Ahad, 14 Mac 2010

IMAN HAKIMI 4 TAHUN MAAA....

Ni citer beberapa hari lepas. Tapi tak sempat nak citer n upload sebab agak bz. Gambo-gambo masa snow on 10 Mac aritu pun tak sempat nak upload. Ish3x..macamlah bz sesangat. Sebenarnya abang iparku(abang hubby) n kakak ipar datang sini on 11 Mac. Bila seronok orang datang umah ni... mulalah kurang ngadap laptop. Selamat berholiday buat b. long n k.long. Mereka akan stay di sini sampai 20 Mac ni. Seronok sangat sebab meriahlah sekejap rumahku. Selain teman n hubby, pastinya anak-anak teman lah yang seronok sesangat.
Berbalik ke citer asal, walaupun lewat masukkan entry pasal besday ni, tapi nak masukkan gak. Selamat Hari Lahir anakku Iman Hakimi bin Pardon pada 11 Mac yang lalu. sama bulan denganku. Harap-harap mana-mana perangaiku yang baik dapatlah diwarisi. Yang tak baper nak elok tu, toksah ikut yer nak...hihi.
Pada hari yang sama iparku sampai. So, meriahlah sket sambutannya sebab ada ipar. Teman wat nasi ayam n balik jer kitorang dari jemput ipar di airport, hubby g beli kek. Iman Hakimi memang seronok jer kalau ada kek. Apatah lagi kali ni memang besday dia. Tapi kali ni tak letupkan mercun riben depan adik sebab adik baru nampak mercun tu dah nangis. hahaha...adik...adik...
Rasa cepat masa berlalu. Dah empat tahun dah rupanya. Sket ari lagi nak masuk sekolah dah. Ibu dan abah doakan Iman Hakimi menjadi anak yang soleh, berjaya dan beroleh kesejahteraan di dunia dan akhirat. Sayang sangat anak ibu dan abah ni. muah muah muah....



Tak sabo tengok pagar-pagar coklat nii...rasa sketlaa...hihi

Abang dah 4 tahun...

Dapat pun potong kek..alamakk...ibu ni nak potong jugaaakkk...

Jemput makan pak long n mak long...abang nak makan kek jelaa..

1 comments:

Hafiz Mohd berkata...

sedapnye.. yum yum...