Ahad, 27 Jun 2010

ESOK NAK BALIK MALAYSIA...

Akhirnyaaa..masa yang dinantikan tiba juaaaaa..... Kami sekeluarga akan kembali ke Malaysia for good setelah hampir 2 tahun berbandar di bumi seoul ni...  Sejak balik dari holiday aritu, rasanya takde ari yang tak kluar dari umah. Macam-macam aktiviti nak disettlekan kat sini. Siang tadi sempat lagi last minute shopping. Balik dari shopping, pulun ngemah. Ni sebelum off laptop, sempat update jap sebab esok pagi nak berangkat ke airport dah. kalau sempat esok boleh online kat epot, tp klu dah melayan budak comel dua orang ni, memangnya tak sempat. Lusa plak dah nak masuk opis. Macam manalaa gamoknya suasana opis teman setelah sekian lama ditinggalkan. aisshhh..yang pastinya...ramai warga baru opis yang teman tak kenal.
huuuu...seghiau plak rasanya. ekekkekeke...
Ehhh...oklah...ni dah kul 11.30 malam. esok nak bangun pagi. kul 6.30 pagi dah nak kena bertolak dari umah.
Doakan segala urusan kepulangan kami ke Malaysia berjalan lancar yer.

Rabu, 23 Jun 2010

YAHUU..DAH DAPAT TIKET

Dengan ini, secara rasminya teman nak umumkan yang teman sekeluarga telah pun mendapat tiket untuk pulang kekampung halaman nan tercintaaa. Wah...siap ada pengumuman giteeww. Tah saper ler yg nak amik tau yee...hihi. Tak kisahlah tuu..teman nak gak tulih. Tarikhnya pada 28 Jun 2010 = Isnin minggu depan.
Bagi sesapa yang ada special request nak kirim aksesori korea yang designnya memang dah ada dalam koleksi teman, boleh bgtau sebab InsyaAllah esok last day teman kekedai. Lepas tu, teman akan jual aksesori yang ada dalam stok teman jer. xde dah nak p cari-cari lagi kat kedai. eh....sempat lagi mempromote tuuu...
YIHAAAA....JOM BALIK KAMPUNG................................

Jumaat, 18 Jun 2010

BERENTI JAP

Dari kul 4 petang tadi layan blog sebab dah lama sangat tak jengah blog kengkawan. ni nak berenti jap sebab nak solat maghrib. Sekarang waktu maghrib lebih kurang kul 8 malam baru masuk n waktu isya' dekat kul 10 malam baru masuk. Subuh plak kul 3 lebih pagi dah masuk. kul 5 pagi dah terang maaa.
Nak citer tu jer...ekekekkee.....

JOM SEMUA SOLAT.....

BERSIARAN SEMULA..

Selamat petang adik-adiiik. Kiniii kak nor dah berada di korea semula...ekeke
Lama betul tak menghapdet blog ni. Memang betul-betul cuti. Puas, seronok dan segala perasaan ada.
InsyaAllah beberapa hari yang tinggal kat korea ni, akan teman gunakan sebaiknya untuk menyetelkan segala yang perlu.
Huish.... kena wat check list ni. banyak gak benda nak kena settlekan sebelum back for good ni.