Jumaat, 24 Jun 2011

Ho Chi Minh Part II

Lambat sungguh nak dapat peluang ke udara lagi. Apo laa eeeiii nak jadi..susah tul nak spend time utk update blog ni.

Oklaa..trus sambung ke citer hari ketiga...kitorang amik pakej 1 day Mekong River Tour. Perjalan lebih sejam. Sempatlaa melelapkan mata. Dalam perjalanan tu singgah jap kat Mekong tour rest. Cantik gak tempat rehat nii...

Sampai kat mekong kul baper tah. terus amik bot untuk ke pulau. Melalui sg. mekong, takdelah apa sangat yang menarik. Pemandangan biasa-biasa jeee....

Kat kawasan pulau mekong ni ada banyak laluan masuk dan kalau jalan dalam perkampungan ni...bolehlah tembus sana sini...

Dalam perkampungan ni banyaklaa perusahaan ala-ala industri kecil sederhana  macam kat malaysia. Kitorang di bawa melihat pemprosesan produk berasaskan kelapa. Yang syioknyaa, kat perkampungan ni, buah mata kucing dia mak aaiiii...rimbun semacam. geraaaammmm jer tengok. nak petik tak boleh..orang punyaa. Syiok tengok jelaaa....

Kitorang juga di bawa naik kuda pedati. Tapi bukan naik terus atas kuda tu, belakang kuda tu diletakkan tempat duduk yang boleh naik ramai orang. So, kitorang sefamily naik satu kuda. Memula naik tu, Nasuha nangis, biasalaa...ngeeeriii.

Kitorang juga dibawa ketempat perusahaan madu. Dapat merasa secaawan kecil madu. Adalah jugak jual-jual kuih + kerepek ala-ala kat tempat kita gak. Kitorang tak beli pung.

Kat sinilah jugak buat pertama kalinya dapat merasa naik sampan kecil. Sungai yang dilalui pun rasa best jeee. Pakcik dengan anaknya yang mengemudi sampan tu, kesian tengok pakcik tu, dah tua sangat. Tapi yelaaa.... tulah antara mata pencarian diorang kat sini.

Tengahari tu kami dibawa makan kat ala-ala restoran laa...Walaupun dalam pakej dah masuk makan, dan kitorang pilih vege, tapi tetap tak lalu nak makan. Nasib baik ada bawak bekalan. megi pun megilaa...lagi nikmat daripada apa yang disediakan. Dah tu dalam kawasan restoran ni pun, anjing banyak sangat berkeliaran, manalah nak aman duk diam kat situ. Persekitarannya sangat tak selesa... dahlah tour guide tu bagi banyak sangat masa untuk makan ni. Kitorang berharap cepatlaa masa berlalu. Tak sabo nak beredar dari situ.

Legaanya bila sampai gak masa untuk balik...naik semula bot besar tadi hingga ke tanah besar. Sampai kat city, dah petang. Sempat lagi tu g shopping walaupun dah letih. Yolaa...esok nak balik dah. Arini kitorang p butik baju + beg. manyaknyeeee pilihaannn. Harga of coz lbh murah berbanding kat m'sia.

Walaupun takde dalam list barang yang nak beli...tapi kalau dah masuk kedai tu..haruss sambar juga mana yang patut. yang tak patut pun dipatutkan jugak...

Malam tu g dinner kat restoran yg first day sampai. Tengok harga dalam menu dia tuu..mak aaaii mahalnyeee.... Tapi bila bayo, takdelah mahal sangat pun. Dapat diskaun kot sebab kakak teman ni kan agen jalan-jalan kluar duit. Masa memula nak order, kakak teman ada kata, terlupa nak order mee vietnam. Kalau tak semua boleh merasa. Skali sebelum menamatkan main dish yang diorder, tokei kedai bg free mee vietnam tuu.. haisshhh...sungguh sronot. Kakak den terlobih makan garam gamaknya malam tuu...tu yg masin mulut tuu...hihi. Cuma tak baper sronotnya sbb ms tu semua dah kenyang. Tentang rasa plak... haa...korang p sendiri ke vietnam dan rasa yeee. Bukan stakat mee, lepas tu tokei bagi free bubur plak. ala-ala pengat kat m'sia. bahan-bahan dalam tu yang teman ingat buah teratai..apo laaeiii yoo..lupalah plak. Takpelaaa...p laa vietnam dan rasa yooo...

Balik dari makan tu, p lagi night market. Kiranya sepanjang kat sana, tempat yang wajib pergi setiap hari ialah ben than dan night market...huhu. Tak payah listkan barang nak beli pun takpe, beg boleh beranak pinak punya bila balik m'sia. Nasib baik teman ni dah ada hand carry 2 budak comel tuu...so, kenalah gak berkira-kira nak shopping bagai. kang anak kemana..barang kemanaaa....

Balik hotel lepak...esok ada setengah hari lagi masa untuk shopping kat ben than. dah siap-siap plan dah..nak p beli barang apa...ekekeke..Teman nak p dengan kakak je sbnrnya..takut x sempat bershopping, bebudak tu nak ngikutlah plak...so, kenalah gak hubby ikut n tolong jaga anak2 kat belah luar. takut meragam dah banyak ari g dalam tu. buhsan depaaa.... Skali tak sempat abih shopping betul bebudak tu x larat dah. So, hubby bawak depa balik ke hotel. Bagitau boleh mandi lagi kat bathtub, kompom tak tolak punyaaa....

Tenghari tu orang hotel benarkan kitorang checkout lewat sket sbb nak solat dulu. Baguih kan depa nii...
Flight kitorang petang, jenuh gaklaa nak tunggukan sampai masanya tuuu. Masa kat epot tu ramai gak m'sian yang solat kat area tepi-tepi yang tak menggangu laluan orang. Seronok bila tengok suasana macam tu. Dimana-mana jer kita berada, tanggungjawab sebagai hambanya perlu ditunaikan. Teringat plak zaman kat korea dulu...

Sekian saja citer yang dapat dibawakan dari vietnam. Punyalah lamaaa nak siapkan 2 episod. Memang tak boleh jadi pengarang novel camni. Cerpen pun tak mampu. huhu...

1 comments:

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)