Rabu, 17 Disember 2008

NYUM..NYUM

Kelmarin kitorang pergi HOME PLUS aka TESCO..beli buah strawberi 1 kg...ecchehh..cam beli daging jer main kilo-kilo. Selama duduk kat Malaysia, time pergi Cameron Highland jer beli strawberi, tu pun tak berapa manis...tu yang takdelah minat sangat nak makan buah ni. Sekali kat sini, beli sampai sekilo. Sebenarnya sebelum beli yang sekilo ni..baru jer abis sekilo stok kat umah...hehe..sedaapp sangat ler tu maksudnya.
Tapi kali ni beli tak berapa ummpphh lak...tu yang aku letak coklat tu..kebetulan beli coklat KISSES..hehe...kuleburkan coklat itu semata-mata nak bagi buah ni rasa lebih manis...huhu...lagipun nak test gak...betul ker sedap sangat coklat dengan buah strawberi ni....hehehehe...
Disebabkan coklat tu sedaappp..maka sedappplah jadinya...
Nyum2..kejap jer abis buah strawberi sekilo nii, walaupun buruk beno coklat tu disalutkan ke buah strawberi kan kan kan...Aku ikut pepatah chef wan...buruk takper..yang penting sedaappp...

Ahad, 14 Disember 2008

MINGGU YANG MENCABAR...

Hari Isnin, Selasa dan Khamis next week hubby ada exam. Kesian gak kat dia...seminggu ada 3 paper. Masa coretan ni dibuat (hari Ahad) n semalam (Sabtu) dia stay kat sekolah untuk study. Yelah, kalau kat rumah ni kurang concentrationnya sebab ada assistants.
Aku mendoakan hubby dapat jawab dengan mudah dan betul... Amin...
Pray success 4 him 2 ekk...hehe..

Ahad, 7 Disember 2008

SNOW....HO HO HO

Buat pertama kalinya dalam hidupku...dapat tengok snow yang agak lebat dan merasainya guna tangan, best sangattt...hehe
Actually 20 November aritu ada sket2, tapi bercampur dengan hujan, so tak nampak sangat.
Dah bebarapa hari aku jarang buka tingkap waktu pagi kecuali bila dah nampak matahari memancar terang sebab walaupun buka sikit je, tetap terasa angin masuk...sejukkk....
Pagi tadi, masa nak prepare breakfast, aku sesaja buka tingkap n aku nampak...SNOWWW.. punyalah excited, apa lagi...Iman yang tengah syiok tidurpun aku kejutkan...tentulah dia seronok sangat-sangat...dlm dok terpinga-pinga tu, terus kata nak main snow....sebabnya dah beberapa hari ni aku asyik bgtau dia yang snow akan turun selepas tgk kat ramalan cuaca kat berita MBC (berita korea)..
Ni pemandangan dari luar rumah...

Model baru bangun tidur... seronok sangat dengan snow tuu...

Selasa, 25 November 2008

ALA-ALA CHEF

Sejak jadi surirumah sepenuh masa nii, aku rasa banyak juga jenis masakan baru yang telah kucuba. Baru tu maksudnya baru bagi aku ler, sebabnya kat Malaysia dulu,aku selalu gak rasa masakan yang baru, tapi yang baru kat restoran...hehe. Boleh kira baper kali aku masak dalam seminggu, semuanya kerana kekangan masa disebabkan bekerja dan keluarga. Tapi itu bukan 100% alasan aku sebenarnya. Alasan sebenarnya adalah aku ni type yang suka jalan-jalan.
Tak betah rasanya duduk dirumah jee. Wajib bagiku untuk keluar rumah walaupun kengkadang tu xde tujuan. Bila dah keluar tu, adalah tujuannya...huhu
Akibatnya sampai duduk kat Korea ni pun, tiap-tiap minggu kami akan keluar berjalan. Tak kiralah ke mana sahaja pun. Dapat jalan area rumah pun dah cukup baik untukku. Nasib baik takde kereta. Kalau ada agaknya... lagi jauh langkahku ini...
Laa...citer lain pulak...berbalik kepada cerita asal... pasal masak... Disebabkan life aku sekarang ni lebih banyak di rumah..so.. dapatlah aku gunakan masaku dengan mencuba pelbagai jenis masakan.. Setakat ni aku dah berjaya buat nasi beryani, nasi ayam, lontong, soto, mee bandung, mee rebus, spaghetti bolognese... tu kira jenis masakan yang aku rasa masa kat Malaysia hanya dimasak time ada special event...hehe..
Seronok sangat sebab aku dapat prepare sendiri makanan untuk suami dan anak-anakku.. Sekurang-kurangnya...2 tahun ni diorang makan masakan hasil dari air tanganku...
Aku harap balik Malaysia nanti...aku akan terus jadi isteri dan ibu yang rajin memasak..huhu...
Tadi buat kesekian kalinya aku masak sotoooo.....

Rabu, 19 November 2008

HAPPYNYEE..

