Rabu, 3 September 2008

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN

Perkara yang rasanya tidak mahu dilalui oleh semua orang... PERPISAHAN dengan orang yang disayangi... Tetapi itu yang perlu dihadapi.Terima kasih kepada semua rakan-rakan di MQA yang buat surprise farewell party untukku. Rasa sedih dan terharu sangat...air mata tidak dapat ditahan dari mengalir ketika itu. (Gambar ihsan : Kak Farhanah)
13 Ogos 2008 pula merupakan hari terakhir Iman dan Nasuha di Taska Dil Ilmi. Terima kasih buat Kak Ida, Ima dan tenaga pengajar yang lain yang telah mengasuh dan menjaga anak-anakku dengan baik. Moga Taska Dil Ilmi akan terus maju.
Saat di KLIA. Seronok rasanya kerana dapat berjumpa dan berkumpul dengan kedua-dua belah family. Tapi sedih (isk..isk..isk..) sebab terpaksa berpisah dan bertolak ke Korea. Flight jam 1.00 pagi, 26 Ogos 2008. Terima kasih kepada ayahanda dan bonda, semua abang, kakak dan anak saudara yang datang di KLIA. Tak lupa juga kat Deng n husband walaupun terpaksa tunggu kitorang..hehehe... KOREA....HERE WE COME!!!

0 comments: