Rabu, 22 Disember 2010

CRUISE@MINES

Macam best jee g cruise ni kan. Tapi.... takde yang menarik sangat. Takpelaaa...yang penting anak-anak happy..

Alkisahnya ada promoter jual buku voucher sgala bagai aktiviti yg boleh dilakukan kat mines. Maybe kengkawan pun ada beli gak buku voucher ni. Hubby pun belilah 2 buku bagi memudahkan kitorang beraktiviti bersama. 1 buku voucher tu RM40 jee. Murah n berbaloi dengan tawaran voucher yang ada dalam tu. Tu kisah buku je yer..belum lagi menggunakannya. Kita lihat adakah betul berbaloi...atau ikan kekek mak iloi-iloi sahajaa.

Untuk Iman(4 tahun) dia bgtau boleh dapat diskaun kalau beli tiket direct kat kaunter. Nasuha plak x payah bayoo. Tu pasal hubby beli 2 buku jee. Aktiviti pertama kitorang dah buat aritu, p main bowling. 1 round free...tapi mana nak puas kan..tambahlah 1 round lagi. Sila bayar sendiri yeee.

Last weekend kitorang g cruise plak. Rupanya dia ada 2 tasik daaa. Dalam voucher, dia bg g kat tasik yg kecik jer(south lake). Pastu yang x baper syioknyaa tu, harga tiket Iman 25 hengget. aiyak..mahalnyaaa... Kalau dikira-kira...harga kitorang lebih murah dari Imanlaaa... kalau tau, baik beli 3 buku. haish...sudah terkena disitu. Takde pun diskaun. Maybe yang dimaksudkan promoter tu ialah harga kanak-kanak lebih murah.


Takpelaa... lepas ni guna strategi seperti yang telah dimesyuaratkan bersama hubby. Oklah...kita tengok apa yang ada kat tasik kecik nii....




Antara haiwan yang dibayar gaji untuk menghiburkan pengunjung...hihi



Eloklah plak dia duk jer kat situ...


Boleh bagi makan kat swan n ikan. Beli makanan dia RM3 sebungkus. Tapi kitorang tak beli. Kebetulan rakan secruisean kitorang yang sama-sama beli buku voucher tu beli sebungkus. So, sebab haiwan yang nak makan tak banyak, kitorang share beramai-ramai pun tak abih guna makanan tu.



rakan secruise dan 2 orang anakandanya.

Rumah syeikh fadzil mantan menteri apa tu dulu...nama tu pun x sure ejaannya. Syiok tuu..hadap tasik n ada bot sendiri...

Umah bos Mines. pun besaq gak.





Lepas lunch kat mines, nak balik umah teruslah kononyaa...skali anakandaku request nak g giant plak...huhuhu.. Layankan jelaaa...


Jumaat, 10 Disember 2010

JAUHNYEEEE......

Teman n hubby p PENGHUJUNG BENUA ASIA... wowwww....kat mana tu?? Ada yang nak ikut? next time lah yer... Cuti tersepit ari senin yang lepas, teman n hubby pakat amik cuti. Ari sabtu n ahad ada kenduri kawin umah sedara hubby kat muor. Lepas lepak-lepak kekenyangan makan nasi kenduri, petang ahad tu baru balik pontian.

So, ari senin, decide p PENGHUJUNG BENUA ASIA ni. Nama tempat ni Taman Negara Tanjung Piai. Kat Taman Negara nilah terletaknya titik terselatan penghujung benua asia. Wah...terasa keelllaaasss giteeww. Ada tempat yang hebat dikampung teman. opsss..bukanlah betul 1 kampung..tapi dlm 1/2 jam dari umah. Dulu masa belum jadi taman negara, adalah gak pegi. Bila dah jadi taman negara, tak penah lagi jejak kaki kesitu.


Adalah bawak bekalan air n makanan, nak picniclah katakan. Tapi atas nasihat orang kat kaunter tiket , makanya kami terpaksa tinggalkan makanan tu kat kaunter sebab ramai penyambut tetamu yang setia menanti kehadiran kami. kalau rasa-rasa nak picnic dengan depa bolehlaaa...huhu

tengok kat tangan tu. tu baru sket

Tiket RM5 untuk dewasa. kanak-kanak free.

