sebelumnya. Kali ni order 50KG sebab bajet-bajet untuk sampai nak balik malaysia nanti. Mesti korang pelik kan..macam nak buat kenduri. hihihi. Sebelum ni order 60KG. dah nak abih pun. Tu yang order lagi tuu. Kitorang kat sini takde kereta, tu yang kalau order kena sekali banyak. Kalau beli sikit-sikit, mahal dan leceh nak bawak. At least bila beli banyak, diorang deliver ke rumah. Tapi kena chargelaa. But still murah berbanding beli sket-sket.





Habis daaaa.....

Khamis, 12 November 2009

NASI IMPIT


Ni bukan citer resepi nak wat nasi impit. Eh..kena ada resepi ker klu nak wat nasi impit??(chef tegar sila jawab)haha... Tak kisahlah tu..yang penting, teman memang failed membueknyaa.
So, ni story pasal nak makan nasi impit. InsyaAllah family teman kan nak datang bulan depan. So, duk pikio-pikio, takdelah lagi nak suruh depa pos barang dari m'sia sebab list barang(termasuklan nasi impit segera) memang dah siap dah untuk depa tolong bawakkan masa ke sini nanti..huhu. Stok nasi impit kat umah ni plak, memang dah lama diselosaikan. Macam-macam makanan yang teman dah buat dengan itu nasi impit.
Terlupa plak yang kita ni nak sambut raya aidiladha tak lama lagi. Tapi sebab setakat kami anak beranak jee...cadangnya, tukar menu lah raya kali ni. takyah makan makanan asasi raya. Alhamdulillah, dapat plak perkhabaran kawan nak datang berziarah kerumah kitorang masa raya tu nanti. So, kenalah tukar berbalik kepada menu asasi raya tuu..
Last week suh adik pos nasi impit. Siap-siap pesan jangan bubuh barang lain sebab tau dah memang kompom mahal kos pos tu. Hari senin aritu selamat sampai. Iman pun dah rindu nak makan nasi impit so, hari selasa siap-siap dah rasmikan terus wat soto. Thanx kat adik tolong beli n poskan yee. Itu jelah pun citernyee...hihi..


Model sepenuh masa bersama nasi impit.

Isnin, 9 November 2009

AL FATIHAH

Pagi ini kami menerima perkhabaran sedih dari Malaysia.Takziah dari kami buat Kak Ila dan keluarga di atas pemergian bonda tercinta jam 12.22 malam tadi di HUKM. Jenazah telah dibawa ke Muar dan disemadikan di Kampung Parit Bulat, Muar kira-kira jam 11 pagi (9 Nov 2009). Sedih kerana kami tidak dapat bersama-sama menziarahi Allahyarham. Semoga semuanya tabah menghadapi ujian ini. Al Fatihah buat arwah dan doa kami semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al Fatihah...



Gambar Kak Ila sekeluarga bersama arwah bonda (dipetik dari blog abang N)

Jumaat, 6 November 2009

BLANKET ELECTRIC

Ada yang dengar pun pelik...kitorang memula pun jakun gak..samalah juga masa memula tengok heater fan yang dah diceritakan kat entry sebelum ni. Tapi bila dah tengok, oooo...sama macam blanket biasa..tapi ada wayar-wayar dalam blanket tu untuk memanaskannya..hihi. Thanx to Akma coz perkenalkan blanket ni kat akak.
Ada gak yang tanya..macam kerusi elektrik nak hukum orang tu ker?? (jangan maree yer fizi)..hihi. Kalau macam tu lah gamaknyaa...takdelah kitorang beli... ngeriii....
Kitorang beli ni sebab nak menyambut tetamu-tetamu yang bakal datang ke rumah kitorang di kala winter nanti. Mudah-mudahan dengan persiapan tak seberapa ni, tetamu kitorang akan tetap berasa selesa. Amin..
Baru jer beli semalam blanket ni. Malam ni baru nak test. Kena panggang ler malam ni jawabnyaa...huhu.






Model blanket..