Khamis, 6 Februari 2014

Kota Kinabalu - Kundasang - Manukan

Assalamualaikum,

just nak share sket mana tau boleh membantu rakan-rakan yang nak bercuti ke Sabah.

Tarikh percutian : 7 - 9 Disember 2013

Flight landing jam 12.05 tengahari. Janji dengan pemilik kereta sewa jam 1 petang. kitorang sewa Saga Auto untuk 2 hari = RM250.

Destinasi 1 (7 Disember 2013) : Desa Dairy Farm (DDF), Kundasang.

Dari Kota Kinabalu(KK) ikut laluan ke Tuaran. Nanti sampai satu simpang arah ke Kundasang. Perjalanan lebih 2 jam sebab tak tahu jalan + hujan + banyak duk belakang lori. Tapi jalan dia selesa nak dibandingkan jalan ke cameron highlands. Masa tu hanya berdoa agar dapat masuk ke DDF tu sebab memang dah target petang tu nak g situ jee. Belum sampai pekan Kundasang, dah nak dekat kul 4. Call pejabat DDF dia kata open sampai kul 4.30. Ya Allah, memang masa tu Allah je yang tahu perasaan ni. Alhamdulillah tak lama lepas call tu nampak dah simpang ke DDF. dia punya pendakian guna keta memanglaa sangat mengujakan. Ada keta kancil tu berhenti kat tengah jalan. Maybe semput kejap kot. Tapi rasanya dia sampai gak ke DDF sebab masa nak turun dari DDF, keta tu takde dah kat situ.

Memang sangat nak g sebab tengok review orang tentang tempat ni memang best. Subhanallah. Memang suka tempat ni. Nyaman dan pemandangannya sangat cantik. Ala-ala kat New Zealand (padahal blum penah pegi sana pun..InsyaAllah 1 day will be there). 









Keluar dari DDF ni jam 6 lebih, terus cari makan kat pekan tu (jumpa KFC) sebelum gerak ke D'Villa Rina Ria Lodge. Pilih lodge ni sebab target awal2 pagi esoknya nak ke Kinabalu Park. So, dari segi lokasi memang sangat dekat. Dalam 5 minit je naik keta. Lodge ni hmmm...kira ok2 jelaa. Bagi kami yang berlima ni, memang nak cari yang ada katil double and 1 single. Nak masak air kena sewa jug kettle (RM5 sehari). Sebab ada anak kecik, sewalaa juga sebab nak buat susu. Katanya kul 6.30 pagi baru ada breakfast. So, memula ingatkan takmo breakfast sebab nak cepat gerak ke Kinabalu Park. Tetiba...biasalaa, bila ada anak kecil, dia jadi 6.30 gak baru siap semuanya. Sekali bila g bilik makannya, dia kata kena bagitau nak makan apa baru dia masakkan. Hohohoho....ingatkan dah siap sedia. Makanya decide tak jadi sarapan. Lagipun anak2 pun xde perasaan lagi nak makan kul 6.30 pagi.

Destinasi 2 (8 Disember 2013) : Kinabalu Park
Jam 6.30 gerak dari hotel, Alhamdulillah cuaca cerah. 
berlatarkan Gunung Kinabalu


Subhanallah...cantik kan??

Tak lama pun g sini sebab belum ada niat nak panjat Gunung Kinabalau tu. Anak-anak je yang ajak naik. Ada berani?? :)

Dari sini gerak semula ke KK. 

Destinasi 3 (8 Disember 2013): Pulau Manukan 
Sampai KK semula lebih kurang jam 10 pagi. Memula ingatkan nak ke hotel sebab dari hotel nak ke sini dalam 15 minit jalan kaki je. Boleh terus park keta sewa kat hotel. Tapi memandangkan nak bawa 3 orang budak comel2 ni, dengan barang2 mandi lagi, so..decide terus jelah g parking dekat jeti. Harga bayaran parking terlupa sudaa.... Kat Jeti ni banyak company yang tawarkan perjalanan ke pulau. Kitorang amik pakej ke Pulau Manukan je sebab takut tak sempat nak g pakej yang 3 pulau (Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik). Di jeti ni, rajin-rajinlaa survey harga yang mana berkenan di hati. Kitorang berempat lebih kurang RM100 kot (terlupa lagiii) untuk pakej pergi balik. Masuk pulau tu pula dikenakan bayaran RM3 sorang. Boleh juga digunakan untuk semua pulau kalau amik pakej 3 pulau tu. Waktu kat jeti tu juga dah deal nak balik semula ke Jesselton Point kul bape. Masa tu kitorang decide balik kul 3 sebab takmo kelam kabut.


Pemandangan di Jesselton Point


Naik bot laju

Berendam dulu..

Main pasir plak

Hari yang kitorang pergi ni hari cuti sekolah + hujung minggu. So, memang sangat ramai orang masa ni. Air kat pesisir pantai pun x sejernih mana. Ikan pun tak banyak yang kelihatan. Takut ikan-ikan tu sebab ramai sangat orang. Tapi sebab bawa anak-anak ni, tak kisahlaa jernih ke tak, yang penting diorang happy. Dapat tengok ikan sket2 pun diorang dah ok dah.

Sampai semula ke Jesselton Point masa tu dah petang. Check in kat Gaya Centre Hotel. Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Puas hati dengan bilik dan yang penting, kitorang nak cari hotel yang dekat dengan Jesselton Point. Target malam ni nak g makan seafood. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Destinasi 4 (9 Disember 2013): Pasar Filipina
Hari ni hari terakhir kat KK sebelum penerbangan balik waktu petang. So, plan nak jalan-jalan area hotel je. Jalan kaki je ke Pasar Filipina. Takmo bawak keta sebab kang susah nak cari parking. 


Bergambar di tepi pantai on the way ke Pasar Filipina

Masa untuk shopping...


Alhamdulillah, selesai sudah percutian kitorang ke Kota Kinabalu Sabah. Percutian yang singkat tapi penuh bermakna untuk memanfaatkan masa bersama keluarga.




6 comments:

nayfatimahrasyid berkata...

singgah dan follow ;)

bada berkata...

akak maintain kurus...aih...jeles..hehe.. sukanya tengok iman dan nasuha dah besar...alahai..

Suhaila berkata...

Waa bestnye.. tetiba rasa teringin nak pegi gak.. :)

Don & Nor berkata...

akhmal...klu betul menten Alhamdulillah...ni menten tahap Malaysia nii...perlu ada motivasi yg tinggi utk menten mcm kat korea..
kak sue...jom2....untong pegi tgk tmpt org..

Unknown berkata...

Sedang mencari info berkenaan percutian di sekitar KK. Tersinggah di blog ni, terima kasih untuk maklumat island hoping tu. Nice picture anyway.

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)