Selasa, 7 September 2010

IFTAR FAMILY N SELAMAT HARI RAYA

Kalau sebelum ni teman wat entry pasal kitorg jadi host iftar utk kwn2 hubby, kalini sambung plak utk family belah teman. Alhamdulillah, sronok sesangat, 4hb aritu family teman dr johor pun turun KL. Terharu u. Kiranya kali ni memang meriah sebab 8 daripada 10 adik beradik teman dapat berkumpul. Bayangkan…sila bayangkan yeee…8 orang tu baru adik bradik…campur dengan pasangan masing2…+ dengan anak2 sedara teman yang dah blh wat team bolasepak tu..maunya x meriah sakan. Dah macam pre hari raya plak. Iman ler yang sakan. Macam tak cukup masa nak main. Tak tido dari sahur 4 hb tu…sampailah malam tu kul 12 lebih baru tido.

2 orang yang tak dapat datang ialah adik-adik teman. Yang bawah teman keje…x dapat cuti. Yang bongsu plak tengah study kat Australia..lagilah merepek kalau nak balik semata2 kerana undangan iftar ni jer kan.

Sebenarnya kitorang jemput gak family belah husband teman. Tapi kerana ada kekangan, adik bongsu hubby jer yang dapat datang. Kira oklah tu, ada gak wakil.


Baca doa dulu yeee...Ayahanda yang mengimaminya..




Antara menu yang disajikan.

Menu utama yang teman masak kali ni adalah nasi ayam. Jenuh pikio nak prepare apa. Sebabnya cadang nak beli jer. Tapi macam x best plak, haritu utk kawan-kawan hubby, teman masak mee bandung, tapi untuk family nak beli je.Tak sesoouuuaaii kan. So, cadang nak wat mee rebus laaa, tapi macam malehlah plak sbb byk sket kejenya. Bila hubby bg cadangan nasi ayam jee…trus setuju 150%. Awatlaa slow sangat pikir menu masa tuu. Padahal slalu sangat dah masak nasi ayam masa duk korea. Senang..senang..sangat senang. Echeh..tiada unsur riak maupun unsur menyuruh masak pada ayat tersebut yer. 

Dah namanya pun pot luck kan…so, makanan-makanan lain, dari kakak abang teman, saaaangat banyak…tak sempat nak merasa semuanya pun, perut dah kenyang. Tentang rasa…jangan dipertikaikan..semuanya memang chef terhebat…ekekekee.


Hubby tengah layan anak-anak makan nasi ayam.



Abang Zul (ipar sulung teman).


Bila dah berkumpul.. macam ahli politik pun ada. 


 
Ok..nilah semua..tapi ada gak yang tak masuk dalam gambo...huhu...tersilap setting..ada yg out of frame. Lepas ni kena letak kamera lagi jauh dari orang sebab nak bagi semua masuk. Yang teman tagging tu, gambo ayah n bonda dan adik bradik teman jer. yang lelain, tak laratlaa teman. Tapi yang baju biru tepi kiri skali tu...haaarruuusss bagitau...hubby tersayang tuuu...ekekeke dan baju putih kiri skali tu adik bongsu hubby.


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Makanan pun tak dibazirkan. Family teman dari johor plak semuanya tido umah teman. Haisshh..best tahap gabanlaaa…


Eh..lupalaa…. di kesempatan ni teman dan keluarga nak ucapkan kepada semua

~SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERHARI RAYA. ~


~MAAF ZAHIR DAN BATIN.~

Ikhlas daripada

Pardon Munawar

Nor Khamsatun Suboh

Iman Hakimi Pardon

Iman Nasuha Pardon


5 comments:

Chekpid berkata...

Selamat Hari Raya...Nak juga rasa nasi ayam cheq kham :p

Asmara berkata...

Nor, selamat hari raya. harap2 dapat la jumpa di raya2 akan datang. hehe.. taun ni banyak la kene sediakan duit raya untuk family yang besar tu. bestkan dapat kumpul ramai2 macm tu. :)

Kherun berkata...

sronoknya.... cam akak ni, tak berpeluang nak buat cam tu.... menempel kat sepupu sepapat je la....

mekchu berkata...

wow... meriah nye... keluarga besar & bahagia..

selamat hari raya utk nor sekeluarga

Ana farha berkata...

selamat hari raya kham... nanti bwk ler sket opis nasi ayam kham.. hehe..