Ahad, 7 Februari 2010

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.....

Harini genaplah umur sayang ____ tahun.(sila isi tempat kosong dengan jawapan yang betul..hihi). Semoga sayang sentiasa di bawah lindungan dan keredhaanNya.. success dalam ilmu yang sedang dicarigali nii...dan terus jadi insan yang bertakwa...amin. Siang tadi g makan-makan kat Itaewon. Sebelum sampai Itaewon tu, sajer jerlah tipon ani..ajak dia join kitorang dan teman telah terbagi tau yang arini besday hubby. Sekali dia telah mensurprisekan kitorang dengan membawa kek. Thanx kat ani coz sponsored kek utk besday hubby. Malam semalam pun teman telah mensurprisekan hubby dengan sesuatu...apakah itu?? hanya mereka dan keluarga mereka yang tau...surprise ker??hahhaahaa...
Dikesempatan ni juga, teman nak masukkan ucapan selamat hari lahir untuk ayahanda teman pada 1 Januari yang lalu. Walaupun dah telepon ayahanda tercinta, tapi teman nak masukkan kat sini gak. Alkisahnya...on that day teman tak berkesempatan sebab waktu tu teman jarang online (tengah cuti-cuti korea dengan keluarga teman yang berkunjung ke sini). Adik teman yang ada kat sini waktu tu pun dapat wish thru phone jer. Semoga Allah menganugerahkan ayahanda kesihatan yang baik dan gembira selalu.
Pastu pada 14 Januari plak, besday kak ina. Teman pun dah tipon gak. semoga menjadi insan bertakwa dan travel agensinya terus maju....jom pakat ramai-ramai g holiday thru my sis agensi...
Teman juga nak masukkan ucapan selamat hari lahir pada 18 Januari yang lalu untuk bonda tercinta. Sama gak situasinya..cuma untuk bonda, teman telepon in advance sebab on 18hb tuu...teman dah pun berada di jepun. So, sebelum berangkat ke Jepun, teman sudahpun wish kat bonda teman. Semoga Allah jua memberi bonda kesihatan dan kegembiraan bersama ayahanda tercinta.
Teman letak tajuk entry kali ni SELAMAT HARI LAHIR SAYANG sebab insan-insan di atas adalah insan-insan yang amat teman sayangi..(^_^) Cumanya idok ler teman panggil ayahanda teman tu sayang, kang jeles plak mak dan hubby teman. dan idok jugalah teman panggil mak teman sayang, kang teman tak tau nak panggil hubby teman tu apa pulok. kak ina pun teman tak boleh panggil sayang, kang abg shahrel susah plak nak panggil kak ina sayang...hihi... Tapi yang penting..teman sayang semuanya. I luv all of u sooooo muuuccchhh...muah muah..


siang tadi di restoran...dengan kek sponsored

dengan ani...thanx ani 

1 comments:

Ceni berkata...

Epi besday utk insan-insan "sayang" yg seperti tersebut di atas...

Smoga kalian semua sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg berpanjangan dan dipermudahkan perjalanan hidup kalian