Seronoknya rasa arini...hubby balik dr kelas dgn menyebut posto-posto. Kuingatkan apa yg ingin disampaikan. Rupa-rupanya ada surat dari rakan baikku, Che La. Klasikkan. Tak ramai yang masih nak menulis surat. Aku merinduinyaa.....
Kalau diingat-ingatkan semula, entah bila agaknya kali terakhir aku menerima surat atau menulis surat. Tulis tangan tuuu. Kagum aku. Dengan kecanggihan teknologi IT sekarang ni, semua sibuk dengan emel, messenger, telefon dan macam-macam lg termasuklah blog n facebook. huhu...
Macam teknologi fotografi juga laa. Semuanya digital. Tapi kalau tak print, rasa tak puas. Lagipun bagi aku, kurang sentimental valuenya. Ni tengah berkobar-kobar nak balas surat semula ni...

Terima kasih untuk Che La. Happy sangat-sangat nii.... (^_^)

Selasa, 18 November 2008

MENUNAIKAN HAJI

Keluarga besar kami. Gambar dirakamkan semasa family gathering di PD pada 24-25 Mei 2008

Hari ini mak, ayah dan abang azam berlepas ke tanah suci untuk menunaikan haji. Rasa sedih tak dapat mengiringi mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor (dari hari tu rasa rindu sangat kat mereka dan teringin nak balik kampung).sob..sob sob.. Kelmarin Abang Uda cuba untuk skype agar kami dapat berbual dan saling menatap wajah tapi...yelah..kecanggihan IT belum begitu meluas sehingga ke kampungku. Semalam kami hanya dapat berbual thru phone.

Kami doakan mereka dan seluruh saudara seIslamku dianugerahkan Allah kesihatan yang baik dan dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna dan kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Amin..

Ahad, 16 November 2008

AUTUMN D' NAMI ISLAND

Akhirnyaa....terkabul jua hajat kami nak ke Nami Island...Semalam (15 November 2008) kami ke sana. Thanks to my hubby n kawan koreanya yang banyak membantu memberi tunjuk arah n advice untuk ke pulau yang terkenal dengan cerita apa lagi kalau bukan...."Winter Sonata".
Info Ringkas
Pulau yang terletak 63 km dari Seoul ini dinamakan bersempena seorang pejuang yang bernama General Nami yang hebat (mengikut sejarahnya laa) yang mati di medan perang at aged 26!!! (hmm muda kan..). Pulau seluas 460,000 meter persegi ni hanya terbentuk akibat pembinaan empangan Cheongpyeong dan ianya terletak di tengah2 Sungai Han. Secara ringkasnya pulau ni terletak di tengah2 sungai dan bukannya lautan seperti pulau2 yang lain. Keunikan yang membuatkankannya popular selain tempat penggambaran drama Winter Sonata adalah disebabkan kepelbagaian floranya (cewahhh). Maksudnya, banyak jenis pokok yang membuatkan pemandangan sungguh indah n romantis gituu...

Kat Cheongnyangni Station...tgh tunggu train jam 7.57 pagi

Ni dalam train. Ala-ala komuter kat Malaysia.

Sampai kat Gapyeong Station. Kena naik teksi plak ke jeti utk ke Pulau Nami (semua tgh excited)

Tengah beratur nak naik feri..

Posing dalam feri

Batu Belah Batu Bertangkup (kat pintu masuk pulau)...hehe...

Proud to be Malaysian....

Cintan cintun gituu....

Bila dah lapar..apa lagi..buka bekallah. Bawa karipap dan sandwich. Junk food of course ada...

Macam sama jer buat Peace...

echechecheh...;)

Sejuk wooo...ditambah pulak dengan hujan...bertambah-tambah sejuknyaa....

Dah ada geng rupanya Ultraman Malaya nii...

Bestnya kalau dapat drive ni..

Jun Sang dan Yu Jin versi Melayu (Melayu ke Jawa ek)...huk huk huk....

Di tepi sungai yang mengelilingi Pulau Nami.

Lost and Found..hehe... (aku kat pokok lagi satu tuuu...)



Ha ha ha...



Kapal terbang baru landing...

Bila dah letih, kitorang naik tram. tapi tram ni laluan dia dekat sangat..huhu... Takpelah... janji sampai..(Pesanan penaja: Gunalah ubat gigi cap Ana)

Happy Family..
Wajah-wajah kepenatan. Ni kat waiting room untuk tunggu train balik ke Cheongnyangni.

Kesimpulan
Hehe...cam buat karangan pulak. Sebenarnya kalau p Korea then tak pergi ke pulau ni macam kurang lengkap jer. Memang cantik pemandangan kat sini. Kepada hubbyku..harap-harap dapatlah merasa Winter Sonata plak...hehe...

Kalau nak tengok gambar-gambar lagi, bolehlah ke fotopages kitorang.. http://donnor.fotopages.com/

Khamis, 13 November 2008

SANTAI...

Pagi tadi kitaorg ke taman yang berada berdekatan dengan rumah. Sajer ambil angin pagi. Seronok sangat sebab cantik pemandangan sekarang ni. Daun-daun dah banyak gugur. Terasa dingin walaupun matahari cerah.

Posing dua beradik..

Ramai kata saya cam orang korea... yeke???

Seronoknya main dedaunan yang gugur.

Amboi...khusyuknya...takkan dah jadi mat bunga kot..

Suka main daun sampaikan tak mahu balik rumah.

Ultraman Malaya datang menyerang!!! Fire!!!


Seronok sangat sampai terlupa nak baca apa yang tertulis kat monumen tu. So tak tahu ler monumen apa ni...hehe..

Sukanya diaaa....

Hmm...cari apa tuu....