Jumaat, 21 Mei 2010

YIHAA...CUTIIII

Salam semua...sekarang ni tengah seronok. yiiihaaaa...
Hubby dah abih exam n report pun dah submit. So, mari kita cuti-cuti...
Maybe dalam masa bercuti ni (22/5 - 17/6), teman jarang on laptop. So, kalau ada apa-apa perkara menarik, just tinggalkan komen kengkawan. InsyaAllah teman cuba untuk mengikuti ceritera menarik dari kawan-kawan blog semua. echeh..macam ramai nooo kawan blognyee yer.
Doakan percutian kitorang berjalan lancar dan semoga bertemu lagi bersiaran secara langsung dari korea pada 18 Jun yang akan datang.

Miss u all...

Wassalam.

Selingan: macam tulis surat cinta plak yeee...

TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY

Marilah rebut peluang memiliki pelbagai pilihan menarik mampu milik dari



Sempena pembukaan blog baru ini, CIK AS bermurah hati menganjurkan GIVEAWAY. Semoga bertambah rezeki yang diberkati Allah dengan pembukaan blog baru ini.
Tahniah ye.
Hadiah yang hebat menanti pemenang.


 


Marilah memeriahkan giveaway ini yang akan berakhir pada 25 May 2010

Selingan : Teman suka sangat tengok design Cik As ni, semuanya cantik-cantik belaka. Pilihan corak fabrik yang saaaangaaat menarik hati ku iniiiiiii....

Khamis, 20 Mei 2010

Contest UnguPurple Crazy

Siang tadi jalan-jalan blog kengkawan, terjumpa blog Nazz yang tengah anjurkan contest purple gitew... Dapatlah kenalan alam maya yg baru. Tak gitu??
Walaupun teman dalam kesibukan packing barang nak balik malaya... tapi nak gak try test cuba mana tau ada rezeki nooo...
Sesapa yang berminat, silalah terjah blog NAZZ


Ni gambo yang dipilih dan terpilih dan memang suka sangat nak pilih.

Gambo ni kat depan KAIST, Seoul Korea iaitu universiti dimana suami akak blajo sekarang ni. Pehh..mencabar tu g amik gambo pakai baju raya kat depan universiti. Semua orang pandang dengan kepelikkan. Makhluk dari mana ler yang pakai baju lagu ni nooo. Ni gambo masa first year beraya diperantauan...sob..sob..sadis. Tiada sesiapa di sisi kecuali kitorang sekeluarga. Yang lagi sadis tu, husband akak ada kuliah dipagi raya tu...huhu. Sempat jamah jer dulu makanan raya sebelum g kelas. tapi kitorang tetap ceria kan. kan kan kan... Tu semua sebab pakai baju raya kaler purple ler tuuu... ekekek.


Ni slogannya yer Nazz...

Ungu adalah warna yang saya suka, suami suka, anak-anak suka, kawan baik saya suka dan raaamai orang suka....ske ske ske....
Harap-harap slogan macam ni takler di disqualified yer Nazz.

To Nazz, thanx sudi anjurkan contest n hope terimalah penyertaan akak niii...hihi.

Rabu, 19 Mei 2010

HABISSHHH SUDAH...

Semalam wat entry jiwa kacau...walaupun tak kacau apa-apa pong. Arini betul-betul kacau...ahaks.
Maunya tak kacau...tetiba rajin p tukar template...skali..bukan stakat template berubah...banyak yang ilang maaa. Padan muka diri sendiri...huhu
Harini dapat keje tambahan.. cari balik link kengkawan. So..kepada kengkawan sekalian, silalah rajin-rajin bagitau link sedara sedari..cikkebom cikkebom..malam-malam minggu..siang-siang hari...echeh..merepek lagiii...

Selasa, 18 Mei 2010

JIWA KACAU...

Haish..tajuuuuk.. tak seesooouuuaaiii.
Esok dan lusa hubby nak final exam. Good luck my dear hubby. Semoga dipermudahkan urusan-urusan terakhir kita diKorea ni. Amin. Tak sabo nak tunggu hubby abih exam. Teman yang terlebih sudahh. Macam-macam sebab teman jadi terlebih niii. Tapi yang penting, teman tak boleh lebihkan berat badan. apa ker criteee... telah merepek.

yang, sila jangan tido ketika exam yee.

