Selasa, 24 Ogos 2010

OPEN HOUSE BUKA PUASA...

Dah banyak tahun gak tradisi ni dapat diteruskan. Tahun ni kitorang jadi hostnya. Mana taknya, dah 2 tahun kitorang tak dapat join, bila balik m'sia jee, jadilaa antara insan-insan terpilih. Sebenarnya cadangan awal nak wat kat umah kawan lain, tapi isterinya terbesalin awal plak, so, trus kena tukar lokasi. Disebabkan kitorang jer yang belum jadi host selain member tadi tuu, takpelaa...kitorang terima dengan hati terbuka. InsyaAllah kan besar pahala orang yang memberi makan orang berbuka puasa ni.
As tuan umah, teman masak mee bandung n wat cocktail. pastu air panas n ayo sejuk. yg lelain semuanya pot luck. Tak muat-muat meja n kerusi nak bubuh semua makanan. main selit-selit jee.
Dalam kul 6 petang dah ada yang sampai. Nasib baik masa tu memang dah siap mandi. kalau tak mesti kelam kabut sampai ke malam tak sempat mandi...Tapi kalau tak sempat mandi pun...bukannya orang tau...ye dok.


Ok..kompom dah masuk waktu...minum ayo panas dulu.

beratur macam kat asrama sekolah...


Lepas berbuka, para lelaki solat berjemaah . Lepas tu...biasalaaa, bila dah lama tak jumpa, macam-macam cerita yang kluar.
Aya plak ada bawak kek besday anak dia(Rania) yang ke 5 tahun. Seronoklah bebudak tu siap ada mainan belon poott ppeeettt poott peeett tu..Dah macam bunyi bising kat piala dunia plak. Eh..bila masa plak teman g tengok piala dunia...

Besday girl n her dad.

Cuba pakaikan nasuha...sila lihat reaksi di bawah.

Menjerit-jerit takmo pakai...

Ayahanda mithali yang tolong layan anak-anak.

Prasan tak...rambut nasuha dah pendek. Kesian dia, balik m'sia tak lama dah kena potong rambut. Ni gara-gara dapat K**U. x sure dari mana jangkitannya. hari yang sama lepas cikgunya bagitau, trus pulun kejekan rambut nasuha. Tapi baguih gak bila dah pendek. Senang nak uruskan. Cuma sekarang ni, teman n hubby suka tanya dia, nama dia Iman Nasuha kee.. Iman Hakimi...ekekekke.

Berbalik citer bebuka puasa...rasanya last tetamu yang balik lebih kurang kul 10.30 malam. Alhamdulillah, apa yang teman masak, licin. Dah habih semua settle, baru prasan yang teman pun jamah sket jer apa yg teman masak tu dari anak teman. Takde pun makan beria 1 mangkuk. tapi hati puas. Itu yang penting.

All of us

InsyaAllah, 4 september nanti, cadang nak wat untuk adik bradik plak. Teman gak yang jadi host sebab adik bradik lain semua dah jadi. Yang tu pun tradisi adik bradik teman.
Weekend ni balik kampung sempena cuti panjang. wowwweeeee...sukeee... Nak balik dua-dua kampung untuk berpuasa kat kampung plak.

7 comments:

chekiyah berkata...

byk pahala sediakan makanan utk org berbuka..
tp saya x puasa2 lagi hehe

mekchu berkata...

best kan bukak puasa ngan kawan2 kat rumah.. pernah buat, tp x de la smpai terawih.. kena try nih

Kherun berkata...

ngan kwn2 skolah ke kham...

chekpid berkata...

masih dok puchong? ke pindah putrajaya? happening...seronok jumpa kawan-kawan...makan tak ingat sangat dah time tu

Don & Nor berkata...

chekiyah..InsyaAllah mudah-mudahan.
meksu: kitorg pun wat maghrib jer jemaah. hihi.
kak kherun: kwn sama fakulti don.
chekpid: kat sri kembgn..area equine. mmg x hengat mkn sgt pun. mcm penuh masa layan org.

MOHD SHAFID BIN RAHMAT berkata...

Pontian tak buat open houseke?

Don & Nor berkata...

hihihi...shafid...kat umah pontian dah mmg sentiasa open house..jemputlah semuanya ke umah ambeee...