Jumaat, 4 Disember 2009

AIDILADHA 2009

Alhamdulillah, telah seminggu pun berlalu Aidiladha tahun ini. Tak lama lagi nak masuk tahun baru hijrah dah pun. kepada jemaah-jemaah haji, semoga haji mereka diterima Allah dan mereka kembali kepangkuan keluarga dengan sihat dan gembira.
Tahun ni lebih seronok, sebab rakan kami dari Geoje, Azwa,Herman dan anak mereka, Batrisyia sudi datang ke Seoul. Bila ada rakan ni, terubat rindu dengan kaum keluarga yang jauh di Malaysia. Diorang sampai ke Seoul petang Khamis. Lepas kelas hari khamis tu hubby terus gi jemput diorang kat Itaewon. Teman kat umah bertungkus lumus prepare juadah raya.hihi...
Pagi jumaat, hubby takde kelas. So, kitorang semua pakat-pakat meraikan AidilAdha di embassy. Walaupun tetamu yang hadir jumlahnya kurang berbanding Aidilfitri(maybe sebab hari jumaat ramai yang ada kuliah), tapi kemeriahan tetap dirasa. Cumanya sebab sekarang ni dah winter, takdelah kitorang berbaju melayu bagai macam di Malaysia. sambutan pun dibuat di dalam dewan.
Selepas selesai solat aidiladha dan jamuan, kitorang pergi ke rumah kak Syidah(rakan di embassy) sementara menunggu solat Jumaat yang juga diadakan di dewan yang sama. Bila semua yang wajib telah ditunaikan, kitorang g ke Namdaemun Market, bawak azwa sekeluarga. Namdaemun nilah tempat peghabihkan duit yang paling strategik kat seoul ni. Especially bagi yang minat aksesori, dan cenderamata.


Khutbah raya..



makan-makan + borak-borak...


sebelum balik, posing dulu...

Keesokan harinya, bawak azwa sekeluarga ke Dongdaemun market. cari korean silk. then terus ke Seoul Tower. Kebetulan sebelum nak balik tu ada pertunjukan martial art. layanlah sekejap.




nasuha punya turn plak takut kat maskot ni...kalau dulu Iman(la ni dah berani).



Dari Seoul tower, terus singgah Itaewon makan tengahari+petang+malam. hihihi...kesian tetamu..
Keesokan harinya, dah sampai masa untuk azwa n family balik semula ke Geoje. Sedihnya rasa. sekejap jer dapat bersama. Iman n betty lagilaa..baru jer berkawan, dah berpisah semula. Mudah-mudahan, dimasa akan datang diorang sudi ke rumah kitorang lagi.


di stesyen bas Nambu, sebelum bas meninggalkan seoul.

0 comments: