Ahad, 31 Mei 2009

ROJAK

Entry kali ni bukan pasal makanan. Tapi pasal citer rojak. Ni gara-gara maleh mengupdate blog.. tu yg jadi citer rojak ni.
First citer tentang pertama kalinya aku dapat peluang makan kat restoran masakan korea kat bumi korea ni. Makanan laut. sedap gak. Kira boleh layanlaa... Kawan- kawan hubby yang ajak.
Kat luar kedai. Dari kiri, Pim n Ice dari Thailand n kanan sekali Young Hoon (Korea).

Gambo setelah kekenyangan..

Seterusnya pada 23 Mei pula, buat kali keduanya kitorang wat makan-makan kat umah. Kali ni hubby jemput 6 orang kawan dia. Tapi 4 orang jer dapat datang sebab yang lain ada hal. Sebenarnya waktu ni tengah minggu final exam. Tu yang wat jugak sebab kalau dah cuti nanti semuanya ada agenda masing-masing.
Menu kali ni adalah menu orang yang tak berapa nak rajin memasak. Tahlah..sejak dua menjak ni, tahap kemalasan begitu membuak-buak. Tak sabo nak g holiday agaknya. hehe... So setakat masak mee bandung, tomyam dan jelly. buah tembikai tu takdelaa kena masak...

Model dengan hidangan yang disajikan.

Ivan (Rusia), Odno (Mongolia), Jothi n Manesh (India)

Budak mee. hehe.. turn model pulak menjamu selera.

Then ni yg paling best. Kim(mentor aka belangkas hubby..huhu) ajak p amik tv kat umah orang on 24th Mei. kat Korea ni rasa-rasanya barang-barang yang xmo pakai lagi ni, tak berharga kot kalau dijual. Patutlah TV kitorang yang rosak sebelum ni, beli dengan harga 60,000won, then bila jual cuma 1,000 won jer. tak patut..tak patut. Tapi bila kami dapat tv percuma ni.. jadi patutlah pulak...harharhar. TV beso tu...29 inci. Yang kitorang punya aritu tv 21 inci jer. Pastu, dahlah dapat percuma tv, tuan umah bg pulak buah-buahan n air kotak. nasib baik sebelum sampai umah orang tu, Kim ajak p beli buah tangan. Kalau tak.. ekekek..
Memang rindu nak tengok rancangan korea secara live ni. Dah dekat 3 bulan takde tv. so layan citer Malaysia jer.

Tengah excited dengan tv baru. Siap sambung dengan laptop tu. Lepas ni lebih puas tengok siaran Malaysia sebab boleh tengok kat tv jugak.

Harap-harap kali ni takdelah masalah tv ni. Dah dua tv rosak. mudah-mudahan dapat diberi semula tv ni pada Kim dengan selamatnya bila dah nak balik Malaysia nanti.
Tu jelah citer rojak untuk kali ini.
Nantikan citer summer holiday kami yang pertama. Tu pun kena tengok tahap kerajinanku nanti.

2 comments:

누룰 아크말.. berkata...

jomla kte merantau~ hehe

Don & Nor berkata...

sure akma...