Anak-anak plak sekarang makin rajin masuk bilik sebelah. Target diorang nak wat checking barang terkini yang dipacked. Kalau ada yang tak betul cara packing nyeee...sila terima akibat yeeee.
Kalau nak packing kena tunggu depa tido. Nak tunggu depa tido, dengan teman-teman skali zzzZZZzzzzZZ.



Hari ni masuk 3 hari Nasuha demam. Malam tadi kul 3 terjaga menangis+merengek+badan panas. Ok, tenangkan hati sebab tengok dah nak masuk waktu subuh (kul 3.30 pagi dah subuh kat sini). Ni merengek sebab nak kejutkan solat subuh ler ni. Positif..please positif. Tuam dengan air asam jawa. Skali sampai kul 4 lebih baru nak senyap. Tengah-tengah solat menjerit lagi..ayuyaaaii. dekat kul 5 baru ok. So, boleh sambung titon.


Apa lagi nak citer niii... Lain kalilah citer lagi. Skali lagi pengumuman yee. tajuk tu...sila abaikan.
chiow cin chiow....



Isnin, 17 Mei 2010

SARARISA-CRAFT GIVEAWAY


Rasa penat ngadap laptop ni,
Dari pagi sampai ke malam,
Jumpa giveaway dari blog Rini,
Nasib baik ada lagi 24 jam.

Terus segar smula maaa....

So, entry kali ni dedicated khas untuk kenalan blog baru.... Sararisa.
Sempena besday yang bakal diraikan nanti, doa dari nor, mudah-mudahan apa yang dilakukan akan diberkati Allah.

Kalau saper nak kenal Sararisa dan nak join contest...jom ke SINI.

Ahad, 16 Mei 2010

FLOWER SHOW

Maarilah bergoyang...maarilah bergoyang...ini bukan lagu goyang atau kuih goyang yee...tapi kali ni kitorang g GOYANG CITY. kat korea ni rupanya ada tempat namanya goyang...hihi. Kesnya ke sana sebab nak memeriahkan flower show. Jauh tul tempat ni. naik subway lebih dari sejam. kalau train tu kira ok lagi. Tapi kalau subway, peehhhh...rasa macam tak sampai-sampai. Takpelaa...kerana bunga iteww kuturutkan jua. Flower show ni sebenarnya dah lama abih. ni kira entry pekasam ler ni. huhu... M betullah.
Tapi sebab nak share gak gambo-gambo yang meruntun hati nii..teman wat gak entry ni walaupun dalam fb dah masukkan pong.
Tapak pameran ni bersebelahan dengan tasik. cantik tul tasik ni. Tasik buatan rasanya. Nampak dasar tasik dengan batu batan yang memang memukau. Tapi sorylaa...lupa nak amik gambo dasar tasik.




Kalau buku ni kepit budak dua...kompom x jumpa...huhu





















Sabtu, 15 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU..

Esok merupakan hari meraikan guru-guru di Malaysia. Sungguh besar jasa meraka. Dari teman kecil, sampailah dah beso ni, banyak sungguh jasa mereka yang bergelar guru. Bukan saja disekolah, tapi dimana-mana saja, kepada mereka yang pernah mendidik secara formal ataupun tidak, bagi teman merekalah guru. Banyak ilmu yang dicurahkan. Tanpa mereka yang bergelar guru, tak taulah teman jadi apa la ni.

Teman ni sungguh beruntung sebab ayah pesara guru, mak pun pernah mengajo, kaklong n kak ngah, 2 orang abang, dua orang kakak ipar, dua orang abang ipar dan adik ipar pun guru. Fuhhh...family cikgu niii...hihi.. dan teman pun pernah gak jadi guru. Tapi sebulan jer sempat mengajar pelajar-pelajar MLVK sebelum dapat offer keje dengan MQA. Tak lupa kawan teramat baik, teman rapat masa belajar kat uni dulu sampailah sekarang, juga seorang guru. Guru dimana-mana...ekekek..

