Selasa, 16 Jun 2009

FAMILYKU DATANG...

Yezzaaa….saat yang dinanti-nantikan telah tiba. 7 Jun (Sabtu), jam 6 pagi - bertolak ke Incheon Airport untuk bertemu dan menjemput ayah, mak, abah (ayah mertua) dan abang Azam selepas hampir setahun sejak kitaorg meninggalkan Malaysia. Sedih juga mak (mertua) tidak dapat turut serta. Anakanda doakan semoga mak sentiasa sihat sejahtera hendaknya…Aminnn
Alhamdulillah, mereka semua selamat sampai…seronoknyaaaa!!!! Jam 7.30 pagi, nampak kelibat mereka. Tak boleh nak gambarkan betapa seronoknya ketika itu.



Dari Airport terus ke sempadan Korea Utara dan Korea Selatan. Kesian familyku...baru2 sampai dah dibawa jalan. Ni kira macam ikut pakej pelancongan. Sebelum masuk hotel, terus bawak jalan dulu. hihihi. Kalau dulu kitorang g kat Odusan Unification Observatory(OUO) untuk tengok sedara kat sana..la ni kitorang ke Imjingak sebab waktu tu OUO tutup lagi. Masih awal pagi. Kat sini ada jambatan yg popular…tp bukan jambatan sudah roboh…namanya Bridge of No Return. Alkisahnya..saper yg dipaksa melaluinya…mmg takkan balik semula ler jawabnya. Then just lepak-lepak kat taman dan makan tengahari (aku sempat sediakan bee hun goreng + bg azam plak bawak ayam KFC dari mesia..huhu...)


Berlatarkan Bridge of No Return

Jadual hari pertama ni cuma kat area incheon airport jer sebab kesian familyku...mesti penat. So, kitorang terus balik rumah lepas tu. Sampai kat umah, acara mengeluarkan segala makanan import dari malaysia...bukan makanan jer..baju raya pun dah siap-siap kirim.hehe. Haaa...amik..penuh umah dengan barang-barang yang dipesan dan tak dipesan. dan bertambah ke'best'sannya, dapat gak makan kek secret recipe. Beli sempena anniversary ke 4 kitorang. Kitorang suka chocolate indulgence, tapi orang kedai kata tak tahan lama daa. So. tukar jenis lain. Chocolate Moist kee apa ker namanya.. Thanx to kak ina and azzah yang tolong memenuhi permintaan kitorang.

Tak sempat tunggu hari lain...yang mana boleh ngap...kita ngap dulu..

Hari kedua(Ahad) pulak kitorang pergi ke N Seoul Tower.


Bila turun dari menara jer, kitorang bernasib baik sebab waktu tu ada upacara ala-ala jadual bertugas panglima depa di kubu kot. So, sempatlah bergambar dengan diorang dan tanpa disangka, ada disediakan Hanbok(pakaian tradisional) yang boleh dipakai secara percuma. Apo laie...memang dinanti-nantikan peluang sebegini. Mak jer yang takmo test. segan kot. hihi.. anak2 pulak takde saiz. so..yang lain melaram ler.


Dari tempat parking ke menara, kitorang naik cable car. Kurang kudrat mahu mendaki bukit maa...


Posing dalam cable car.

Balik dari N Seoul Tower, kitorang terus ke Itaewon untuk makan tengahari dan lepas tu solat di Masjid Seoul.

Hari ketiga(Isnin), kitorang ke Namdaemun Market. Tapi sebab aku ni hampir saban minggu ke sini untuk beli brooch, sampai lupa nak amik gambo diorang kat sini. Memang diakui, rambang mata mak dan abang azam nak buat pilihan. Tapi terpaksa balik awal sebab anak2ku yang comel-comel itu dah mula meragam. Meragam yang tak pernah dibuat sebelum ni. Agaknya dah penat sangat-sangat ler tu. Lagipun kesian gak kat ayah dan abah sebab jadi peneman setia. hihihi.

