Rabu, 26 Ogos 2009

SETAHUN SUDAH

Pada tarikh yang sama tahun lalu, kami sampai di sini...KOREA. Rasa begitu sekejap masa berlalu. Setahun dah rupanya kami berada di sini. Jika tahun lalu kami sampai seminggu sebelum menjelang Ramadhan, pada tahun ini, tarikh yang sama, Ramadhan sudah pun masuk hari ke 5. InsyaAllah..tahun hadapan, kami menyambut Ramadhan di negara yang kami cintai(huisshh..ayat ngancam sungguh).

Apa yang kami dapat selama setahun berada di sini? of course macam-macam adaa..
Bercerita mengenai 1 tahun di sini...yang mana ingat, aku coretkan dulu yer..
1) Kitorang kat sini takde transport sendiri. Memula memang payah. Lama-lama rasa seronok. Tak payah pening pikir pasal macam-macam kos dan juga parking yang memang susah kat sini, jalan area rumah yang sempit dan memandu sebelah kiri. Pastu dapat exercise. Dah turun 6 kg sejak datang sini. Tapi sekarang ni dah naik semula kot...hihihi.

2)Nozzle di kebanyakan stesyen minyak berada di atas. Maksudnya, kena tarik ke bawah bila nak isi minyak. maybe sebab kat sini, very limited space. Semuanya kena jimat.

3)Traffic light kat sini bersepah-sepah. Sebabnya lintasan pejalan kaki depa tak guna jejantas. Maybe adalaa....tp tak banyak. depa pakai zebra crossing. so...selang 200-300 meter...jumpa traffic light.

4)Kebanyakan kenderaan di sini pakai navigator. Memang senang sangat nak kemana-mana. If exceed speed limit, alat tu akan bagi warning. bising banget..

5)Diorang very polite, especially kat shopping2 complex, kedai2 dan bank. Melangkah masuk jer, pasti ada yang menyapa Selamat Datang. idokler depa cakap selamat datang...tapi maksudnya tu selamat datanglaa.. Bukan tu jer..kalau korang naik bas,,pemandunya akan cakap jemput naik dan bila nak turun, dia wish thanx. Diorang pakai microphone. So, 1 bas boleh dengar. Jarang pemandu yg tak wish. Kalau yang naik bas tu ramai...sampai dua tiga kali dia wish. Bagus kan kalau budaya ni dapat diterapkan kat negara kita. Bas diorang pun selesa. Attire pemandunya juga kemas, walaupun tak semuanya hensem...ekekekeke.

5)Air sungai yang jernih. Sungai dia tu asalnya standard sungai klang tu jer. Tapi dah jadi tempat rekreasi. Sekarang ni kan summer. So, memang ramai ler yang berendam kat situ termasuk anak-anakku. Bestnya kalau sungai klang pun camtu.


Tengah seronok main air.
Tengoklah bangunan-bangunan pencakar langit kat sepanjang tepi sungai tu jer.



6)Buah-buahan tempatan diorang, mestilah banyak tak sama dengan buah-buahan tempatan kita. Antaranya jenis melon kat bawah ni. Tapi kitorang tetap rindukan durian, duku, manggis, rambutan, betik, mangga...dan tersangatlah banyak lagi yang memang tak jumpa di sini, kecuali rambutan yang berjaya dipos aritu. hihi..



7)Beberapa jenis bahan mentah untuk masakan...saiznya teramatlah beso dan berbeza sungguh dengan saiz yang kita makan kat Malaysia. hihi...contohnya sotong(rasanya dekat 5 kali ganda dari saiz sotong m'sia), taugeh(2 kali ganda) labu(x tau nak kira baper kali ganda dah)hihihi. Timun dia ada menggerutu2 duri. tapi taklah setajam duri bunga ros.

salah 1 jenis taugeh. almost 15cm. yang ni saiz kecik sikit. Biasanya, panjang lagi sket dan kepala besar.


8)Sesetengah pasaraya/shopping complex, kalau nak plastik isi barang, kena bayar. Biasanya diorang kalau nak shopping akan bawak sendiri shopping beg. Kitorang pun dah terbiasa dengan keadaan ni. Rentetan dari itu, plastik untuk buang sampah pun kena beli. Setiap majlis daerah, lain-lain kaler plastik sampahnya. So, memang tak perlukan sangat pun plastik barang dari pasaraya. Ada sekali tu, masa memula kitorang duk sini, dengan rasa tak bersalahnya kitorang buang sampah guna plastik biasa. Sekali tuan umah datang umah bawak balik plastik sampah kitorang tu berserta dengan plastik yang betul tunjuk kat kitorang. Walaupun dia kecek bahasa ibunda dia..kitorang paham yang kitorang dah salah guna plastik daaa... hihi...taulah pulok tuan umah tu yg sampah tu kitorang punyaa...hik3x.

