Isnin, 1 Februari 2010

HWACHEON SANCHEONEO ICE FESTIVAL

Rasanya belum abih penat p jepun, teman dah cadangkan dengan hubby g ke festival ni. hihi...bukannya apa..ni merupakan aktiviti winter rasmi yang menjadi penutup percutian kitorang kali ni. Sebab apa teman kata penutup? Sebabnya...hubby dah mula kelas dengan rasminya hari ini. So, percutian yang rasmi pun abihlaa...tapi yang tak rasmi...ekekkeke...

So, sebelum citer lebih lanjut pasal festival ni, teman nak ucapkan selamat kembali ke sekolah kat hubby. Semoga semester ini akan dapat diharungi dengan tabah dan jayanya. Amin. Sekejap jer rasa masa berlalu. Dah semester akhir pun. InsyaAllah, pertengahan tahun ni, kembalilah kami semula ke malaya...huhu..adakah teman sudah bersedia???oooooo.... takmo jawablaaa....

Ok....berbalik kepada citer festival ni. Kitorang g ari khamis lepas. maksudnya rest kat umah lps balik dari jepun tu cuma 3 ari. Tu pun bukan rest...melobi dan mengemas pakaian setiap ari..huhu... Malam sebelum pegi tu..gatal-gatal roger dengan akma...mana tau dia nak ikut..yeehaaa... berjaya mengajak akma dan menyebabkan dia ponteng lab satu ari. ya ampuun akma...hikhik.

Pagi khamis tu kul 5.30 dah bangun sediakan bekalan untuk lunch kat sana. wat mihun jee. Then dalam kul 6.30 keluar umah. Skali sampai kat bas terminal...bas ke Hwacheon tu baru berlepas 5 minit (8.15 pagi). sadis tul. kena tunggu next bas kul 9.45..huhu..kenalah penghabihkan waktu kat situ pusing-pusing terminal.
Akhirnya...bas yang ditunggu-tunggu pun sampai. Alhamdulillah perjalanan lancar.



kat depan pintu gerbang festival

Iman dengan patung maskot tomato...

dengan akma yang telah ponteng lab..hihi


jom kita tengok apa ada di sinii.....

snow castle..

banyak gak deco dari snow nii...

jom masuk dalam mulut singa snow nii...aaauuuummm...

ooo....ada ais kaler kali dlm ni...kagum tul...

must see.... (^_^)

nasuha pun nak pegang ais jugak..


2 beranak merempit


Lepas meround...kitorang pun decide nak memancing. Banyak lagi sebenarnya aktiviti lain yang ada...seperti snow sled n ice skating, tapi memancing gak yang menjadi pilihan hatikuuu... Beribu-ribu lubang pancing yang disediakan untuk pemancing-pro n  yang tak pro(kitorang ler tu)..hikhik. Subhanallah..kagum betul dengan ciptaanNya.. beribu-ribu orang berada di atas sungai yang beku permukaannya tu pun, langsung tak runtuh. Lagi plak dah dikorek lubang disana sinun.


sebelum memancing...kita pilih pancing dulu...

Air sungai tu jernih sangat..nampak dasar sungai...Pastu ikan duk lalu lintas...eee.... bila nak makan umpan nii...

satu family khusyuk memancing..tgk kat mulut nasuha...hikhik..sambil memancing makan kropok..

akhirnyaa...setelah menunggu lebih kurang sejam..umpan hubby mengena...

iman betul-betul teruja..

Memula nasuha memancing dalam stroller jer. Pastu mengamuk gak nak kluar. Bagilah jugaa...klu tak..memang teman tak larat nak memujuk dia.


suka ler tuu....

Tengah syiok-syiok mengumpan ikan tu...iman terjatuh plak. Tercelup sebelah tangan dalam lubang tu..nasib baik ada bawak glove lain. bolehlah ganti. Klu tak..mau biru tangan kesejukan. Pastu perkara yang teman agak..memang terjadi. Nasuha memang geram dengan lubang air tu.. skali bila teman tak prasan..dia berjaya memasukkan kakinya dalam lubang tu. Senyap jer plak tu..Ish3x..tak sejuk ker budak bertuah nii. Nasib baik lubang tu memang muat-muat kaki jee..kalau tak..berendam agaknya dia dalam tuu...Teman yang kelam kabut. Sudahnya...habis kasut, stokin n sluar basah. Seluar tu memangler ada bawak gantinya. Tapi stokin dengan kasut..mana ada daa.. So, takmo bagi sejuk punya pasal..bungkus jer dengan muffler. Kat bus station baru boleh cari kalau-kalau ada jual stokin. Lepas memancing melebihi 2 jam..akhirnya kitorang decide nak balik. Makin nak balik, makin main-main plak ikan ni kat umpan kitorang...geram jee... Tapi memang dah rezekinya sekor tu jee...Alhamdulillah..klu tak lagilah teringat-ingat ikan yang berenang-renang tu...huhu...

umpan akma yang cantik sangat agaknyaa..tu yang ikan takut nak makan...hihi

Kul 5.30 petang bas bergerak meninggalkan Hwacheon. Sepanjang perjalanan balik tuu, sempat menghayati pemandangan indah sungai-sungai dan gunung-ganang yang masih dilitupi salji. sronoknyaaa....Subhanallah.


Sampai di Seoul lebih kurang kul 8 malam. kitorang decide dinner dulu kat bus station tu. Skali Akma blanja daa... Alhamdulillah. Thanx to akma yang blanja dan tolong order makanan korea ni. Mudah-mudahan dilimpahi rezeki yang halal dari Allah.


Menikmati bibimbap.

budak comel ni pun nak makan sendiri. makan nasi dengan sup mee udon


Setelah kekenyangan, kitorang pun berpisah kembali kerumah masing-masing. Akma naik bas dari bus station tu ke rumahnya di Incheon dan kitorang plak naik subway balik ke Hoegi.

Ikan yang berjaya ditumpaskan...

2 comments:

aida berkata...

Anyeong Hase-yo!
salam perkenalan =)

rindunye nak jejak kaki lagi ke kOrea!!!! =)
dulu (2002) saya study tOur ke kOrea..nginap kat iteawOn hOtel..hOstfamily kat Nonhyeon Dong, Kangnam Gu (3 malam)

pegi musim luruh and tak sempat merasa salji =)

rindu! rindu! rindu!

-aida-
http://bat3sya.blogspot.com
(sOrry, bOdben teruk giler...)

Unknown berkata...

ikan tu masak apa?