Sabtu, 30 Januari 2010

SELIPAR JEPUN?DORAEMON?ULTRAMAN? FINAL EPISODE

20 Jan: Pencarian kitorang diteruskan lagi sebab tak jumpa gak selipar jepun/doraemon/ultraman kat disneyland. So, arini kitorang g Tokyo Tower. Lepas zuhur baru keluar umah. nak ke tokyo tower ni pun tak susah sebab dari train stesyen, cuma kena jalan lebih kurang 5 minit.



bersama kak wan sekeluarga...

masa memula tengok bawah...memang seghiauu...tapi lepas tu dah brani jalan atas tuu...




Sebelum balik jumpa plak kenderaan ni. Tak tau nak masukkan dalam kategori apa...hihi..


Pastu melalui stesyen minyak ni. kat seoul pun kebanyakan nozzle tergantung kat atas. jimat space...

Dari Tokyo Tower, kitorang ke Roppongi Hills. Kawasan ni tempat tarikan tourist seperti Star Hill di KL. Ada gak Mori Tower di mana di dalamnya ada tarikan seperti muzium dan menara tinjau. Tapi sebab siang tadi dah meninjau sekitar tokyo ni, takdelah kitorang g lagi menara tinjau. lagi plak hari dah malam.Memang pun kat area sini barulah nampak ramai umat manusia macam-macam kaler dan bahasa.




Balik dari Roppongi Hills, kitorang singgah makan di restoran makanan jepun. lupa plak nak amik gambo kat depan kedai ni. Kitorang makan tempura dan mee udon. tempura tu memang sedap. mee plak...rasa biasa jer.


Malam tu rasa kenyang sangatlah pulok. Agaknya sebab sungguh-sungguh pulun makan. Pastu bila nak tido, rasa tak sedap badan. duk depan heater pun rasa badan seram sejuk. dari kul 10 lebih dah tutup lampu..tapi sampai kul 12 lebih teman masih tak boleh tido. Nasib baik bg salleh bangun tengah malam tu. cepat-cepat teman minta panadol sebab teman tak bawak ubat-ubatan memandangkan cuaca kat jepun tidak sesejuk di seoul. kerek tul...tulah jadinyaa.... tak sejuk tak bermakna mampu melawan cuaca yang berbeza dengan seoul. padan muka diri sendiri...huhu... Lepas telan panadol..baru teman boleh lelap.

21 Jan : Awal-awal pagi kena bangun sebab dah tempah untuk ikut pakej ke Mount Fuji dan Hakone. Mahal pakej tu, tapi sebab teman teringin sangat nak p, lagi plak dah alang-alang sampai sini, tu yang pejam mata jelah bayo. Bukan teman pun yang bayo...hihi...thanx sayang. Kitorang g satu family jer. sebab arini kalau ikutkan kak wan ada kelas. so, kak wan akan bawa kitorang ke hotel tempat pertemuan yang dijanjikan dengan tour guide tu sebab hotel tu dekat dgn uni. kak wan. Sekali dapat tau kak wan pun sama mcm teman. tak sihat malam tadi. Bg. Salleh lah yang terpaksa temankan kitorang.

Pemandangan sepanjang jalan semasa bas mendaki ke Mt. Fuji

Jika diikutkan pakej yang kitorang amik ni, kitorang akan dibawa sehingga ke 5th stesyen, tapi sebab cuaca yang tak mengizinkan, dapat sampai ke 4th stesyen jer. Sedih gak, tapi nak wat camana, yang penting ialah keselamatan. Suhu kat atas ni tak sesejuk di seoul. Tapi sebab kawasan gunung, so, bila angin bertiup...gggrrrllll... Sekejap jer duk kat luar. Pastu anak-anak dah ajak naik bas semula.
Kat 4th stesyen.

kihkih...must see.....



budak berdua ni..kat mana-mana pun ultraman. dahlah ultraman tak jumpa-jumpa lagi nii...


berlatarkan mt. fuji

Dari mt. fuji, kitorang dibawa ke Hakone. Kat sini pun kabus tebal dan windy. So, tourist guide decide kitorang naik gondola dulu sebelum menyusuri Lake Ashi kerana dikhuatiri kalau makin lewat, diorang tak benarkan naik ke atas. Masa sampai kat atas nun(Owakudani).. memang berangin dan kabus tebal sangat. Bila angin bertiup..rasa macam boleh terbang...huhu...

Stesyen nak naik gondola.



Pastu kitorang terus ke jeti untuk menyusuri Lake Ashi. Lake Ashi ni salah satu lake yang berada dikaki Mt. Fuji.