Untuk isi sampah basah, contohnya sisa makanan.

yang ni untuk sampah kering.

9)Gas memasak kat sini, tak perlu beli tong gas macam kita kat Malaysia. so jangan risau tengah-tengah masak..gas pulak habis. Gas disalurkan macam gambar kat bawah ni. (p/s:sila abaikan dapur yang tak baper cun tu)

10)Kat sini, bukan pizza hut, McD dan sepupu sepapat dengannya sahaja yang guna delivery servis ni. Kedai2 makan biasa pun banyak yang provide service ni. So, kalau waktu lunch tu, banyaklah motor-motor penghantar makanan ni. Then dah petang-petang sket kang, diorang datang sekali lagi untuk kutip semula pinggan mangkuk diorang. Dinner pun camtu gak.

11) Sejak datang sini tak pernah jumpa lagi mat-mat motor yang merempit macam kat malaysia. Lagipun kat sini motor-motor banyak digunakan untuk servis hantar barang/makanan. Kalau ada pun yang pakai motor, diorang suka beli yang jenis vespa. so...susahlah nak merempitkan..hihi...Motor beso-beso ni, student malaysia jer yang aku tengok ramai yang pakai.

12)Public transport kat sini sangat efisyen. Paling lama pernah tunggu bas lebih kurang 15 minit. Tu pun sekali dua jer. Kalau train tu,tak sampai 5 minit dah muncul lagi. Tu sebab agaknya kat sini tak ramai jumpa mat-mat motor. Diorang prefer guna public transport. Stesyen train pun bersepah-sepah. Kemana sajer tempat kat area seoul ni, pasti ada jaringan train/bas. So..jangan risau korang terlewat, kecuali memang korang yang tak gheti nak bajet masa dengan baik.

13)Kat sini, shopping online sangat berleluasa. Mereka punya teknologi dan kepakaran IT sangat hebat. Laptop hubby pun beli thru online. Lepas settle pembayaran dalam masa sejam, barang dah sampai kat tangan.

14)Kadar jenayah yang rendah. Memang kagum dengan diorang ni. Kalau pegi mana-mana, berlenggang kangkung bawak handbeg, letak kat mana-mana jelah, tanpa ada rasa takut. Bawak kangkung pun tak selenggang tu aku rasa. Hubby tinggal laptop kat tempat blajo, tanpa rasa was-was. Aku yang waswas. Petangnya suh dia amik laptop tu bawak balik umah...hihi...Kawan-kawan dia..lagilah...tinggalkan terbuka kat atas meja lab jer... Mungkin sebab trust dan teknologi. CCTV bersepah-sepah. kat area rumah aku ni jer ada 2 biji yang aku prasan.

15)Sebab based on trust gak kot, kitorang g amik gambo, takyah resit-resit. Bila dah bayo, tulis nama, bila nak wat tuntutan gambo tu, bagitau jer nama apa. Kan ker kalau yang jenis tak jujur tu, depa boleh claim yang kita ni xde amik gambo kat tempat depa. Bukan ada bukti pembayaran pun.
16)Latihan khidmat negara diorang 2 tahun. yang ni aku tak nak komen lebih. Takut tersalah komen, aku yang nayaa. huhu...tapi patut dijadikan contoh. Agak-agak Jabatan Latihan Khidmat Negara baca tak blog aku??hihi..dengar kata depa nak review tempoh ni kan. Datang Korea blajo cara diorang.

Buat masa ni...yang ni dululah yang aku ceritakan. eee.....memang bestlah duk kat sini. Sepanjang kitorang di sini, lebih banyak yang baik dari yang kurang menyenangkan. InsyaAllah, bila-bila nanti boleh citer lagi.

Yang penting...tujuan utama kitorang ke sini, adalah dengan harapan agar hubby dapat menamatkan pengajian dengan jayanya. InsyaAllah.

3 comments:

sim berkata...

kagum2.. kham.. balik mqa terapkan nilai2 tu kat kita semua... :) iman dah belajar pose ke?

Selly Buke berkata...

best nya!.. bersih, teknologi canggih.., aman..

Don & Nor berkata...

sim: nak blajo puasa camnenyer sim...perkataan susu x lekang dari mulut. hihihi.lgpun kecik lagi. blum sesuai rasanya.
kak selly: betul banget.