Sabtu, 24 April 2010

SUDAH 2 TAHUN

Alhamdulillah, harini 24 April 2008, Nasuha dah pun berumur 2 tahun. Cepatnya masa berlalu. Dah boleh dapat adik dah. ahaks....sebelum orang lain yg cakap, baik teman siap-siap tulih. wekekekeke. Semoga Iman Nasuha binti Pardon dianugerahkan Allah kesihatan yang baik, luhur budi seperti namanya dan menjadi hambaNya yang solehah. Amin.
Semalam wat pre-celebration, makan-makan kat luar. Biasalaa...walaupun bukan ibunya punya besday, ibunya yang takyah masak dan dapat makan lebih kat luar. Tu yang ibunya yang 'terlebih sudah'. Arini plak just makan kek kat umah + teman masak penne bolognese. Actually nak masak penne carbonara macam kak farhanah wat tu. Bahan lain semua dah ada, tinggal saucenya yang takde. Tapi bila g 'sijang', takdelah plak saucenya. Ada yang seadik beradik dengannya pong, tak halal sebab ada wine. Tu yang guna sos bolognese. Blasah jelah, janji sodaapp.
Tapi klakolaa...Nasuha takmo 'bedeytuyu'. Dari malam semalam kitorang duk nyanyi kat dia lagu bedeytuyu, seboleh-boleh dia takmo. Arini pun nampak kek, dia nak menangih. Dah meleleh gak sket ayo mata. Ni semua gara-gara masa besday teman dulu ada dapat mercun reben tulaa. Masa tu dia terkejut dengo bunyi meletop tuu. Pastu besdey Iman Hakimi aritu pun dapat gak. Walaupun tak main mercun tu depan dia, dia dah menjerit tengok mercun tu. Kali ni tak dapat pun mercun tu, tapi dia nampak kek pun dia dah seghiau. Bila dia nampak lilin, bertambah-tambah seghiaunya...huhu..kesian adik.

Tengah menangih takut tengok kek n candle. Nasuha ingat lilin tu nak dinyalakan. Padahal wat amik gambo jee. Pastu buang lilinnya.

Dah boleh gelak bila pelbagai aksi dibuat nak ilangkan seghiau Nasuha...

yey...potong kek.

Ini bukan peace...ini 2 years old yeee...

Mulut besday girl yang dah padat...aish..macam nak meletus..

meh ibu suapkan...

panjangnyeee muncung tu yang..

6 comments:

(^ . ^) berkata...

epi besday nasuha..semoga menjadi anak yang baik & solehah..amin..tambah adik lg, mama pn tgh free tuh..:p

Asmara berkata...

Heppy Buffday Iman Nasuha, Moga menjadi anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang. InsyaAllah..
*Nor, best sana boleh beli kek kat luar, sini mmg susah sgt nak cari yg boleh dimakan. Kek terpaksa wat sendiri je. hihi..

ANA FARHA berkata...

hepi beday nasuha.. jgn nakal2 yer..

Trulychips berkata...

Happy Birthday nasuha.. semoga balik Malaysia nanti dapat adik baru yer.. heheheh..

HaReSuE berkata...

Happy Birthday nasuha.. semoga balik Malaysia nanti dapat adik baru yer.. heheheh..

Don & Nor berkata...

thanx semua.
InsyaAllah...smpi masanya nanti dptlah nasuha adik. amin.
as: haah...yg mana dah lama duk sini bgtau adalah yg blh dimakan..