Setelah menyelusuri Lake Ashi maka semua orang dihantar pulang melalui pilihan pakej masing-masing. Bagi kitorang, pengalaman seterusnya juga sangat dinanti-nantikan iaitu menaiki bullet train Shinkansen. Walaupun pakej naik bas pergi balik lebih murah, tapi kitorang memilih untuk pulang ke tokyo menggunakan bullet train.




22 Jan : Ari jumaat, hubby dan bg salleh ke masjid untuk solat jumaat. kitorang plak merehatkan diri jer kat umah setelah penat dengan trip semalam. Petangnya, bg. salleh bawa kitorang ke Akihabara, pusat membeli-belah elektronik item dan yang syioknya duty free tuu.. dan hasilnya...dapatlah beli lense baru dan external h.disk. macam tau-tau jer external h.disk tu yg kitorang nak g sini. dan dan dia penuh plak.

hubby dan kawan-kawan baru yang menetap di tokyo di depan Masjid Hira.



23 Jan : Shopping cenderamata Jepun kat Asakusa. ramai gak orang masa ni. Maybe sebab weekend. Kak wan jadi tour guide.

percubaan lense baru..





Balik dari asakusa..kitorang ke Meiji Universiti, tempat kak wan blajo. ayuyaaiii...beso sungguh building dia. dah macam shopping kompleks pun yee. siap ada eskalator dalam bangunan. kagum tul. Lepas solat kat uni tu..perut pun dah lapo minta diisi, maka kitorang pun memenuhkan perut di Siddique, restoran pakistan. Lepas tu cadang nak p tempat membeli belah sutera jepun, tapi sebab budak berdua ni dah penat, pastu tido plak..maka rancangan dibatalkan. tak larat dah nak gendong...lenguh badan. Terus balik umah.

24 Jan : Hari ni merupakan hari terakhir di Jepun. Flight kul 6.15 petang. So, pagi tu just jalan-jalan kat area umah kak wan dan shopping last minit.

Parking basikal bertingkat yang banyak terdapat di Jepun.

Berbaloi betul sebab dapat shopping kat Book Off (kedai buku second hand). Harga murah, buku pun elok-elok lagi. Cumanya limitedlah buku english ni.. nak kena cari dan terus mencari. Awatlah kat seoul tak jumpa plak kedai-kedai camni. Banyak gak buku-buku yang dibeli.
Pastu pegi plak kedai 100 yen. kat sini pun syiok gak membeli sebab klu kat seoul, kedai 2000 won. kalau convert duit 100 yen lebih murah berbanding 2000 won. Tapi kalau kat Malaysia lagilah murah sebab kedai RM2...hikhikhik..




dan setelah sampai masanya...maka petang tu, kak wan sekeluarga menghantar kami ke Narita airpot. Syukur, seronok, puas dan yang paling penting sekali kitorang nak ucapkan sekali lagi terima kasih bebanyak kat kak wan sekeluarga yang sangat baik hati. Mudah-mudahan Allah membalas jasa baik mereka.




Teman nak citer sket pengalaman seciput yang teman dapat bila dah berada di 2 negara maju (jepun dan korea) ni, tapi yang baik-baik jelah yer. yang kurang baik tu, korang carilah sendiri.

1) Rasa tenang jer duk kat area umah kak wan ni. Persekitaran nyaman, tersusun, bersih. Takde pencemaran bunyi, udara, sampah sarap. sronok...sronok.
2) Kengkadang driver bas akan matikan enjin setiap kali penumpang naik/turun bas sebab nak kurangkan pencemaran.
3)Budaya memberi hormat. Macam dalam islam...memberi salam, contohnya bila turun/naik bas dan masuk/keluar kedai.
4)Suka membaca
5) Pengangkutan awam yang efisyen.
6) Internet connection yang sangat lajuuuu...teman suka...teman sukaa.....

Sebelum nak abiskan entry kali ni, teman nak bagitau, yang kitorang memang tak jumpa selipar jepun, hanya jumpa keychain doraemon yang kecik dan tak jumpa ultraman. Malah sepanjang di sana, takde plak tengok citer doraemon, maupun ultraman. Nasib baik iman tak tuntut ultraman tu sampai balik korea.huhu...

2 comments:

Kherun berkata...

uhhhh... tokonang zaman den ngan fizah g japang dolu... tempat2 ni gak yg kitorang pegi... tokyo tower, akihabara, roppongi, asakusa... even akak snap gamba stesen minyak yg sama gak... kat area tower tu kannnn.. ada citer lam blog

Don & Nor berkata...

hahaha...yelah kak..botullah tu..mmg stesyen minyak dekat tower tu jee..hikhik..mmg klu ke tokyo tu jer tarikan utama kot..hihi...