Kepada sesiapa sahaja yang pernah mendidik teman, teman ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Semoga semua guru terus tabah dan berdedikasi dalam mencurahkan khidmat bakti untuk mendidik anak bangsa. Teman berdoa moga Allah memberi ganjaran terbaik untuk mereka.

Selingan: Sekarang ni hubbylah guruku. Sayang selalu...muahhh..

Jumaat, 14 Mei 2010

SEOUL FRIENDSHIP FAIR 2010

8 Mei yang lepas... kitorang g fair sebab akma bgtau ada banyak negara sertai termasuk Malaysia. So, kitorang target nak makan sate sebab kalau dah namanya Malaysia tu, rasanya tak boleh pisahkan dengan sate. Masa g tu, memang mengharap sangat-sangat ada sate. Dah hampir 2 tahun tak jumpa sate yang cucuk kat lidi tu. Ngalahkan orang ngidam plak. huhu... Alhamdulillah, termakbul doa. Secucuk = KRW1000 = RM3++. Tapi beli 2 plate(12 cucuk) dapatlah ghege KRW10000. Sila jangan terkejut dengan harga tu yer. Currency korea mmg mahal. So, kenalah ikut standard harga sini.


sila jangan terlioq yee..

Lepas makan sate, siap beli kebab plak...hahaha. Makan jer plak yer. Bukan rakus, tapi wat bekal kalau tetiba lapor plak masa lepak2 kat tengah padang.

Cuba tengok ayam kebab tuu..kebaboommm...

Tempat melepak hari niiii....


Walaupun suhu masa tu tak sampai 25c, tapi sebab dah lama tak berpanas, berpeluh gaklaaa.... Mulalah rasa berdenyut kepala. Seriuuuus, dah lama betul tak kena panas. Nasib baik tak cair...ekekeke

Berenti jap booth turkey. Cuba tengok topi teman..eh..topi ker tu??
\

Kat booth Malaysia..depa layan congkak. Pehh..teman pun sekian lama x layan nii...

 
Pakai hanbok lagii... kaler dah macam sari laa...


warrior masam. baru lps kalah berperang..huhu..

 
Kira oklah. Target sate tercapai. Sebelum balik jumpa akma dulu sebab bebudak ni asyik sebut nama akma jer. Cadangnya akma nak tido umah teman malam tu, tapi atas sebab-sebab yang hanya mereka dan keluarga mereka yang tau... tak jadilah pulok. Jumpa kejap jee...dah tu terus balik. Penat maa...

Rabu, 12 Mei 2010

CONTEST KASIHNYA ATUK

Jalan punya jalan petang ni jumpa contest page rakan baru blogging. Berharap dapat lebih ramai kenalan walaupun dialam maya... alamak...Adamaya dah mula plak..ekekek.Takpe-takpe....niat murni teman nak join mesti didahulukan.hihi...

Selamat berkenalan Ann dan semoga penyertaanku diterima.

Ni gambo IMAN dan ATUK yang sudi berkunjung ke KOREA bulan Jun last year. Masa tu sronok sangat bila parents datang sini. Iman plak tak lekang dari atuknya.



Gambar dirakamkan di N Seoul Tower, Korea

Selasa, 11 Mei 2010

EXAM...EXAM...EXAM

Klu baca tajuk tu kompom entry ni untuk hubby teman kan. Takkan teman plak yg exam dikala menjadi surirumah sepenuh masa niii...yer dak?? Waktu buat entry ni pun hubby tengah dlm dewan exam. Semoga hubby tenang dan dapat jawab dengan betul semua soklan tu yer.
Next week hubby ada lagi 2 paper. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan keputusan hubby cemerlang. Amin.
Maka berakhirlah kisah entry exam hubby di sini. Kalau dah habih tu..maknanya dah nak balik Malaysia sesangat ler tuu...tinggal tunggu result kluar jee...huhu.
Menghitung dan terus menghitung hariiiiii.....

Selingan : Barang dah mula packed sesikit.


Ahad, 9 Mei 2010

RATU HATIKU...