Kawasan taman negara ni dipenuhi dengan tanaman paya bakau. Bagi pencinta alam yang suka mengkaji, oklaaa. Jom masuk....




baca map dululaa ibuuuu...


nilah penyambut tetamunyeee.....

tengok bertenggek tu. yang datang dekat pun ada. kitorang yang takut jadinyee.

Kitorang nikan sajer jalan-jalan, pehh...time lalu kat kawasan pokok-pokok, dah berpeluh-peluh. Walaupun tepi laut, tapi angin laut dah x banyak menembusi kawasan hutan paya bakau tu. Tengok gambau jelah yooo.


kesian plak tengok nama pokok nii...

tunggu turn nak naik menara tinjau.

sampai gak turn kitorang. seghiauu..

sampai kat atas tak dapat tengok laut lepas sebab dipenuhi pokok paya bakau. tapi peringatan kat gambo atas ni yang syiok nii...

kapal beso-beso....


Akhirnya...sampai gak ke titik penghujung. Tapi x syiok sangat sebab tak dapat g dekat tempat globe mercu tanda titik penghujung tu sebab air dah naik (x sure air dah naik or memang jambatan tu dia sajer tenggelamkan xmo org p situ..ekekek). Amik gambo dari jauh jelah.


Warna ijoouuu tu lah globe mercu tandanya..
jaaambatan sudah roboh...sudah robohh...sudah robohhh....

proud to be johorian


Time balik tu, Ada budak minta bayaran duit parking. Rupa-rupanya parking keta tu kena bayo. tidaklah berbumbung pun. Setakat kawasan lapang yang ditar. Tapi sebab tanah persendiriankan, so, dengan cara ni depa cari rezeki tambahan. Takpelaa....cumanya teman rasa agak mahallaa bayarannya. RM3 untuk keta dan jenis-jenis yang sepupu sepapat dengannya. harap-harap bila dah banyak untung nanti, dapat improve sket. Kasi ada bumbung ok gak.hihihihi.



On d way balik tu, suka plak tengok pokok-pokok kat tepi jalan nun. macam sakura rasanya. kalaulah banyak jalan-jalan kat malaysia ni ditanam dengan pokok ni kan cantik. takyah susah-susah p korea/jopun nun nak tengok sakura.




Jemputlah ke Tanjung Piai. kalau lalu jalan darat, kompom kena lalu depan umah teman. Kirim salam kat parents teman kalau korang terjumpa yeee...ahaks.

Khamis, 9 Disember 2010

AKTIVITI SEMALAM

Perasaan takut pun ada rasanya. Semalam petang, hujan lebat sangat pastu dengan guruh yang kuat, air kat jalanraya naik tinggi. Tapi balik keje semalam kena redah gak. Hubby petang semalam sepatutnya daftar mula bengkel kat Royale Bintang, Seremban. Memula dengor macam pelik. Rupa-rupanya dah tukar nama yer. Mekchu lebih ariflah kot. Kalau tak silap nama lamanya royal adelphi.
Pastu teman ni pun menggatai nak ikut gak. Seremban....takdelah jauh sangat kan. Bengkel hubby sampai jumaat(esok). Sebab teman ikut gak, so, cadang lepas hubby abih sesi malam tadi, trus balik umah. Sementara hubby p berbengkel, kitorang pun memenuhi masa dengan makan dan tengok tv dan makan dan makan lagiiiii. Apo laeeiii...teman paksa ler bebudak tu posing sebab nak penuhi masa selain aktiviti wajib makan tuuu....




Kesian plak bebudak. Bawak jalan bawahlah jap.




Bila tengok gambo ni rasa makin dekat nak abih tahun...bestnyeeee snoooowwwww...
Takde apa nak buat dah, balik bilik smula. Tunggu punya tunggu sampai terlelap semuanya. Tapi bila hubby abis sesi malam tadi, dia rasa penat plak. So, pagi tadi, sebelum subuh kitorang dah bertolak balik umah. Sampai umah kul 5 pagi...sempat sambung zZZZzz......Haaa..jangan nak tipuuu, korang kalau 5 minit sblm alarm bunyi pun korang akan sambung tido kan....

Itu jelah citernye pong...