Isnin, 22 November 2010

Regency PD

Aritu hubby ada meeting dua ari kat Regency PD. So, macam biasa, isteri solehah ler katakan -uhuk-uhuk..Nak ingikut jer kejenyee. Sejak mula keje semula ni, ni 1st time berkesempatan ikut hubby.
Both iman dah lama tak jumpa swimming pool. Selama 2 tahun kat korea nun, sekali jer depa p pool. masa kat umah member. Kebetulan masa tu nak masuk summer dah. So, bolehlah jejak kaki kat pool tu. Kalau bukan summer, ada berani kaaa...
Haruslahkan..pagi-pagi alam kalau kata nak g pool, seronok jer. tapi moknya kata kita survey dulu..takmo terus terjun... Meh tengok rupa bangun tido.



Kita perlu berpandangan jauh. tetapkan misi dan visi!!!


Okey...line clear, boleh tukar baju. Eksperimen dengan pool, adakah mereka masih berani??



Setakat sini jelah ibu yeee.... Cuba perhatikan setakat 1 anak tangga tu jee. Punyalah depa seghiau dengan air kolam. Jenuh.. lama duk pujuk suh masuk dalam sket. Takper-takper..kasi puas dulu main kat situ. Tapi sampai bila nak tengok macam tu jer kan. Tergugat kesabaran ni.

Kesudahannya, moknya kenalah memangsakan diri demi anak-anak terchenta. Separuh badan ler lencun sebab nak teman depa.


Lihatlah doniaaa.... Siap boleh ngusik abang lagiii... Sempatlah tawaf baper round pool bebudak tu. Okeh-okeh naik atas dulu. Dah kecut-mecut kulit tu.


Perut dah lapo.. Alas perut jer dulu. Sila jangan amalkan makanan alas perut seperti yang dipaparkan ye..huhu.


Macam dah penat jer bebudak ni. Jom balik bilik dulu.

Nikmatnya dapat susu sebotol..

Okeh, sesi petang bersambung. lagi bersemangat sebabbbb.....


Taraa...kawan baruuu....


Adik pun terpaksa layan pilihan abang. Sebab masa g beli tu, adik tengah tido, so, abang ler yang pilih. Dua-dua jejaka idaman abang-ultraman & spiderman.
Sesi petang tak dapat lelama. Masa tu dah renyai. Kalau tak, mau tahan sampai tutup pool tu.

Tu jelah kisah sehari suntuk dipool. Ni dah mula cuti sekolah, echeh..macamlah anak-anak teman sekolah. Dah sarat kepala ni pikir destinasi nak g. tapi semuanya kena adjust betul-betul sebab coti mok nak abihhhhh...


Must seeee...


1 comments:

Chekpid berkata...

pose dua beradik tu dah boleh buat video klip la...
eley moknyer nk temankan ke atau teringin sebenornyer? baik ngaku...