Khamis, 21 Oktober 2010

HARI INI DALAM SEJARAH

Bahagianyaaaaa....
Untuk pengetahuan rakan taulan sekalian, hari ini perlu digazetkan gamoknyaa. Hero teman (Iman Hakimi) buat pertama kalinya tak menangis bangun pagi pada hari dia perlu ke nursery. Asal hari sekolah jer menangis, asal menangis jer hari g skolah...hihi. Mesti kompius kan?? dah lama teman keje, dah lebih 3 bulan tuuu, tapi baru hari ini dia tak menangis. Ye tuan puan..teman tak tipu... rasa hati berbunga riang harini. Selama ni, macam-macam perkara kitorang buat takmo bagi dia menangis, tapi tetap kurang berhasil. Siap dia boleh tanya kenapa dia tak boleh nangis, kenapa ibu abah kena g work, kenapa itu, kenapa ini dan akhirnya dia akan cakap dia nak nangis jugak. Sudahnya kitorang tiap-tiap ari cakap dengan dia jangan cakap pasal skolah bila dah balik umah. Semakin hari semakin ok. tapi tetap menangis jugak. Stakat berkurang tahap kemenangisan dia jer. tapi arini memang kompom, dia tak menangis langsung. Huh..prestasi yang sangat membanggakan.
Kalau sebelum ni, tiap-tiap hari, perkara wajib dia akan cakap, ibu jangan g work, abah jangan g work, ibu amik abang cepat-cepat, ibu sayang abang banyak-banyak, ibu babai abang, ibu itu.. abah ini... huiyoo... cabaran tau kalau tiap-tiap pagi kena pujuk. Idok ler sampai tahap meronta-ronta xmo g, tapi tangisannya tu yang tak boleh tahan.
Tu yang teman rasa syahdu sangat. rasanya nak berenti keje time tu gak. Bila time tinggalkan kat nursery, bila tengok anak2 lambai tangan, rasa kesian sangat. takpelaa..yang penting dah ada peningkatan, harap-harapnya berterusanlah tak menangis dipagi hari. Amin..
Abang memang anak yang baik...

4 comments:

Asmara berkata...

isk2 x bestnya dengar dah 3 buln baru kali ni nangis. mesti nursery tu x best kot? hehe.. pandai je kita ni wat spekulasi. tp biasa la kan budak dah lama duk ngan kita tiba2 mak ayahnya xde mesti sedih. huhu.. xpe la nor at least ada perubahan. :) risau nya nak blk mesia nnti, camne la anak kite nih! huhu..

Chekpid berkata...

yeay...abg become big boy now...gud! bg reward kt aiman la kham...pi blanja apa yg dia nak...special request :p...kadang2 i guna kedah reward, berhasil juga

Don & Nor berkata...

betullah as. klu dah lama jaga sendiri..mcm tu ler jadinya.
Alhamdulillah pg td pun x nangis sbb mlm td dia dah kata,suh tgk pg ni dia nangis ker x.hihi.
fid, iman tu tiap2 ari ada request n mmg slalunya kenalah ikut. cumanya betullah u kata, kitorg lupa nak bgtau yg request smlm tu sbb dia x nangis. klu bgtau mcm tu, 4 sure dia lbh terasa perubhn dia buat tu adalah yg baik n dihargaikan.sbb arini x nangis lg, so blh bgtau mcm tu. tq chekpid

mekchu berkata...

adoiii.. part nak tnggalkan anak mmg sayu.. hati kena kental.. aku jarang kena cam tu sbb pagi2 najmi tido lagik.. abg dah tunjukkan peningkatan yg baik.. kena byk sabar kan