Jumaat, 10 Disember 2010

JAUHNYEEEE......

Teman n hubby p PENGHUJUNG BENUA ASIA... wowwww....kat mana tu?? Ada yang nak ikut? next time lah yer... Cuti tersepit ari senin yang lepas, teman n hubby pakat amik cuti. Ari sabtu n ahad ada kenduri kawin umah sedara hubby kat muor. Lepas lepak-lepak kekenyangan makan nasi kenduri, petang ahad tu baru balik pontian.

So, ari senin, decide p PENGHUJUNG BENUA ASIA ni. Nama tempat ni Taman Negara Tanjung Piai. Kat Taman Negara nilah terletaknya titik terselatan penghujung benua asia. Wah...terasa keelllaaasss giteeww. Ada tempat yang hebat dikampung teman. opsss..bukanlah betul 1 kampung..tapi dlm 1/2 jam dari umah. Dulu masa belum jadi taman negara, adalah gak pegi. Bila dah jadi taman negara, tak penah lagi jejak kaki kesitu.


Adalah bawak bekalan air n makanan, nak picniclah katakan. Tapi atas nasihat orang kat kaunter tiket , makanya kami terpaksa tinggalkan makanan tu kat kaunter sebab ramai penyambut tetamu yang setia menanti kehadiran kami. kalau rasa-rasa nak picnic dengan depa bolehlaaa...huhu

tengok kat tangan tu. tu baru sket

Tiket RM5 untuk dewasa. kanak-kanak free.

Kawasan taman negara ni dipenuhi dengan tanaman paya bakau. Bagi pencinta alam yang suka mengkaji, oklaaa. Jom masuk....




baca map dululaa ibuuuu...


nilah penyambut tetamunyeee.....

tengok bertenggek tu. yang datang dekat pun ada. kitorang yang takut jadinyee.

Kitorang nikan sajer jalan-jalan, pehh...time lalu kat kawasan pokok-pokok, dah berpeluh-peluh. Walaupun tepi laut, tapi angin laut dah x banyak menembusi kawasan hutan paya bakau tu. Tengok gambau jelah yooo.


kesian plak tengok nama pokok nii...

tunggu turn nak naik menara tinjau.

sampai gak turn kitorang. seghiauu..

sampai kat atas tak dapat tengok laut lepas sebab dipenuhi pokok paya bakau. tapi peringatan kat gambo atas ni yang syiok nii...

kapal beso-beso....


Akhirnya...sampai gak ke titik penghujung. Tapi x syiok sangat sebab tak dapat g dekat tempat globe mercu tanda titik penghujung tu sebab air dah naik (x sure air dah naik or memang jambatan tu dia sajer tenggelamkan xmo org p situ..ekekek). Amik gambo dari jauh jelah.


Warna ijoouuu tu lah globe mercu tandanya..
jaaambatan sudah roboh...sudah robohh...sudah robohhh....

proud to be johorian


Time balik tu, Ada budak minta bayaran duit parking. Rupa-rupanya parking keta tu kena bayo. tidaklah berbumbung pun. Setakat kawasan lapang yang ditar. Tapi sebab tanah persendiriankan, so, dengan cara ni depa cari rezeki tambahan. Takpelaa....cumanya teman rasa agak mahallaa bayarannya. RM3 untuk keta dan jenis-jenis yang sepupu sepapat dengannya. harap-harap bila dah banyak untung nanti, dapat improve sket. Kasi ada bumbung ok gak.hihihihi.



On d way balik tu, suka plak tengok pokok-pokok kat tepi jalan nun. macam sakura rasanya. kalaulah banyak jalan-jalan kat malaysia ni ditanam dengan pokok ni kan cantik. takyah susah-susah p korea/jopun nun nak tengok sakura.




Jemputlah ke Tanjung Piai. kalau lalu jalan darat, kompom kena lalu depan umah teman. Kirim salam kat parents teman kalau korang terjumpa yeee...ahaks.

5 comments:

Zakiyah Zainon berkata...

masa dok kat kedah dulu punya la terigin nak pi tg piai, desaru...dah duduk kat johor ni...harammmm! sekali pun tak jejak ke sana...opis-rumah. itu saja...
nor..pokok mcm bunga sakura tu kan banyk kat uum laluan B..takkan dah lupa hehehe

Chekpid berkata...

kham ni...saje tau....kan dah teringat kt sakura...huuuuu
apapun, tanda amaran kt menara tu mmg menarik pandangan lah!

mekchu berkata...

oo.. umah ko dekat2 situ ke? aku tak pernah smpai sana, tp pernah dgr penghujung benua tu dr bapak masa dia gi DPA dulu..

konpem pekerja sana fanatik liverpool kan..

Don & Nor berkata...

chekiyah: almk..urat dah byk putus laaa...hihi
fid: skrg bila2 pun blh g. air asia adaa..tp tunggu musim sakuralaa...hihi
mekchu:haah..umah kita x jauh dr situ.

KUMDI berkata...

Visit to share with friends
www.OsaeYo.asia