Jadual kitorang diteruskan pada hari keempat (Selasa) dengan menyusuri Han River yang merentangi Seoul Utara dan Seoul Selatan. Waktu kitorang sampai tu, hujan renyai. Alhamdulillah masa atas feri, hujan dah berhenti. Tapi pemandangan still x baper clear.




Dari Han Cruise, kitorang jalan kaki ke 63 Building. bawak tengok hidupan laut.


Seronok mak dan abang azam kena terapi dek Dr. Fish.



Iman takmo lekang dengan atuk-atuknya.


Petang tu sajer jalan-jalan kat area rumah. Tapi mak dan ayah tak ikut sebab dah kepenatan. Sempat ke Korea Forest Research Institute dan Memorial King Sejong.

Di depan pintu masuk memorial.

Hari kelima (Rabu), kitorang ke Nami Island. Sebelum ni dah pergi tapi tengah autumn. So, kali ni tengok pemandangan summer pula. InsyaAllah ada rezeki nanti, bawa family abang ipar sekeluarga dan adik pergi time winter pula.







Pose wajib "Dua Insan Berchenta"..huhuhu.

Sebelum balik, sempat lunch di satu-satunya restoran Halal di Nami Island ni. kitorang makan dosirak dan kimchi fried food. Kitorang order sikit jer. sebab tau dah, kalau dah tekak malaya tu, memang payah nak terima masakan orang. hehehe. Tapi, Alhamdulillah abis gak semua yang diorder.


Hari keenam (Khamis) memang sajer kitorang tak letak agenda yang penting, dan terbukti, tekaan kami tepat. Mak dan abang azam belum puas shopping kat Namdaemun. hehehe. so, kali ni aku sorang bawak mak, abah dan abang azam. Ayah tak ikut. Hubby plak jadi baby sitter. Risau kalau bawak bebudak nanti, x sempat lagi nak bershopping sakan. Jumaat dah nak balik Malaysia dah.

Memang cepat masa berlalu. Selama seminggu mereka di sini…dapat juga aku melepaskan rindu ngan mereka…anak2 aku juga seronok betul…asyik dok ajak atuk dia main. Bila gi jalan2, Iman dok pimpin tangan ngan atuk…tak mau ngan abah dia..hehe..
Meriah rasanya suasana rumah sepanjang mereka di sini.

12 Jun, Jumaat, jam 7 pagi – bertolak semula ke Incheon Airport. Ayah, mak, abah n abang Azam berlepas pulang ke Malaysia. Sayunyaaaa……
Anakanda doakan semoga semuanya selamat and I miss them sooo muchhh….

7 comments:

kak_ti berkata...

sOnok ek kalu dok diperantauan...famili dtg ziarah..cita2 akak mmg nak ke Seoul..tapi tak tau ler bila kalanye tuu...

sebut Bgn 63 ni tingat lak drama My Girl...uhuhuhuhuuuu....

Suhaila berkata...

dpt digambarkan betapa sronoknye bila dok jauh diperantauan tetiba hadir tetamu yg amat dirindui...

Kherun berkata...

naper tak tahan dorang dok lama sikit... 2-3 minggu ke...

bada berkata...

huwaa....dah balik pun diorg..
akma tgh bertungkus lumus..yelah sgt, esok luser exam...pastu merdeka..tp tang2 tu asyik tgk brita, mentang2 mesia dh tersebar wabak H1N1..dah mcm2 syarat lak dibuatnya...huhuhu, abisla saya...
harap2 semua wabak dah ok... =_=

mommy anis berkata...

syoknyaaaa...cam tgk citer winter sonata laaa

Don & Nor berkata...

memang best bila family datang. mmg best bila dpt jln2 dgn diorg.
tertanya2 siapakah bedak sejOk.
kak kherun: depa dah beli tiket w/out bgtau kitorg.
akma: smoga dpt balik m'sia dgn aman
kak nud: harap2 dpt p time winter nanti.

safa berkata...

waaaaaaaaa best ada tetamuuu