Jumaat, 24 Jun 2011

Ho Chi Minh (Part I)

Sebelum nak citer pasal percutian kami ni, nak update dulu beberapa siri citer yang lalu yang x sempat nak wat full coverage.
1. Kan sebelum ni entry pasal mak jatuh, tu jatuh sebab nak amik beg nak datang KL n seterusnya sama-sama bercuti dengan kami ke vietnam ler tu. Kesian mak ayah, terpaksalah membatalkan percutian ni. Pastu la ni dah kena simen sepenuhnya plak. Makin susahlaa mak nak gerak. Harap-harap cepatlah mak sembuh.
2. Happy belated anniversary untuk sayang i. <--- ayat geli geleman-jangan baca klu belum cukup umur yee.  Semoga dipanjangkan jodoh kita hingga ke syurga. Amin.

Ok...boleh story mory citter vietnam plak...

Selain kitorang berempat, ayah, mak, kakak n her husband also spatutnya ke vietnam ni. Tapi sebab mak dah bersimen kakinya, ayah pun x ikut serta. pastu anak kakak plak mendaftar matriks, so husband dia pun x dpt follow. So, kitorang berlima campur kwn kakak 4 org. Tu jelah group kitorang ke sana. Jadual kat sana x book lagi kecuali on 1st day. Maklumlaa, kakak teman ni keje travel agensi. So, dah tah yg keberapa kali kesana. Semuanya blh arrange bila smpi sana nanti.
Kitorang gi 4 hari dari 24- 27 Mei yang lepas.
24 hb tu flight petang. Perjalanan almost 2 hours.

yeyeee...dah sampai...

Sampai sana trus g city tour. Lokasi pertama ---> Notre Dame Cathederal pastu depannya plak pos opis lama.


Depan Notre Damn Cathederal. All of us.


dpn pos opis..





rasa macam kaunter nak beli tiket train plak...

cubalah tgk betapa banyaknyaa motor..

salah sebuah masjid di sini..
Lepas city tour tu, kitorang di bawa makan kat Restoran Seri Pinang. One of d share partner tu ialah M'sian. Makanan dia oklaaa....
makan time..cuba tgk anak dara i tuu..kemain suka lagiii....

Pastu nak p check in hotel..SEBELUM TUUU...kami di ajar cara melintas jalan di sini. Pelik kan?? Lintas jalan pun nak kena ajar.Maunya tak kena ajar...tengok jelah motor yang banyak tadi tuu...

 Percubaan pertama dengan bantuan pelayan restoran. Cuba tengok dia siap bawak papan tanda no. entry tuuu...

Kalau depa tak ajar..gamoknyee 4 ari kitorang kat sana...tak melintas ler jawabnyaa... Sungguh mencabar. Dia punya motor mak aiii....kemain banyak. Berlapis-lapis panjang. Sila jalan perlahan-lahan, jangan terus memecut atau berhenti ditengah-tengah atau menjerit. InsyaAllah selamat. Selepas dipraktikkan segala ajaran..yezzaaa....semua berjaya.

Check in hotel..malam g kluar p night market plak. Bermulalah sesi jalan-jalan kluar duit.

Disinilah hotel kitorang menginap.

on d way ke night market.


Second day, join g chu chi tunnel half day tour. On d way tu kitorang singgah di Vietnam Handicapped Handicrafts. kat sini pekerjanya ialah OKU.


Guna kulit telur. Bila lepas makan telur, Iman suh simpan kulitnya sebab dia nak guna wat kraf...hihi




Lebih kurang 20 minit berada di sini, perjalanan diteruskan ke Cu Chi tunnel.

Sampai dah...

Sebelum masuk kawasan markas...lalu kat pokok nangka nii...buahnyaa mak aiiii....

Bom wooo.....


punyalaaa kecik trowong dia kan...mat saleh ni x lepas nak masuk. Tapi kitorang di bawa masuk lalu tunnel yg dah dibesarkan sket.


ni dah nak kluar dr trowong...dlm trowong x mampu nak pusing2 bdn...sgt kicil wooo...lgpun gelap.

antara terowong yg ada..


Antara trap yg dibuat




Bila dah melekit-lekit ni...sronottnyee kalau dapat mandi wooo...

Walaupun kata half day tour...tp sampai bilik dah petang gak. Semua tak larat nak p makan kat restoran, so just call restoran n minta depa deliver makanan ke hotel. Malam tu sambung lagi jalan-jalan keluar duit.

Habih citer part I. Nanti ada masa sambung Part II(hari ketiga dan keempat). Ni nak siapkan Part I ni pun lebih seminggu woooo....

9 comments:

chekpid berkata...

dlm terowong tu markas askar2 eh...rasa macam penah tgk kt tv. ayoo scary la g tmpt2 camtu. tmpt shopping nak la. nanti buat entry pasal shopping tau. lupa plak kakak hang keje travel agent...bila la den nak meraso camtu. Mudah2an dptla peluang. gi spore ke..jadikler for beginner. bukan senang nak bawak family yang ada anak2 kocik.

anitadiana berkata...

asalamuaikum...

harap mak kham cepat sembuh..kasihan betul lah tu...seronok nya jelalan..best nya...kalu ada yang bawak best lah kham....tak ada tercongang2...

Asmara berkata...

wah nampak menarik dan best vietnam! nanti boleh tiru itenary kot2 la terpegi akan dtg. hehe..
*moga kesihatan mak nor semakin baik ye. :)

Don & Nor berkata...

thanx semua..harap2 x lama lg bolehlah buka simen kat kaki mak..
part jln2 mmg x dinafikan best..plak anak x byk meragam..sonanglah eh.. InsyaAllah..ada keinginannya tu nanti..smpilaa...

aizamia3 berkata...

wah lama sungguh tertunggu entry terbaru lepas mak k.kham jatuh tu..

seronotler ye..
apa-apapun moga mak k.kham cepat sembuh dan sihat ye..

Fila Lane berkata...

terowong tu cam seramnye nak masuk... huhuhuu....

iBu ZulFaQar RayYaN berkata...

akak kita ada tag akak kat blog kita...:)

mama3A's berkata...

tingin nya nak ke sana... kena tgu 3-4 thn lagi la gamaknya baru leh jalan jauh2 nie.. huhu...

MOHD SHAFID BIN RAHMAT berkata...

Pinjam post niela. Malas nak taip baru.Shafid pun baru balik minggu lepas. Milo mahal kat seri pinang. RM5.00 satu gelas.