Rabu, 27 Januari 2010

SELIPAR JEPUN? DORAEMON? ULTRAMAN? (PART I)

Rasa macam dah lama plak tak update blog ni. Sebenarnya bukan lama tak update (yg tu memang selalu pun...huhu), tapi sebab lama tak online blog. So, lama jugaklah citer teman-teman dimalaya teman tak ikuti. Tapi dah berjaya cover semua chapter kawan-kawan yang teman tertinggal aritu. hihi...



Teman menyepi sekejap sebab g jepang dari 16 - 24 januari aritu. Thanx to kak wan, bg salleh n anak-anak mereka yang comel, imran n iman kerana sudi menerima kehadiran kitorang kat sana. bukan menerima kehadiran jee...tapi sudi menaja penginapan dan makan-minum sepanjang kitorang di sana. Dah tu jadik tourist guide plak. Tak terbalas jasa mereka. Semoga kak wan sekeluarga dilimpahi rezeki dan success dalam PhD yang sedang diikuti sekarang ni.
So, kalau sesapa yang rajin nak ikuti siri percutian kitorang kat sana..silalah baca dan tengok gambar-gambarnya. Tak perlu sampai bersila untuk membacanya walaupun teman memang tengah bersila semasa membuat entry ini. hikhikhik.

16 Jan : Petang tu kak wan jemput kitorang kat airport. Tak sangka yang Narita airport tu ada 2 terminal. So, nak jadikan citer, kak wan n family tunggu kitorang di terminal yang biasa diorang tunggu flight dari m'sia. Kitorang ni plak, walaupun dari korea, tapi naik united airlines. Turun kat terminal satu lagi. So, tunggu punya tunggu, at last hubby pi lah beli mineral water untuk dapatkan duit kecil sebab nak tipon kak wan. Tulah benda pertama yang kitorang beli kat sini. Kesian kat kak wan n family... lama tunggu kitorang tak keluar-keluar. Rupa-rupanya silap terminal. Takpelaa..yang penting semuanya selamat. Cuaca kat tokyo ni pun sedap-sedap badan..tak sesejuk di seoul.


Dinner pertama di tokyo




Bila dah kenyang, boleh g jalan-jalan plak. Dari situ kitorang ke Mitsui Outlet Park di Kaihimmakuhari. Aduyai..kat sini barang-barang branded maa... Tak tercapai duitku (nyanyi sket lagu elyana)...cuci mata jelah yee. Gambo item-itemnya pun lupa nak amik. huhu...







yang ni bukan branded item tau, tapi cuba nasib. bayo 300 yen, dapat pilih kotak. kalau dapat hadiah best..syioklaa. tapi takdelah teman test pun. sajer amik gambo jee.


17 Jan : Kak Wan sekeluarga bawa kitorang ke Kaisarinkai Koen. pengalaman pertama naik public transport kat jepun. Lebih kurang jer macam kat korea. Cumanya kat sini orangnyer lebih ramai. Kalau peak hours..lagi ler padat. Kat kawasan ni ada banyak gak tarikan pelancong, tapi sebab waktu siang yang pendek, kitorang g Tokyo Sea Life Park dan naik ferris wheel je.



























Malam tu iman menunjukkan simptom tak sihatnya. Alamak, dah mula muntah-muntah plak. Rasanya 4 kali sepanjang malam tu duk uruskan muntah iman. Cadang nak ke Tokyo Disneyland esok, tapi sebab iman dah tak sihat, kenalah postpone. Alhamdulillah esoknya badan dia dah ok. But on 18th tu, just duk umah sebab nak bagi iman pulih sepenuhnya. Cuma hubby yang keluar ikut kak wan n family ke area Motoyawata.

Ikuti Part II bagi mengetahui adakah kami dapat mencari selipar jepun, doraemon dan ultraman.

3 comments:

Ceni berkata...

Wahhh besh-besh jenjalan...

Nampaknya dah cukup sume negara timur dijajah, mula-mula korea pastu china dan jepun plak... pasni kemana lagi plak? eskimo kot... ehh eskimo tu kat timur ker? hehehe

Ana farha berkata...

bestnyer dapat gi jepun... jeles.. hehe.. papepun, gunakan peluang yg ada sebaiknyer...

Don & Nor berkata...

kak cheni: klu ada lbh duit+masa..bukan stakat negara timur jer sy nak p ni..dlm list byk lagi.tp eskimo tu sy blum masukkn dlm list.hihi..
kak ana: haah..peluang cuti don sy gunakan sebaik-baiknya...ahaks