Jumaat, 14 Ogos 2009

MACAM-MACAM PENYAKIT

Kasihan Iman Nasuha. Kat China aritu baru jer demam, last week tak sihat semula. Aku rasa ni gara-gara asyik gi sungai jer berendam tengah summer ni.
Hari Selasa lepas, pukul 12 lebih tengah malam, tengah-tengah tido, tetiba muntah. Terkejut aku n hubby. Lepas tu badannya mula panas. Kul 2 lebih muntah lagi. Then kul 4 lebih. Malam tu memang tak boleh tido. Muntahnya banyak pulak tu. Then pagi tu diarrhea pulak.
Sebelum ke hospital pagi tu, hubby sempat search simptom2 Swine Flu(H1N1). Risau woo...demam+diarrhea+muntah-muntah memang simptomnya. Kitorang terus ke hospital pagi Rabu tu. Disebabkan Nasuha dah lembik pagi tu, sebab banyak sangat keluar air dari badan, so, kena masuk air. Sekali nurse cucuk x jumpa urat daaa. Kena pulak tukar tangan 1 lagi. Memang kesian masa tu. Dahlah memang tengah sakit, kena pula cucuk sampai 2 kali.
Bila tanya doktor, doktor kata Nasuha bukan kena swine flu. Lega rasanya, tapi risau masih ada. Sebabnya, doktor tu cuma check biasa jer. Maunya tak risau kan.
Memula kena cucuk tangan kanan.
Cucuk kali kedua baru berjaya.
Muntah, cirit, muntah, cirit, tu jelah aktiviti Nasuha. Lepas doktor masuk ubat tahan muntah n ubat tahan cirit, kat air tu, barulah ok sket. Tapi panas badan tak surut lagi. Doktor tak mau kitorang duk spital, maybe sebab dia faham ada Iman Hakimi n kitorang ni muslim. Susah sket nak duk kat spital depa. So, doktor benarkan balik n suh datang smula esoknya. Kalau malam tu masih tak ok, dia suh datang jer spital n minta spital call dia.
Malam tu memang Nasuha masih tak ok. Suhu badan masih tinggi n masih cirit dan muntah. Tapi sebab rumah kitorang ni jauh dari hospital panel tu, then maleh plak nak nyusahkan doktor tu, kitorang cuma bagi ubat n tuam2 badan Nasuha. Boleh gituuu?? Memang tak patut. Doa jelah harap-harap Nasuha boleh tahan. Appointment esoknya tu dah penuh waktu awal pagi. Tapi sebab Nasuha masih tak ok, kitorang redah jer. Nasib baik tak lama tunggu, then dapat turn jumpa doktor.
Aktiviti hari kedua sama gak. Ciritnya makin teruk. Tapi muntah dah kurang. Doktor masih tak buat ujian darah. So, risau memang tak hilang-hilang. Cuma petang tu suhu badan Nasuha dah ok sket. Tu yang membuatkan kitorang rasa lega. Then doktor wat appointment lagi untuk datang hari ketiga.
Masih lemah.

Petang dah ok sket. Dengan abang tersayang.

Alhamdulillah, hari ketiga, Demam Nasuha dah ok. Cuma ciritnya masih tak ok. Muntah pun masih ada sket. Tapi dah mula aktif dan nak bermain. Doktor kata Nasuha kena Stomach Flu.


Terhibur tengok buku-buku cerita bergambar. Masih kena masuk air kat tangan.

Akhirnya, setelah 3 hari berulang alik setiap hari kehospital, keluar rumah awal pagi, balik rumah time nak maghrib, doktor pesan suruh habiskan ubat untuk stok hari sabtu dan ahad sebab international klinik tu tutup. Kitorang berharap Nasuha akan ok dan terus ok. Lagipun aku tak sanggup tengok Nasuha tiap-tiap hari kena cucuk masuk air.
Hari sabtu ciritnya masih tak pulih sepenuhnya, tapi muntah cuma 2 kali. Kitorang terfikir kalau Nasuha masih tak sihat sepenuhnya, memang alamatnya time cuti pun kena bawak g spital. Kenalah refer kat bahagian emergency. Yang payahnya, seperti biasa, adalah masalah komunikasi. Tu yang berharap sangat Nasuha akan ok.
Alhamdulillah, syukur sangat, hari ahad, tinggal saki baki cirit jee...hihi dan hari Isnin bolehlah diisytiharkan pulih sepenuhnya.
So, saki baki cuti hubby yang tinggal 2 minggu lebih ni, dengan puasa yang bakal menjelang tiba, rasa-rasanya akan duk kat umah jelah. Cuaca plak tengah panas berdengung ni.
Aku plak macam biasa, dah nak raya ni, kena promote sakan AKSESORI KOREA...hihi.
Saper-saper nak beli...meh meh cepat...order sebelum 27 OGOS ni Nanti lambat tak sempat bergaya di hari raya. Hahaha..

4 comments:

Kherun berkata...

sian nasuha... alhamdulillah dah ok...apa punca stomach flu ni ye?

ummicaca berkata...

kesian, menghadapi anak atau ahli keluarga yang demam teruk cenggitu di tempat orang sungguh mencabar aku rasa... sumer kena buat dan hadap sendirik je... sama cam kak mask...

pe2 pon caiyok3!

kham berkata...

alhamdulillah..semuanya dah ok. mmg mencabar bila terjadi hal2 mcm ni.
thanx semua.
k. kherun:sy pun x sure apa puncanya..x dan nak tanya doktor sbb kpala ni duk pikir anak sakit n H1N1 jer waktu tu.

Selly Buke berkata...

alhamdulillah nasuha dh getting better... take care uols..