IBU...IBU...ENGKAULAH RATU HATIKU... bait lagu tu sungguh bermakna kan. Dah 4 tahun bergelar ibu ni, barulah lebih memahami betapa besarnya anugerah Allah kepada kita. Lebih-lebih lagi almost 2 years ni teman sepenuh masa bersama suami dan anak-anak.
Beruntung dan berbahagia punya IBU. Sentiasa rindukan ibu. Aku berdoa, semoga kelak anak-anakku dan semua anak didunia ni mengasihi ibu sepenuhnya. Begitu juga kepada para suami supaya dapat memahami dan menghargai isteri yang menjadi ibu kepada anak-anak kita. Jangan lupakan mereka. Hargai mereka ketika mereka ada dan doakanlah kesejahteraan mereka jika mereka tiada lagi disisi.
Setiap kali menonton atau mendengar cerita tentang pengorbanan ibu, pasti mata bergenang. Ada masanya x mampu kelopak mata menampungnya. KASIH IBU MEMBAWA KESYURGA... INSYAALLAH..

Buat ibu-ibu diseluruh dunia, semoga setiap hari adalah hari yang menggembirakan kita sebagai ibu. Semoga kita semua berbahagia didunia dan diakhirat.

Arini hubby wat surprise, belikan teman kek. Hadiah??? of course hubby tak pernah lupa. Biarlah menjadi rahsia kami berdua. ekekeke...makan hati jer statement tu yee...


Sesi makan kek petang tadi. Iman kata kek besday dia...Iyakan jelaaa....hihi

HADIAH MENANG...

Ni nak tunjukkan watermark yang teman n hubby pilih hadiah sempena teman menang dicontest anna aritu.
Ada versi black n white lagi. THANX ANNA.


Actually banyak lagi yang menarik kat SINI.  Pilih-pilih..jangan tak pilih.

Jumaat, 7 Mei 2010

YIHAAA...'AM THE WINNER

Dah cubit-cubit...dah tampar-tampar.... teman bukan bermimpi.... sronooookkknyaaa...
tapi teman acah jee... mana ada cubit n tampar. wat sakit diri jee...wekekeke... Tapi ini betul-betul, bukan dugaaaannnnn...
Alhamdulillah, teman MENANG laaa.... diulang lagi yee...... yeeeyeee.... MENANG. tak sia-sia teman rajin menjelajah blog kawan-kawan teman ni. Ni kali kedua masuk contest. yang first meksu wat..belum tarikh tutup pun lagi.
Thanx anna, sudi anjur contest n bagi adiah kat teman. Kalau kengkawan tak caya.. sila tengok SINI. Lepas ni nak kena pilih adiah plak sama ada simple header/watermark.
Hubby pun blum tau lagi ni. Mesti hubby pun x sangka. hihi...



Ahad, 2 Mei 2010

BEST VACATION PHOTO CONTEST by mekchu

Tajuk jer pun dah best. Apatah lagi kalau dapat hadiahnyaaakan....
Teman ni masih dikorea. So, gambo teman pertaruhkan ni pun gambo jalan-jalan keluar duit di/dari korealah jawabnyaa. Gambo jalan-jalan dimalaya sket jer teman bawak datang sini.

Pada kengkawan yang nak join, dipersilakan sangat-sangat. boleh tengok info blog MEKSU kat sini .

Ni first time teman join contest dialam blogging ni.. Mana tau yang first time ni yang sangkut kan...hihi. haaa...amik meksu...sekali teman tepek... tak hagak-hagak jumlahnya...huhu..

Lokasi : Nami Island, Korea
Tahun : 2008
Sebab dipilih: Sesekali nak gak rasa macam hero/heroin winter sonata. ekekek..

Lokasi : Seoul Forest, Korea
Tahun : 2009
Sebab dipilih : Semua suka jer dapat main sorok-sorok.

Lokasi : 4th Station Mt. Fuji, Jepun
Tahun : 2010
Sebab dipilih : Bila 2 ultraman cilik dapat kembali kenegara asalnya...ahaks.

Lokasi : Hangang Park, Korea
Tahun : 2010
Sebab dipilih : 3 orang yang sangat suka dengan sakura...hoyeyyy...

Lokasi : Jeju Island, Korea
Tahun : 2009
Sebab dipilih: Semuanya saling cinta menyintai....