Selasa, 13 Oktober 2009

DINGINNYA DI SEORAKSAN


Semalam secara rasmi kitorang dah mula pakai baju sejuk semula...duk selongkar beg besor cari baju sejuk..sejuk maa. Sekarang dah musim fall. Daun-daun dah mula kekuningan.. nak masuk toilet dah mula ngerii...air sejuk ngeledik...
So, sabtu aritu..kitorang pun mulakan shooting sempena fall ni. Destinasi dituju kali ni sangatlah jauhnyaa...nuun...lebih kurang 4 jam dari seoul ni. Tu dari stesyen bas...campur dengan perjalanan dari umah...lebih kurang 5 jam. Kalau 6 jam...dah macam balik Malaysia dah. Selama idup di Selangor pun..x penah-penah wat keje balik ari jer ke kampung halaman di johor.
Tapi sebab naik bas, kira boleh layanlaa. Bas pun selesa..sesuailah dengan kemahalannya...huhu. Tapi kagumlaa...stesyen bas diaa...sangat mesra pengguna, takkan lostlaa... bersih plak tuu..x rasa tercemar duk situ...aku dah lama tak naik bas kat puduraya tuu...rasanya sekarang ni dah cantik. cumanya tak sure mesra alam or tak.hihi.. Pastu, bas ekspress dia ada seatbelt. attire pilot dia pun sangat kemas. ada skali tu, balik dari airport incheon nak ke seoul, naik bas ekspress. sekali kena tegur dengan pilot daa...dia suh pakai seatbelt. aku ni plak, nyusukan anak, memanglah teramat malehnya pakai-pakai seatbelt ni..lepas tu masa dah sampai kat stesyen mana tah, boleh dia g round lagi..kelam kelibut aku berlakon pakai seatbelt tuu.. tapi masa g seoraksan ni..aku tak pakai seatbelt, pilot pun stakat round nak tengok penumpang jee..
Nak sambung lagi citer bas...kuikuikui... bas ekspress dia ni,  on time...tak lewat atau cepat walau seminit. pergi dan balik macam tu...kagum-kagum. pastu dah siap-siap ada announcement yg direkod tau, so, adalaa announcement tu bila nak sampai tempat berhenti rehat, then baper minit akan berenti rehat. kan ke baguih macam tu. takdelah penumpang tertanya-tanya..baper lama bas nak berenti. Takpun, takdelah letih pemandu tu jerit-jerit bagitau kat penumpang, bas berenti baper lama. Bila nak sampai pun, skali lagi announce bgtau nak sampai destinasi, kira macam dalam kapal torobang tuu. x bagi bangun dulu, suruh pastikan barang semua dibawa...echehhh...sronoklaa..yang aku bertambah kagum tu..masa on d way back plak, ada pengumuman bgtau heavy traffic kat jalan biasa. So, dia ikut jalan lain. Masa tu memang jem giler. Tengok berita dalam bas tu pun, ada jem dibanyak tempat. Tapi sebab jalan bas tu diasingkan dari laluan keta...so, takde masalahlah bagi kitorang yg menaiki bas ni. kalau tak agaknya malam tu, tah kul baper baru sampai umah. Eh..bas kat malaysia boleh tengok live tv ker dalam bas ek?? ni betul-betul pertanyaan tau..bukan nak perli..  huh...panjang citer pasal bas ni. letih tulis n kengkawan pun mesti letih baca...hihi


dalam bas yang selesa...

Bilalah nak mula citer seoraksan ni yer..ahahaha. Oklaa...nak citer lah nii...Sebenarnya Seoraksan ialah Mount Seorak. San tu maksudnya mount dalam bahasa ibunda. Pagi sabtu tu..kul 5 pagi dah bangun untuk masak maggi goreng. simple n disukai ramai. Kul 6.30 dah kluar dari umah. Waktu tu dah terang dah..dah habis waktu subuh. Kiranya takdelah rasa terlalu awal. Kitorang target nak naik bas kul 7 lebih disebabkan perjalanan yg teramatlah jauh ituuu. Alhamdulillah, dapat naik bas kul 7.50. sampai seoraksan lebih kurang kul 12 lebih.
Sampai-sampai jer...terus buka bekalan...perut sudah minta diisiii.




Macam berkelah plak.

Then hubby bersesak-sesak membeli tiket. Orang punyalaa ramai. Seperkara lagi yang aku kagum n suka. Orang korea ni memang suka riadah. Tu sebabnya banyak sangat taman kat korea ni. Kalau kat tempat kita, aku rasa taman-taman ni lebih banyak dipenuhi pasangan kekasih yang bukan muhrim. Berbeza betul dengan suasana kat sini. Family dengan anak-anak dan cucu.



Dapat gak beli tiket.

Lepas tu masuklah kitorang ke Seoraksan National Park ni...
























Kesian kitorang, nak naik cable car kat belakang tuu..tapi takde rezeki kali ni. Kalau nak naik, kena tunggu lagi 3 jam baru boleh.



Imanlah yang nak naik sangat cable car tu..kesian anak ibu.. nasib baik ada hiburan lain. Dapat main air pun jadilaa yer...

Pasal nak balik plak...kitorang dah beli return tiket bas. Kul 5 dari sini untuk balik ke Seoul. tu yang tak boleh nak tunggu untuk naik cable car tu. Pukul 3.30 kitorang dah keluar dari taman ni untuk ke stesyen bas. Punyalaa panjang beratur nak naik bas. Masa sampai pagi tadi, kitorang naik teksi dari stesyen bas. Tapi masa balik ni, teksi dah tak dibenarkan masuk sebab orang terlalu ramai. Traffic sangat sesak. Mulalah risau kalau tetiba tak sempat sampai ke stesyen sebelum kul 5. Nasib baik bas banyak dari taman ni. Tapi punyalah macam tin sardin naik bas. Kitorang ni dahlah bawak 2 orang budak comel ni. Then dengan stroller lagi. huhu...memang mencabar betul. Tak dapat duduk plak tu. Sesak memang betul-betul sesaklaa. Nasib baik Iman dan Nasuha tak meragam. Alhamdulillah, tak sampai 10 minit, orang yang duduk depan aku turun. dapatlah duduk masa tu.


Dalam bas on d way back. Dah malam pun.

Semua kepenatan.. Sampai rumah dekat kul 12 malam sebab g singgah makan dulu kat restoran Raja Rani dekat dengan stesyen subway umah kitorang.
Sekian sahaja buat kali ini. Dah nak kul 1 pagi ni. Seronok punya cerita...dah naik kebas kaki pangku nasuha ni..oklaa..till next time..

3 comments:

Ana farha berkata...

kitorang dlu pun patutnya melawat ke sini gak.. tapi sebab time tuh musim hujan.. so, tak dapat ler merasa ke situ..

tapi, di bawa ke kawasan pergunungan tempat main ski citer winter sonata tuh.. ok lah..

Don & Nor berkata...

oklaa tu kak farah..dpt gak merasa jln2 kat sini...

si G.E.D.I.K.S berkata...

alhamdulillah selamat sampai da akak kat sane :)