Khamis, 8 April 2010

BATUK+SELSEMA


Selalunya citer pasal anak-anak tak sihat. Kali ni teman plak tak baper sihat. Sebenarnya dah lama selsema melanda. Esok ada wat appointment untuk selsema yang kengkadang ok dan kengkadang serius. Tapi sebab dah lebih kurang 3 minggu batuk melanda, sekalilah check dengan batuk. Batuk ni pun dah makin teruk. Kalau waktu tido malam lagilaa. Tiap-tiap malam mesti terjaga sebab batuk ni. Kalau dah terjaga, nak lelap balik 1 hal plak. Pastu rasa nak bernafas pun susah. Macam orang semput pun ada. La ni suara kejap ada kejap takde. Hubby kata seksi uuu...hihi. Ubat beli sendiri kat farmasi dah habis 12 biji kapsul. Tak penah teman tau yg rupanya ada gak ubat batuk bentuk kapsul. Cuba gak petua minum air asam jawa. Memula masa hubby suh buat, teman takmo sebab kalau kat m'sia tu boleh beli yang dah siap punya. Ni nak pakai asam jawa yang teman guna untuk masak asam pedas ni... rasa was-was nak minum. haisshhh..teman ni memang ubat-ubat tradisional ni ngeri sket. Dahlah teman dah lama tak wat asam pedas, sayang plak asam jawa yang ada jadi plak air ubat. ekekeke. Tapi sebab teruk sangat batuknya, buatlah juga. Eeehhh... sedaplaa rupanya. macam beli yang kat kedai. Bila dah habis ubat round pertama, beli plak ubat batuk syrup. Pun masih sama gak ni. Nasib baik dah nak g appointment esok. Harap-harap ubat yang doktor bagi  esok ni berkesan laaa.

Bila sesekali Allah bagi sakit, memang menginsafkan. Kita memang hamba yang sangat lemah. Bersyukur sangat mudah-mudahan dugaan seperti ini akan lebih mendekatkan lagi teman kepada Nya. 

2 comments:

Asmara berkata...

Nor, mungkin boleh cuba minum madu dan lemon. Bancuh dengan air suam sikit. Mujarab jugak. Gula2 vicks pun kalau ada boleh hisap selalu. InsyaAllah berkesan.. :)

Don & Nor berkata...

thanx as for d petua...